Had laju 30 km/j di Paris – keadaan lalu lintas jadi makin teruk, pengguna jalan raya buat bantahan

Had laju 30 km/j di Paris – keadaan lalu lintas jadi makin teruk, pengguna jalan raya buat bantahan

Hanya selepas seminggu had laju 30 km/j ditetapkan di bandar Paris mula dikuatkuasakan, pengguna jalan raya di ibu negara Perancis berkenaan mula membuat bantahan.

Menurut laporan Bernama yang memetik Agensi Berita Itali (Ansa), semakin banyak tunjuk perasaan yang dibuat oleh pemandu-pemandu kereta Paris kerana terpaksa berdepan dasar yang menyebabkan lalu lintas semakin sukar di bandar raya berkenaan, seterusnya mengakibatkan keadaan yang semakin parah.

“Pejalan kaki lebih pantas berbanding kereta” antara slogan yang dilaungkan penunjuk perasaan, tulis Ansa. Laporan tersebut turut menyebut bahawa pertengkaran antara pemandu sering dilaporkan berlaku apabila ada pemandu mematuhi had laju dan ada yang ingkar dengan membunyikan hon kepada pemandu lain selepas undang-undang berkenaan dikuat kuasa pada awal minggu lalu.

Pemandu teksi di Paris juga menyuarakan kebimbangan berkenaan perkara ini kerana pelanggan sering meminta mereka memandu melebihi had laju.

Had laju 30 km/j di Paris – keadaan lalu lintas jadi makin teruk, pengguna jalan raya buat bantahan

“Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 20 minit kini bertambah 33 minit menyebabkan kos pelanggan meningkat.” kata jurucakap pertubuhan yang mewakili pemandu teksi dalam laporan tersebut.

Mei lalu, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turut mencadangkan had laju 30 km/j bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalanraya kebangsaan untuk tahun 2021 hingga 2030.

Menurut Ketua Pengarah MIROS, Khairil Anwar Abu Kassim, had laju yang lebih rendah seperti yang dicadangkan akan membolehkan manusia bercampur dengan trafik dengan lebih selamat, dan membolehkan komuniti mewujudkan persekitaran yang selamat dan sihat.

Malaysia antara negara peserta mandat 18 resolusi keselamatan jalanraya di dalam Deklarasi Stockholm yang dicapai pada Februari 2020, yang menyaksikan 80 menteri berjanji untuk mengurangkan hingga separuh kematian jalanraya menjelang 2030.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required