Audi Q4 e-tron, Sportback diperkenalkan pada 14 Apr

Audi Q4 e-tron, Sportback diperkenalkan pada 14 Apr

Audi Q4 e-tron sah bakal diperkenalkan pada 14 April ini selepas pengeluarnya telah memaparkan teaser bagi kedua-dua model bagi SUV pacuan elektrik ini menerusi laman rasminya.

Q4 e-tron yang pertama kali dipertontonkan sebagai model konsep pada tahun 2019, diikuti dengan versi Sportback setahun selepasnya. Kedua-dua model konsep berkenaan menggunakan modular electric drive matrix platform (MEB) ciptaan Volkswagen Group yang turut digunakan oleh model Volkswagen ID.3 dan ID.4.

Jadi, bukanlah kejutan sekiranya senibina ini turut digunakan untuk versi produksi, tetapi perincian mengenai penjana kuasanya masih dirahsiakan. Pada model konsepnya, motor elektrik di belakang mampu menyalurkan sehingga 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan tork 310 Nm, sementara unit hadapan pula dengan 102 PS (101 hp atau 75 kW) dan 150 Nm.

Audi Q4 e-tron concept (kiri), Q4 e-tron Sportback concept (kanan)

Larasan dwi-motor itu mampu memberikan keseluruhan kuasa berjumlah 306 PS (302 hp atau 225 kW) dan ia dikuasakan oleh bateri lithium-ion 82-kWh. Ia mampu memberikan jarak sehingga 450 km mengikut kitaran WLTP, sementara pengecasan pantas DC menerusi sambungan CCS) boleh mencapai sehingga 125 kW membenarkan 80% pengesacan dalam hanya 30 minit. Bagi aspek prestasi, kedua-duanya mengambil masa sekitar 6.3 saat untuk mencapai pecutan dari sifar ke 100 km/j dan kelajuan maksimum mencecah 180 km/j.

Mengenai rekaannya, teaser yang didedahkan menunjukkan beberapa ciri dari model konsep, terutamanya pada bahagian garisan yang menonjol. Versi Sportback memiliki lekuk garisan bumbung yang melunjur ke spoiler, sementara model Q4 e-tron pula agak kurang agresif di bahagian belakang.

Audi Q4 e-tron, Sportback diperkenalkan pada 14 Apr

Bahagian kabinnya telah pun didedahkan sedikit. Di mana papan pemukanya memaparkan beberapa ciri termasuk corong udara dan kluster instrumen digital 10.25-inci.

Selain itu, roda stereng empat-jejari dengan bentuk haksagon menambahkan visual yang sedikit pelik, selain paparan MMI yang diletakkan ke arah pemandu – didapati dengan dua saiz iaitu 10.1- dan 11.6-inci. Selain itu, ia turut diberikan skrin infotainmen dan kawan HAC, dengan pemilih gear dan butang kawalan untuk fungsi kenderaan terletak di bawahnya. Beberapa ruang storan turut ditempatkan di konsol tengah. Perincian lanjut mengenai model Q4 e-tron tersebut akan didedahkan pada 14 April ini.

GALERI: Audi Q4 e-tron concept

GALERI: Audi Q4 e-tron Sportback concept

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required