Okeh, jika anda rasa tajuk yang kami di atas ini sekadar clickbait, mungkin anda silap. Ini juga bukan artikel untuk ‘mengecam’ Proton, tetapi lebih kepada panduan untuk anda sebagai pengguna untuk memilih varian mana yang patut anda pilih ketika membeli kereta.
Dalam artikel ini, lima varian Proton yang kami senaraikan ini bukan bermaksud ia tidak bagus, tetapi ada varian lain untuk model yang sama yang memberikan nilai yang setimpal untuk jumlah wang yang anda bayar. Panduan yang kami sediakan ini adalah berdasarkan harga, nilai, kelengkapan dan yang paling kami tekankan adalah dari segi aspek keselamatan.
Walaupun masih belum boleh menandingi Perodua dari segi angka jualan, Proton kini dilihat sedang berusaha keras untuk kembali menjadi jenama automotif terlaris seperti apa yang pernah mereka capai satu ketika dahulu. Jadi selain dari menghasilkan model-model lebih premium seperti X70 dan X50, Proton kini menawarkan model-model mampu milik mereka dengan pelbagai kelengkapan, rupa lebih segar, serta dengan harga lebih rendah.
Namun, bukan semua yang ditawarkan dengan harga rendah bermaksud ia pemilihan yang berbaloi, lebih-lebih lagi jika ia dilihat dari angka bayaran ansuran bulanan. Jadi, senarai di bawah adalah 5 varian Proton yang kami rasa anda perlu abaikan, dan pilih varian lain dalam barisan model yang sama.
Proton Saga Standard AT
Proton Saga dalam versi yang paling baharu diperkenalkan pada Ogos 2019, menampilkan pelbagai perubahan yang signifikant dari versi sebelumnya, antaranya adalah unit kotak gear automatik CVT ditukar kepada transmisi 4AT yang dibekalkan Hyundai, dan juga rombakan pada papan pemuka.
Varian untuk Saga baharu ini juga diatur semula di mana versi pertengahan Executive yang ditawarkan sebelum ini telah digugurkan, dan pilihan untuk pengguna hanyalah varian asas Standard (MT dan AT) serta varian tertinggi Premium (hanya AT).
Model paling rendah Standard MT dijual pada harga RM32,400 (lengkap dengan pengecualian cukai jualan 2020), manakala varian yang sama tetapi dengan kotak gear 4AT, dijual pada harga RM35,300. Dengan bayaran RM2,900 lebih mahal ini, pembeli untuk varian Standard AT ini juga akan menerima tambahan rim aloi, lampu peta LED, port USB kabin belakang dan juga pemegang tangan dengan penyerap kejutan.
Namun beza harga antara varian Standard AT dengan varian Premium hanyalah RM4,000 (beza bayaran bulanan pula tak sampai RM100). Dengan bayaran tambahan ini, Saga Premium ditambah dengan rim aloi 15-inci dua-tona, lampu nyalaan siang LED, cermin sisi dan pembuka pintu mengikut warna badan, dan juga kemasan hitam pada tiang-B.
Pada bahagian dalaman pula, model Premium ini menerima tempat duduk fabrik yang lebih baik, butang audio/telefon pada roda stereng, dan juga skrin android (model standard diberikan pemain utama tanpa skrin sesentuh yang diletakkan pada kluster ‘terapung’ yang nampak pelik), yang turut memaparkan visual dari kamera undur, serta penderian parkir hadapan.
Kelengkapan tambahan yang disebutkan ini sahaja nampak sudah setimpal dengan jumlah RM4,000 tersebut, tetapi anda jangan lupa, model Premium juga hadir dengan sistem keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan bantuan mula mendaki (HHA). Mungkin anda boleh pasang kelengkapan-kelengkapan kosmetik disebutkan tadi di kedai-kedai aksesori, namun untuk sistem ESC dan HHA, ini hanya ditawarkan di kilang dan tidak boleh dipasang kemudian di mana-mana.
