Citroen C5 dalam teaser, akan dilancarkan 12 April

Citroen C5 dalam <em>teaser</em>, akan dilancarkan 12 April

Sebuah iklan teaser bagi model serba baru Citroen C5 telah muncul dalam video, sebelum pelancaran rasminya yang dijadualkan pada 12 April ini. Seperti yang telah dilihat dalam gambaran spyshot yang muncul sebelum ini, C5 generasi baru ini akan meninggalkan reka bentu sedan dan beralih kepada rekaan crossover selepas ini.

Rekaan semula ini mengambil masa selama beberapa tahun, dengan Citroen memaklumkan pada tahun 2018 yang syarikat itu akan memberi nafas baru kepada penggayaan saloon yang ditampilkan pada C5 sedan terdahulu. Sentuhan rekaan dari model konsep CXperience pernah dicadangkan penerapannya pada model yang lebih besar akan datang seperti pada C5, dan sebahagian sentuhan lain yang lebih bersegi misalnya memang kelihatan pada lampu utama.

Rekaan dalaman bagaimanapun masih belum ditunjuk, dan sekiranya rekaan yang ada pada CXperience akan menjadi cerminan, makal C5 mungkin akan mewarisi reka bentuk dalaman yang juga mirip seperti itu — kerusi balutan kulit, kemasan kayu dan krom, menawarkan keselesaan — menurut CEO Citroen pada 2018, Linda Jackson.

Crossover C5 akan datang dibangun mengguakan binaan EMP2 yang sama ada pada Peugeot 508; sama seperti rakan segmen D tersebut, C5 juga kemungkinan besar akan ditawarkan dalam versi janaan plug-in hybrid. Jika melihat pada model 508 PSE, unit berkenaan menjana 360 hp dan 520 Nm tork dan boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Versi janaan lebih sederhana juga mungkin ditawarkan, misalnya versi janaan hibrid 225 hp, yang menggunakan enjin 1.6 liter 180 hp empat-silinder petrol serta 110 hp motor elektrik. Ini akan memberikan jarak EV penuh sebanyak 50 km dalam kitaran NEDC dalam 508 Hybrid, memanfaatkan pek bateri 300 volt 11.8 kWh. Perincian lanjut berkaitan Citroen C5 generasi akan datang ini dilancarkan pada 12 April kelak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required