GALERI MEGA: Audi Q2 2021 didedah lebih terperinci

GALERI MEGA: Audi Q2 2021 didedah lebih terperinci

Audi telah mengeluarkan lebih banyak foto bagi model Q2 facelift, dengan lebih banyak data teknikal dan informasi bagi varian TDI.

Q2 digandingkan dengan enjin EA211 1.5 liter empat-silinder TSI Evo, yang mampu memberikan kuasa sehingga 150 PS dan tork 250 Nm, dengan pilihan transmisi sama ada manual enam-kelajuan atau dwi-klac S tronic tujuh-kelajuan. Versi manual boleh membuatkan SUV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 8.6 saat, sementara unit DCT pula dengan 8.2 saat. Kedua-duanya boleh mencapai kelajuan maksimum hingga 218 km/j.

Enjin ini turut menampilkan teknologi pengaktifan silinder, iaitu menutup silinder kedua dan ketiga di bawah beban enjin rendah. Penggunaan bahan apinya pula dianggarkan antara 5.4 hingga 5.1 liter per 100 km (kitaran NEDC) bagi versi manual, sementara DCT pula lebih kurang 5.3 hingga 5.1 liter per 100 km.

GALERI MEGA: Audi Q2 2021 didedah lebih terperinci

Manakala bagi enjin berkapasiti lebih besar 2.0 liter TDI empat-silinder, mampu menghasilkan 150 PS dan tork 360 Nm. Dipadankan dengan transmisi DCT S tronik tujuh-kelajuan yang menyalurkan pacuan ke semua roda (quattro AWD), membolehnya mencapai pecutan dari 0-100 km/j dalam 8.2 saat. Kelajuan maksimum mampu mencecah 210 km/j, dan penggunaan bahan api kombinasi pula antara 4.8 hingga 4.6 liter per 100 km. Di Jerman, ketiga-tiga varian diberikan tempoh penyelenggaraan dalaman 30,000 atau dua tahun.

Bagi perubahan rekaannya, Q2 facelift ini menerima gril bingkai tunggal yang disemak semula bersama lampu utama LED penuh dengan lampu membelok LED berturutan, lampu belakang LED (dengan indikator berturutan secagai opsyen), warna cat baharu termasuk Arrow Grey (seperti dalam foto), roda dengan rekaan baharu dan juga kemasan hujung belakang yang ditambahbaik sedikit.

Di dalamnya, ia masih menerima kokpit maya Audi 12.3-inci digital sepenuhnya, sementara paparan tengah pula berukuran 8.3-inci. Ia turut dipadankan dengan sistem bunyi premium Bang & Olufsen 705-wat, 14-pembesar suara, di mana Audi berkata ia adalah unik bagi segmen SUV sub-kompak premium.

GALERI MEGA: Audi Q2 2021 didedah lebih terperinci

Ciri baharu lain termasuklah pemilih gear dan corong udara, serta upholstery gentian mikro Dinamica bersama pakej lapan warna. Saiz but tidak berubah, masih kekal 405 liter, dan boleh ditambah hingga 1,050 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

Untuk aspek keselamatan, Q2 menerima Audi pre sense hadapan dan amaran ketibaan lorang secara standard. Ciri pilihan termasuk pakej ‘Drive,’ ‘Safety’ dan ‘Park’, di mana ia didatangkan dengan bantuan sisi, bantuan trafik lintasan belakang dan Audi pre sense yang asas dan sistem Audi pre sense belakang.

Bantuan kelajuan adaptif juga diberikan secara standard, yang menawarkan pemanduan semi-autonomous – di mana kereta ini boleh mengambil alih tugas pendikitan dan melambatkan pendikitan, termasuk dengan stereng kekal-dalam-lorong. Ia boleh dioperasikan dalam apa saja julat kelajuan, dan Audi berkata, ia juga digunakan bersamaan dengan isyarat lalu lintas/pengesan kelajuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required