Proton Iriz dan Persona Standard CVT
Kami sarankan, kalau anda mahukan varian paling rendah ini, pastikan sebab utamanya adalah anda mahukan kotak gear manual. Jika sebabnya anda mahukan varian yang paling murah, ia sekali lagi tidak berbaloi.
Buat masa sekarang, Proton dan Perodua antara pengeluar yang masih menawarkan kotak gear manual untuk kereta penumpang biasa. Manakala antara Proton dan Perodua, sistem transmisi manual Proton adalah jauh lebih baik dan menawarkan tukaran gear yang memberikan keseronokan memandu.
Tukaran gear pada kotak gear manual Iriz 1.3 Standard dan juga Persona 1.6 Standard memberikan rasa tukaran yang baik setiap kali kedudukan gear diubah, bersama pedal klac yang juga mudah untuk dioperasikan. Jadi rugi sekiranya anda membayar lebih RM2k hingga RM3k bagi mendapatkan kereta dengan kotak gear CVT yang nyata mengurangkan keseronokan memandu (Iriz Standard 1.3 CVT dan Persona 1.6 Standard CVT masing-masing dijual pada harga RM39,200 dan RM44,000).
Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud kotak gear CVT pada Proton ini teruk. Untuk model versi pertama Iriz yang diperkenalkan pada tahun 2015, ya, ia membuatkan enjinnya mengaum tak tentu hala. Namun masalah ini telah pun diatasi pada versi-versi terkini dan ia kini ditala jauh lebih baik dan memberikan respon yang lebih terus.
Jika anda mahukan Iriz dan Persona dengan kotak gear CVT ini, kami sarankan anda membeli varian Executive CVT, dengan Iriz 1.3 Executive dijual pada harga RM44,100 dan Persona 1.6 Executive dijual pada harga RM48,900. Dengan harga RM5k lebih mahal, Iriz menerima rim aloi lebih besar dan juga lampu hadapan automatik; dan kedua-duanya menerima lampu nyalaan siang LED, pembuka but kawalan jauh, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, kamera undur dan juga skrin sesentuh untuk sistem audio.
Sekali lagi kami ingatkan, perbezaan RM5k itu mungkin nampak besar, tetapi jika ia dibahagikan menerusi bayaran bulanan, perbezaannya tidak begitu ketara. Jika anda mahu menambah aksesori-aksesori tersebut selepas kereta berkenaan keluar dari bilik pameran, anda sudah tentu memerlukan tunai yang banyak ketika berkunjung ke kedai aksesori.
Proton Exora Executive
Proton Exora antara model lama yang masih bertahan dalam pasaran. Ia dilancarkan lebih satu dekad lalu, dan kini masih bertahan sebagai antara MPV segmen-C paling laris. Sebabnya? Ia tiada saingan terus dalam segmennya, malah pencabar terdekat jika dibandingkan harga iaitu Alza, model keluaran Perodua itu juga kini berusia hampir sama dengan Exora.
Buat masa sekarang, Exora dipasarkan hanya dalam dua varian iaitu versi tertinggi Premium dijual pada harga RM64,800, manakala model lebih rendah Exora Excutive dijual pada harga RM7,500 lebih murah dengan harga RM57,300. Apa yang membuatkan kami tidak sarankan anda untuk membeli versi lebih murah pada Exora ini adalah kerana ia tidak dilengkapi dengan ESC, yang pada kami ia amat diperlukan oleh sebuah MPV keluarga.
Perincian tambahan lain yang diterima pada model Premium tersebut termasuk lampu nyalaan siang LED, lampu kabus belakang, cermin sisi boleh lipat elektrik, skirt sisi, spoiler belakang, bumbung dan kemasan belakang hitam, roda stereng kulit bersama butang kawalan, cruise control, tempat duduk separa kulit, cermin solek untuk pemandu, perehat tangan boleh lipat baris depan, kamera undur, dan juga skrin infotaimen tujuh-inci “Hi, Proton”.
Lagi satu yang kami agak kecewa, semua varian Exora kini tidak lagi ditawarkan dengan beg udara sisi sejak 2017, menjadikan keseluruhannya hanya dua-beg udara diberikan. Ini jelas adalah langkah untuk menjimatkan kos bagi membolehkan Exora dijual pada harga lebih murah.
