Chery kembali ke M’sia pada 2022 – mungkin bawa Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro dan EV eQ1,

Chery kembali ke M’sia pada 2022 – mungkin bawa Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro dan EV eQ1,

Mac lalu, ada kelibat sebuah SUV dengan pelekat penyamaran dilihat diuji di Malaysia. Ramai yang menyangka ianya satu lagi model Proton, tetapi jika diperhatikan betul-betul, ia adalah unit ujian Chery Tiggo 5x dan ia mungkin petunjuk bahawa pengeluar kenderaan dari China berkenaan bakal kembali ke pasaran tempatan.

Sekarang, Chery secara rasmi mengumumkan bahawa mereka memang bakal kembali ke Malaysia, dan jenama tersebut dijangka akan dilancarkan semula di sini dengan rakan kerjasama tempatan yang baharu pada 2022.

Syarikat tersebut memberitahu paultan.org menerusi panggilan video baru-baru bahawa mereka kini sedang dalam perbincangan berkenaan kemungkinan untuk memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia bersama rakan kerjasama tersebut, namun identiti pihak terbabit perlu dirahsiakan terlebih dahulu sehingga segalanya telah dimuktamadkan pada tahun hadapan.

Jadi model apa yang bakal di bawa oleh Chery untuk kembali semula ke Malaysia? Menurut syarikat tersebut, mereka bakal memperkenalkan berberapa model SUV, termasuk Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro sebagai calon-calon utama.

Chery kembali ke M’sia pada 2022 – mungkin bawa Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro dan EV eQ1,

Malah, jurucakap syarikat berkenaan turut menyatakan bahawa Chery turut berminat untuk membawa model-model elektrik penuh bagi memanfaatkan polisi pengecualian cukai untuk EV yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Bajet 2022. Salah satu model EV dari Chery yang mungkin di bawa kesini adalah kereta elektrik mikro eQ1, dan langkah ini akan di ambil “secepat yang mungkin”.

Sejak ia diperkenalkan, eQ1 telah dikemaskini sebanyak empat kali. Untuk versi terbaharu, kereta mikro elektrik dua pintu, empat tempat duduk berkenaan dibekalkan dengan motor elektrik 55 kW (74 hp), dan ditawarkan dengan dua jarak gerak untuk satu cas penuh – sama ada 301 km atau 408 km berdasarkan kitaran NEDC. Ia mampu memecut dari 0-50 km/j dalam masa bawah lima saat dan mencatatkan kelajuan maksima 120 km/j.

Model elektrik penuh eQ1 ini sekiranya dipasarkan di Malaysia, ia akan hadir sebagai model yang diimport sepenuhnya (CBU), manakala model-model CKD adalah model-model yang dijana oleh enjin petrol biasa. Chery turut menyatakan bahawa jika operasi CKD tersebut berjalan di Malaysia, kereta-kereta yang dihasilkan bukan hanya dijual dalam pasaran tempatan, malah turut akan dieksport ke pasaran pemanduan sebelah kanan yang lain.

Kereta mikro elektrik penuh Chery eQ1

Malaysia bukan satu-satunya negara yang bakal mempunyai fasiliti pemasangan Chery, jenama tersebut turut merancang untuk membuka operasi yang sama di Indonesia. September lalu, Chery turut dilaporkan akan kembali ke Indonesia dan komited untuk melabur dalam operasi di negara tersebut. Namun, bagaimana Chery mahu memilih model mana yang patut dihasilkan dalam operasi pengilangan mereka antara Malaysia dan Indonesia masih belum jelas.

Bulan lalu, Chery mengumumkan prestasi jualan mereka untuk 10 bulan pertama bagi 2021, menunjukkan bahawa mereka telah menjual hampir 740,000 unit kenderaan untuk pasaran domestik China, atau peningkatan sebanyak 44% berbanding tempoh sama 2020.

Chery turut mengumumkan bahawa mereka telah mencapai sasaran untuk mengeksport lebih dari 200,000 unit kenderaan lebih cepat dari jangkaan, dengan jumlah 212,959 unit dicapai bermula Januari hingga Oktober 2021. Angka berkenaan juga menjadikan Chery sebagai jenama China pertama yang berjaya mengeksport lebih dari 200,000 unit kenderaan setahun.

GALERI: Chery Tiggo 4 Pro

GALERI: Chery Tiggo 7 Pro

GALERI: Chery eQ1 – kereta mikro elektrik penuh

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required