Chevrolet dedahkan enjin crate ZZ632 – 10.4L NA V8, 1004 hp/ 1,188 Nm untuk gerakkan apa sahaja kereta!

Satu perkara yang menarik jika anda peminat kereta ubahsuai di Amerika Syarikat, banyak pengeluar dan juga penala di negara berkenaan menawarkan enjin crate kepada orang awam – iaitu enjin yang boleh anda beli baru dalam kotak, yang biasanya telah ditala dengan kuasa lebih besar, dan boleh anda sumbat pada mana-mana kereta atau projek binaan sendiri.

Pada 2018, jenama prestasi yang sinonim dengan muscle car Dodge dan Chrylser iaitu Mopar telah pun memerkenalkan enjin crate HEMI 7.0 liter V8 dengan supercharger berkuasa 1,000 hp/1,288 Nm digelar Hellephant. Manakala tahun lalu, Ford pula menawarkan pilihan lebih klasik dengan enjin ‘Godzilla’ 7.3 liter V8 NA dan masih menggunakan pushrod menjana 430 HP/644 Nm.

Terbaharu, Chevrolet pula memperkenalkan satu lagi pilihan V8 yang boleh anda pilih – jika anda mahukan V8 tanpa turbo atau supercharger seperti Godzilla tetapi mahukan kuasa setara dengan yang ditawarkan oleh enjin HEMI Hellephant, ini dia enjin ZZ632 dari Chevrolet yang menampilkan bentangan V8, NA berkapasiti 10.4 liter menghasilkan 1,004 hp pada takat 6,600 rpm dan tork maksima 1,188 Nm pada takat 5,600 rpm!

Enjin ini didakwa sebagai enjin paling besar dan paling berkuasa pernah dihasilkan oleh General Motors (syarikat induk Chevrolet). Jenama tersebut turut menyatakan bahawa kepala silinder aliran tinggi enjin ini dihasilkan menerusi proses CNC, dan kesemua port kemasukan dan ekzosnya menampilkan panjang, volum dan bentangan yang sama, bagi memastikan kelapan-lapan silinder enjin berkenaan menghasilkan kuasa yang sama. Manakala bahan api disuap ke dalam semua silinder tersebut menerusi lapan penyuntik port.

Chevrolet dedahkan enjin <em>crate</em> ZZ632 – 10.4L NA V8, 1004 hp/ 1,188 Nm untuk gerakkan apa sahaja kereta!

Bagi blok enjin pula, Chevrolet menyatakan ia berkongsi dengan enjin ZZ572 (9.4 liter) yang lebih kecil, tetapi gerek dan lejangnya telah dipertingkatkan. Ia juga tampil dengan aci engkol dan rod-rod penyambung yang diperbuat dari logam forged, serta omboh aluminium forged, roller rocker hidraulik dan juga menghasilkan nisbah mampatan setinggi 12.0:1.

Chevrolet juga menyatakan angka kuasa kuda empat digit tersebut dapat dicapai dengan hanya menggunakan petrol oktana 93 (sama dengan RON 97 di Malaysia), jadi ia tidak perlu menggunakan bahan api E85 yang lebih mahal. Malah enjin ini juga sangat tahan lasak kerana dalam versi prototaip, ZZ632 telah diuji dengan melakukan simulasi sebanyak 200 perlumbaan drag di atas mesin dyno tanpa sebarang masalah.

Berminat nak beli enjin ini? Chevrolet belum lagi mengumumkan sebarang harga bagi enjin crate ZZ632 tersebut, namun telah mengesahkan bahawa ia akan mula dijual pada awal tahun hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required