Proton X50 1.5T Standard
Proton X50 masih lagi belum dilancarkan, namun segala perinciannya boleh dikata telah disiarkan hampir kesemuanya, termasuk perbezaan kelengkapan setiap varian. Apa yang belum diumumkan secara rasmi hanyalah harga jualannya.
SUV segmen-B ini akan dipasarkan dalam empat varian – Standard, Executive, Premium dan Flagship – dan dua jenis enjin 1.5 liter tiga-selinder. Model Flagship diberikan enjin dengan sistem suntikan terus menjana 177 PS/255 Nm, manakala varian lain diberikan sistem suntikan pelbagai titik ditala bagi menghasilkan 150 PS/226 Nm.
Ketika kami menerima spesifikasi untuk semua varian ini tempoh hari, apa yang kami rasa tak patut pada tahun 2020 pada sebuah model yang dihasilkan sarat dengan teknologi ini adalah varian Standard yang hanya dilengkapi empat beg udara, berbanding enam pada varian lain.
Kita masih perlu menunggu untuk melihat sejauh mana perbezaan harga antara Standard dan Executive, namun kami rasa tentang keselamatan ini harga perlu diketepikan kerana X50 bukanlah model yang dikategorikan sebagai mampu milik. Malah Perodua Aruz yang berada pada segmen yang lebih disasarkan pada pasaran lebih rendah turut dilengkapi dengan enam-beg udara bagi semua varian.
Kami anggarkan perbezaan harga antara varian Premium dan Flagship tidak besar, paling kurang pun sekitar RM10k dan kami rasa ia tidak begitu signifikan, di mana model tertinggi tersebut bukan sahaja menerima enjin lebih berkuasa, malah turut menjadi satu-satunya varian yang diberikan sistem bantuan pemanduan (ADAS) penuh.
Jadi, untuk tiga model lebih rendah dalam barisan model X50 ini juga nampaknya tidaklah menerima sistem keselamatan yang benar-benar canggih kerana ia tidak mempunyai sistem brek kecemasan automatik (AEB) dan juga pemantau titik buta.
Sebagai perbandingan, X70 nampaknya diberikan pecahan spesifikasi yang lebih baik. Terdapat banyak perbezaan visual antara varian asas Standard dan juga varian pertengahan Executive, sesuai dengan perbezaan harga, namun kesemua varian X70 diberikan enam-beg udara.
Mungkin ada yang berpendapat X70 Premium X turut perlu dimasukkan dalam senarai yang kami buat ini. Tapi kami rasa perbezaan harga RM3k hanya untuk seunit sunroof pada bumbung adalah harga patut untuk mereka yang mahukan ciri tersebut. Sekurang-kurangnya pembeli X70 diberikan pilihan untuk ciri yang tidak penting ini, seperti apa yang dibuat pada X50 di mana semua ciri paling bagus hanya diberikan pada model Flagship.
Jadi, inilah dia senarai lima varian Proton yang kami rasa tak patut anda beli. Namun kami tetap akui setiap varian dihasilkan ada sebabnya, antaranya bagi memudahkan kelulusan pembiayaan bank kepada lebih ramai pembeli di mana faktor ini kadang kala memainkan peranan walaupun beza RM100.
Namun jika anda mampu, kami sarankan anda pilihlah varian dengan sistem keselamatan penuh kerana ia antara ciri penting untuk lebih selamat berada di atas jalan raya, dan ia juga tidak boleh ditambah di kemudian hari.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Maaflah.. aku nak kutuk sikit pd penulis y membuat review bodoh ni. Klau nak cerite bab ciri keselamatan ni naik kereta kebal pon boleh mati chor.naik lamborghini nilai rm2juta pon boleh mati klau kmalangan.kselamatan berpandukan pd disiplin pemandu.So xpayahla ko nak buat tajuk model y tak patut dibeli! Setiap kenderaan ade kekurangan mengikut nilai mampu milik. Aku ada HRV,MYVI,SAGA dan A250.tp klau dah kene hempap dgn lori,same je penyek mcm roti. So buatlah kesimpulan review kau ni mengikut otak y betul.ok
Jadi kita semua bawak Kancil lama je la ya? Bawak slow, mesti takda orang lain langgar kan?
