Kubota sasar kurangkan pencemaran karbon traktor dan ekskavator sebanyak 30% menjelang 2030

Kubota sasar kurangkan pencemaran karbon traktor dan ekskavator sebanyak 30% menjelang 2030

Pembuat jentera pertanian dan pembinaan dari Jepun, Kubota mensasarkan akan mengurangkan pencemaran karbon sebanyak 30% bermula tahun lalu sehingga menjelang 2030 nanti, lapor Nikkei Asia. Menurut presidennya, Yuichi Kitao, Kubota bersama berberapa syarikat Jepun lain yang sedang berkembang kini sedang berusaha untuk mengurangkan jejak karbon mereka.

Ini berikutan langkah negara-negara Eropah yang kini mengenakan undang-undang lebih ketat keatas diesel yang biasanya digunakan pada peralatan pertanian dan perladangan. Kubota kini sedang merancang untuk menawarkan ekskavator mini dan traktor kompak berkuasa elektrik yang digunakan untuk penyelenggaraan taman serta tugas-tugas serupa lain.

Menurut Kubota, ekskavator mini dan traktor kompak berkuasa elektrik tersebut akan diproduksi di Jepun atau Jerman, bermula 2023 nanti. Jenama tersebut juga kini sedang bercadang untuk menghasilkan jentera berkuasa sel bahan api hidrogen dan menggunakan bahan api bio.

Kitao berkata bahawa syarikatnya mensasarkan untuk memanfaatkan kedua-dua sumber tenaga baharu berkenaan bagi “membantu menyelesaikan masyarakat” tersebut dan Kubota dijangka mencapai tahap neutral-karbon pada 2050.

Membuat rancangan bagi mencapai tahap neutral-karbon ini merupakan usaha yang sukar buat Kubota. Ini kerana produk yang dijual oleh syarikat berkenaan termasuk jentera pertanian dan pembinaan, kini sudahpun menghasilkan 21.17 juta tan karbon dioksida sepanjang tahun fiskal yang berakhir Mac 2020. Jumlah itu telah pun jauh melebihi tahap jejak karbon untuk kilang-kilang yang dibenarkan, ditetapkan pada 600,000 tan.

Oleh itu, Kitao akan mewujudkan satu format komiti yang berada terus di bawah kawalannya pada Mei ini. Beliau akan memulakan amalan perniagaan yang mengambil kira isu alam sekitar, sosial dan juga pentadbiran.

“Pertumbuhan dalam lapangan perniagaan seperti apa yang berkait dengan makanan dan juga persekitran akuatik adalah berhubung terus terhadap tahap neutral-karbon,” ujar Kitao.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required