SPYSHOT: Chery Tigo 5x facelift sedang diuji di M’sia

SPYSHOT: Chery Tigo 5x <em>facelift</em> sedang diuji di M’sia

Chery pernah hadir dalam pasaran Malaysia sebelum ini, tapi adakah jenama China ini akan kembali sekali lagi? Nampak gaya jawapannya “ya”; kerana ada sebuah Tiggo 5x telah dilihat sedang diuji di Malaysia. Dua unit ujian SUV berkenaan telah dilihat di dua lokasi berbeza di sini.

Pembaca paultan.org, Adrian Thum sempat mengambil beberapa gambar model berkenaan di Puchong menghala ke Bukit Jalil. Seorang lagi pembaca pula, Foxtrot Mike, terserempak dengan model samaran yang sama di Jitra, Kedah dan kongsikannya di paultan.org Automotive/Car Discussion Group dalam FB.

Tiggo 5x ini (Tiggo 4 di sesetengah pasaran lain) telah ada dalam pasaran sejak 2017, dan telah melalui dua kali kemaskini setakat ini. Facelift yang pertama datang pada tahun 2019 dan memperkenalkan wajah depan yang berbeza serta ruang dalaman yang turut diberikan sedikit pembaharuan.

Kemaskini kedua untuk pasaran China pula dilakukan tahun lalu, yang menyaksikan wajah depannya diberi pembaharuan sekali lagi dengan rekaan papan pemuka yang juga diberikan sentuhan baru. Skrin tengahnya telah dinaikkan sedikit dengan kesan terapung. Tombol pendingin hawa juga permukaannya lebih bersudut.

SPYSHOT: Chery Tigo 5x <em>facelift</em> sedang diuji di M’sia

Chery Tigga 5x dinilai untuk pasaran tempatan menggunakan versi facelift tahun 2020, seperti yang dapat dilihat pada DRL berkembar LED di bampar, serta gril krom yang digunakannya. Bagi sistem janaan kuasa, pasaran China menerima dua pilihan.

Pertama, unit 1.5L biasa yang menghasilkan 114 hp/143 Nm dan 1.5L Turbo yang mampu menghasilkan 154 hp dan 230 Nm untuk pasaran di sana. Ini melibatkan sedikit peningkatan berbanding Tiggo 4 facelift tahun 2019, yang menawarkan 145 hp dan 210 Nm. Transmisi pula dari jenis manual lima-kelajuan atau CVT dengan tujuh-kelajuan maya.

Di rantau ini, Tiggo 5x ada dijual di Filipina dalam bentuk facelift tahun 2019 dengan enjin NA 1.5L. Rasanya model ini wajar masuk ke pasarn Malaysia yang tengah rancak dengan SUV sekaran ini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required