Jika slow tu jgn lah pandu lrg motong dan laju yea !
Artikel yang kami tulis ni bukannya nasihat pembaca membeli kereta lain yang lebih mahal – misalnya kami tak cakap beli Honda City lagi selamat dari beli Proton Saga. Sebaliknya kami memberi saranan, kalau nak beli Saga, pilihlah Saga yang lebih selamat, misalnya beli la Saga Premium berbanding Saga standard.
Pada kami, keselamatan adalah sangat penting. Ya, ada yang anggap mereka pemandu yang selamat, tapi atas jalan raya ada ramai pemandu yang pentingkan diri dan tidak hiraukan keselamatan yang kita tak boleh kawal mereka dari melibatkan kita dalam kemalangan.
Kemalangan pun bukan disebabkan faktor manusia saja, faktor lain seperti keadaan jalan pun kita perlu ambil kira. Ada banyak faktor-faktor ini boleh mengurangkan risiko kemalangan sekiranya kita ada ciri keselamatan aktif macam ESC.
Siapa yang nak kan terlibat dalam kemalangan? Kalau boleh semua orang tak nak. Tapi kalau berlaku juga, dah tentu saat tu kita harap kita ada cukup kelengkapan untuk mengurangkan risiko.
Hmmm… aku pn tercari-cari jgk apa motif penulisan artikel ni. Nak tulis mcm nk bgtau pilih model yg plg premium tapi mcm tak sampai lah message korang ni. Apaal pegi compare kesemua varian dlm setiap model tu. Cuba la kecikkan skop comparison tu lg. Tulisan mcm ni mengelirukan. Baik tarik balik jela artikel ni
Saya berpendapat penulis hanya memberi pandangan bahawa jika hendak membeli sesuatu varian itu, kadang kala, perbezaan harga itu adalah berbaloi utk dibayar kerana ciri ciri tambahan yg diberikan. Satu artikel yg positif utk tatapan bakal bakal pembeli.
mmg tahap bangang penulis ni tggi sgt
cube ko bg aku model mpv,yg leh bawak 7 sekeluarga dgn selesa,kereta baru,safety pn ok,aircond smpi blkg yg bile kite beli,millage 0KM dlm budget 65k?….
toyota wish recond,millage dh byk,seat xde leather,depan je ade brek disc,keta dperbuat thhn 2014,rgister thn 2020,harga 80K tu ok sgt ke?..
cume harga utk baru jgn drop sgt,sbb nnt pengguna yg terdahulu ade issue sbb harga 2nd jatuh teruk..
Bro, kita cakap jangan beli Exora Executive. Exora Premium tu bagus, ada ESC.
Ada bro, nama dia Proton Exora Premium, kita dah rekemen dalam artikel kat atas. Kita tak rekemen Exora Executive sebab takde ESC.
Kita sendiri jatuhkan imej kita,hahahahahha Malaysia lawak
Tak faham macam mana level penulisan macam ni boleh mewakili Paul Tan automotive review. Saya faham artikel tu tapi cara penyampaian ke laut. Hasilnya dapat maki berbakul dan penulis sibuk menepis makian di comment. Kesiannya. As for me, I think I should stop reading paultan.org with these kind of writers sending out these kind of article. Really a waste of time.
