Triumph TE-1 – prototaip motosikal elektrik didedah

Triumph TE-1 – prototaip motosikal elektrik didedah

Sejak dua tahun lalu, Triumph sudah mula membangunkan projek motosikal elektrik yang dipanggil sebagai Project Triumph TE-1. Kini, ia telah pun lengkap melalui fasa ujian kedua dan prototaip bateri serta penggeraknya didedahkan. Menurut Triumph, pakej ini boleh menghasilkan sehingga 180 hp dan motor elektrik itu mempunyai berat cuma 10 kg.

Objektif utama Project Triumph TE-1 adalah untuk membuat kemajuan dalam aspek teknologi bateri, berat keseluruhan serta prestasi motosikal elektrik, untuk menepati sasaran yang ditetapkan oleh Badan Automotif UK untuk tahun 2025. Untuk ini, Triumph telah membangunkan perisian kawalan kenderaan canggih serba baru yang menggabungkan semua sistem elektrikal termasuk maklum balas pendikit, penjanaan semula kuasa brek serta kawalan cengkaman.

Projek ini dimulakan sendiri oleh Triumph, dan mendapat kerjasama dengan Williams Advanced Engineering, Integral Powertrain Ltd dan WMG University of Warwick, serta bahagian kenderaan sifar emisi UK, iaitu agensi kerajaan yang menyokong perusahaan pembangunan dan penyelidikan di UK.

Rekaan casis serta penggayaan prototaip ini dibuat oleh Triumph dengan matlamat mencipta sebuah motosikal elektrik yang dioptimakan pada integrasi casis, bateri serta komponen motornya. Williams pula bertanggung jawab bagi susun letak modul bateri serta unit kawalan kenderaan yang disepadukan pada pek bateri untuk mengurangkan berat serta saiz komponen.

“Apabila dapat melakukan semua ini bersama rakan kongsi yang terlibat, kami teruja untuk melihat kemajuan kenderaan demonstrasi yang menggabungkan teknologi canggih yang diperlukan untuk membimbing strategi kenderaan elektrik Triumph pada masa hadapan,” kata ketua pegawai produk Triumph, Steve Sargent.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required