Apa yg penulis nk sampaikan disini adalah…
apa yg berbaloi dgn harga yg kita bayar terutamanya dari segi keselamatan dan keselesaan
Betul..’satu artikel yg positif utk tatapan bakal pembeli’…kalau yg dah beli jgn la berkecil hati..sesetengah org tak berkemampuan mcm saye pun memerlukan perbandingan sebegini..saya kaji dahulu sbelum beli..akhirnya keluarlah prsona exec 2019 saya yg 1tahun 2bulan..mngikut bajet dan keperluan saya..sestengah org laya mngkin la tak kaji bnda ni..tapi bagi sy yg nk pakai kreta ni lama..sy kaji lah..cntoh prbezaan dgn jenama import lain..buat apa snggup mmbazir beli kreta import sedangkan ciri² kereta Msia sndiri setandard import dan spec tggi. Ini beli kereta import dlm kosong je..tak function jugak. Betul?
proton n perodua bole survive kat Malaysia maybe sbb ramai pembeli bangang yg terima je apa yg dijual….. artikel ni hnya bg nasihat which variant to buy..that worth for your money.. artikel ni x komen pun on luxurious punnya aspect.. tp more to dr segi safety..aku rasa kalau proton n perodua jual kete kosong xde side mirror pun rasa bole laku kat Malaysia ngan mentaliti cmni..
Kau pandai sgt ke cakap pembeli bangang.
okay boss nanti saya angkat Toyota confirm selamat takkan kemalangan punya lah. okay? awak, takpayah nak cakap pembeli bangang ke apa, rendahkan sikit diri yang bongkak tu, awak mampu, orang lain tak mampu. pakai kereta kebal pun, kalau nak mati, mati juga. semua orang can “afford” beli kereta apa yg dia nak, tak semestinya golongan yang bergaji besar je beli kereta honda toyota nissan semua ni. yg gaji besar pun tahu apa yang diorang suka dan apa yang lebih berbaloi. kalau awak rasa kereta yang “mahal” paling selamat, then takpayah ada kereta yang murah lah kan wak? hapus kan je perodua dengan proton ni baru takde siapa meninggal.
So yg Yang setakat mampu Beli saga ni Kira bangang la ye….so yg xbangang Tu yg mampu Beli honda,mers,BMW,Toyota,Alphard Dan lain2…Baru tau sekarang….xpe lah…janji bulan2 Aku xsakit…mampu bayar …bukan bawak mati Pon besi Tu….hahaha
terbaiklah artikel ni.. kadang2 kite tak sedar ade fungsi2 yang kite x boleh beli kat aftermarket.. klau stakat tambah bodykit ngan cat dekat said mirrol lepas tu harga beza dekat 5000 x berbaloi lh..
I tengah cari Proton Inspira 1.8 Manual transmisi, tapi dah tak keluar. I tak mahu lagi 1.6 Manual, sebab sudah pakai 1.6 manual fua buah kereta, nak upgrade 1.8 manual atau 2.0 manual tapi sayang, tak keluar. Satria GTi 1.8 manual pun sudah hilang. Proton Perdana 2.4 pun tak ada lagi. Saya lebih baik pilih Toyota Altis 1.8 Auto yang masih ada. Proton sudah tak keluar 1.8 kereta sedan
Sorry to say. Kurang faham sebenarnya apa yang penulis nak sampaikan? Tahu nak tarik minat untuk orang membaca tapi tak kena dengan content pon. Pembaca tak dapat nak faham apa yang penulis cuba sampaikan.
Proton masih tak naik taraf sistem kunci . Proton wajib tahu yang orang sekarang sudah malas . Jadi kalau boleh kunci tu sentiasa dalam poket , tak nak main cucuk- cucuk dah macam kereta lama. Andai kata kita paking kereta di tempat gelap , mesti sampai tertunduk² nak cari lubang kunci . Bosan kan sistem lama?
Ada beberapa perkara yang saya nak bangkitkan dalam ruang komen ini….
1. Saya merasakan info itu mungkin ada biasnya tetapi ia adalah pendapat penulis untuk memberikan gambaran tentang kos-kos tambahan untuk Seseorang yang ingin menikmati varian yang lebih baik dan kos purata bulanan yang perlu ditanggung bagi memiliki varian yang lebih tinggi…saya merasakan penulis memberikan idea secara “total” dan menginginkan pembaca bersetuju dengan penilaiannya…mungkin Ada betul dan kewajarannya…malangnya bukan semua pembaca menghargai pendapat orang lain dan begitu juga pengkritik yang terus menegakkan idea untuk menentang tetapi melontarkan hujah seperti sessorang yang telah hilang kesopanan dan menghargai perbezaan pendapat.
2. Saya begitu kagum dengan pengkritik sehingga begitu “kerasukan syaitan” ingin menekankan hujah dengan contoh-contoh sangat lemah. Mungkin sekiranya anda mengambil SPM dan menduduki peperiksaan dan anda mendapat A+ tetapi dalam masa saya bila anda membaca sastera lama yang menyebabkan anda membuat kesimpualan penulis seperti Tun Sri Lanang dan Salatus Salatin mempunyai bahasa yang sukar difahami…Kemudian anda akan kata bahasa yang susah untuk difahami tetapi ia menunjukan tahap penguasaan bahasa sendiri yang terlalu rendah…
3. Mungkin saya tergolong dalam kalangan penulis dan pengkritik…Perbezaan itu perlu dimeriahkan bagi menggalakan pemikiran yang pelbagai dan matang…Selamat berkarya dan terus mengkriitik dengan ke-ilmuan!!!!
Kalau persona tahun 2018??sye nk beli 2nd je..harga body rm32k..ok atau tak?
YG KOMEN NEGATIVE NIE X BACA KE APA PENULIS TULIS ..DIE BANDINGKAN DUIT YG KT BYR BERBALOI BELI EZORA YG MN LBH BAIK SAGA MN LBH BAIK, SUPAYA LPS BELI KETE XDE LA KN ADD ON MEMANJANG.APE YG SSH NAK PAHAM…BKN DIE JATUHKAN MODEL KETE MSIA..EVEN KETE IMPORT PUN SESAMA BRAND ADA BAIK KT SINI X OK KT SN TU BIASE…DLM STP CIPTAAN N HARGA YG AKN DI UMUMKAN IKOT SPEK MASING2X.
Kawan tu buat perbandingan supaya kite boleh buat pilihan yg sesuai dgn ap yg kite perlu dan mmpu, bgus lah ad info2 mcm tu.
terima kasih Saudara Penulis…kebijaksanaan anda buat perbandingan yg mana lebih safety dan Terbaik untuk penguna…sy telah hold nak beli iriz tahun lepas,sy simpan duit lebih dan pada 27.3.2021 sy membeli iriz 1.6 premium kepada wife sy…benar kata anda Safety itu Penting kerana Sy juga Safety officer…Mati bila2 boleh Mati (asbab) tapi Tawakal itu Penting..5 kepada penerangan anda…
Assalamualaikum , maaf yea. sy pun nak comment sikit pasal tajuk yang terus menjurus kepada sesuatu yg nampak sinis dan mengundang rasa tidak selesa pembaca..mungkin lebih baik sekiranya tajuk ditukar kepada ” 5 varian proton yang anda patut beli” nampak lebih gentle approach, positif dan lebih appealling….
bab safety is very subjective lah bang …
sedangkan lady diana mati pun dalam mercedes yang canggih…kenapa airbag x selamat kan nyawa kalau airbag lah the one and the only gadget for safety. fikir fikir kan.
maaf kan saya sekiranya terkasar bahasa
at your disposal
Sya belum pernah mendengr kereta proton apapun trbakar di jln raya selain dr keta lamborgini.kereta mahal tdk menjamin keselamatan bro?.sya oemilik proton iriz 2015 smpi ckrg tkde masalah.sya masih hidup dan sempat mengomen di ruangan ini.APA YANG PENTING,KITA HARUS TAHU BAGAIMANA KITA MENGGUNAKAN KERETA KITA.KALAU TAHU PAKAI JA,BAGI KETA APAPUN MESTI ROSAK.SO,SAYANGILAH KETAMU SEPERTI KITA MENYAYANGI ISTERI KITA.JANGAN TAHU TUNGGANG DAN MAIN JE.SO,FAHAM2LAH YE
Penulisan tak jelas, headline misleading.
Proton punya sapre part tunggu berbulan baiiiiiiiii…. sakit hati ja bayar bulan2 tapi kereta tak siap2 dan trsadai di workshop… puiiii