Proton gesa agar pemilik Exora tidak guna OCH bukan OEM kerana ia mungkin sebabkan kerosakan enjin

Proton gesa agar pemilik Exora tidak guna OCH bukan OEM kerana ia mungkin sebabkan kerosakan enjin

Dengan masalah kebocoran hos penyejuk minyak (oil cooler hose atau OCH) pada Proton Exora dengan enjin turbo CFE yang dilihat masih terjadi, ada bengkel-bengkel luar kini menyediakan komponen alternatif untuk menyelesaikan masalah itu. Namun Proton menasihatkan pemilik-pemilik berkenaan dinasihatkan agar tidak membeli OCH yang ditempah khas tersebut kerana dikhuatiri akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berlaku.

Menurut Ketua Pengurusan Kandungan Proton, Faisal Shah dalam laporan FMT, pembekal OCH alternatif ini diragui kepakarannya selain tidak mempunyai makmal untuk tujuan ujikaji komponen buatan mereka.

“Isu spesifik seperti OCH pada Proton Exora adalah salah satu isu yang sedang diberi perhatian dan kita usahakan untuk menyelesaikannya. Proton menasihatkan pengguna supaya tidak membeli komponen tidak tulen.

“Bagi Proton Exora yang menggunakan enjin turbo, ia adalah satu model yang telah dilancarkan pada 2011 tetapi, pihak syarikat masih melakukan banyak aktiviti untuk meningkatkan prestasinya, termasuk menyelesaikan apa-apa isu yang ada seperti OCH,” kata Faisal kepada FMT.

Proton-enhancing-customer-service-15-630x392

OCH merupakan paip penyambung yang mengalirkan minyak pelincir dari enjin kepada unit penyejuk minyak bagi memastikan ia sentiasa berada dalam suhu operasi. Sekiranya hos berkenaan pecah, ia akan menyebabkan masalah enjin menjadi panas melampau dan merosakkan komponen lain.

Menurut Faisal, selepas beberapa tahun Exora dilancarkan dengan enjin turbo, Proton telah mengenal pasti masalah kebocoran OCH asal yang ketika itu diperbuat sepenuhnya daripada getah. Susulan daripada itu, satu panggilan semula telah dibuat untuk menggantikan OCH kereta-kereta yang terjejas, dan komponen tersebut telah dimasukkan dalam senarai servis untuk ditukar setiap 40,000 km.

Kemudian pada 2018, Proton telah menghasilkan OCH baharu yang menampilkan material logam pada sebahagian hos tersebut, dikatakan mampu bertahan untuk tempoh jarak perjalanan sejauh 80,000 km, serta bertahan pada suhu dan tekanan lebih tinggi.

Proton gesa agar pemilik Exora tidak guna OCH bukan OEM kerana ia mungkin sebabkan kerosakan enjin

Faisal mewakili Proton bagi menjelaskan ketidakpuasan hati pemilik Exora yang mendakwa syarikat tersebut gagal menyelesaikan isu OCH yang kerap pecah dan mendatangkan kerugian yang banyak. Menurutnya lagi, Proton akan memanggil semula Proton Exora berkenaan jika terdapat teknologi baharu yang boleh menggantikan OCH sedia ada pada masa akan datang.

Masalah berkaitan OCH pecah ini seringkali disuarakan menerusi hantaran Facebook di Kelab Pemilik Exora Malaysia, malah ada yang menggelar isu OCH sebagai ‘bom jangka’ untuk MPV berkenaan. Ramai pemilik mendedahkan bahawa mereka terpaksa membeli kit OCH alternatif yang berharga RM1,000, dan mendakwa Proton tidak menawarkan sebarang solusi sejak 2011.

Ada juga pemilik yang mengadu bahawa mereka terpaksa menunggu pusat servis Proton untuk membaiki OCH kereta mereka, dan memaksa mereka mencari solusi dari pihak ketiga.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Muhammad Nor Amin on Apr 11, 2022 at 11:55 am

    this issue was never dealt with in the first place. there are those that burst before reaching 10000km, even before 5000km also happened. 2011-2022, so how many years does proton need to overcome this problem? some had even have to change their entire engine due to the OCH burst. Maybe this is a planned product failure design to generate income to proton as people need to service/replace things at major scales.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Taufiq Riza Nuzuluddin Bin Hamzah on Apr 11, 2022 at 2:50 pm

    Adakalanya bukan och yg jadi masalahnya. Oil cooler tank yg tersumbat sbb minyak enjin kotor. Kurang dua bulan 3 kali dh tukar och dlm selang masa yg x lama. Bukan puluh2 belanja. Ratusan ringgit berhabis. Tak setel2 masalah. Last2 baru dpt kesan punca. Tp minyak enjin takde la kotor sgt pun. Mybe mendapan minyak kotor yg lama dlm tank tu jdi punca. Harap proton kaji n remade balik sistem turbo oil cooler exora ni. 2011-2022 masalah tak setel

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2
  • Shahril on Apr 11, 2022 at 3:53 pm

    Bual. Bual lah dulu. Exora dah stop R&D dah apa kau bual tu ya faizal. Bual.. bual.lah dulu

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • A.rahman on Apr 11, 2022 at 10:31 pm

    Saya baru setahun membeli kereta exora baru 2021 bermacam macam masalah yang berlaku och bocor baru 23000km stering rack gegar teruk dashboard bunyi bising ejing bunyi kasar aircord kadang rasa panas ingatkan saya beli kereta proton exora yang terbaik sebabnya nak support la tapi sebaliknya rasa terkilan kenapa pihak proton tidak mahu menambah baik dan tidak mahu mendengar keluhan pengguna kereta proton exora.tolong la kami yang rasa tertipu dengan saleman yang tidak memberi tahu masalah kereta hanya memikirkan keuntungan semata mata,semoga pihak proton berani bertanggungjawap seperti pengeluar kereta yang lain untuk menarik balik proton exora dibaik pulih.sekian terima kasih insan kecewa

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  • mohd rozaimee bin md ridzuan ajai on Apr 11, 2022 at 11:00 pm

    Sekali och pecah terus kena overhall engine dan belanja ribuan ringgit,saya dh kena,hati mmg betul2 panas dgn masalah ini,proton mcm susah sangat nk selesaikan masalah och ni,mcm sesuatu yg pelik dan jangkal dlm bidang RND PROTON.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 3
  • J3bat on Apr 12, 2022 at 9:44 am

    Kalau betul custom OCH ternyata boleh mengundang kerosakan, sila buktikan. Sebab OCH ori Proton dah terbukti banyak kerosakan dah berlaku.

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  • OCH Custom on Apr 12, 2022 at 11:36 am

    Bagi saya lebih baik guna Custom OCH sebelum OCH Proton pecah dan akan mengakibatkan kebocoran minyak hitam dan kerosakan enjin dan bahagian2 lain. Proton tidak ambil peduli tentang masalah yang dihadapi oleh OCH sedia ada dan pemilik Exora tetapi rancak menjual Exora kepada pengguna.Mereka hanya membuat penambahbaikan kepada OCH sedia ada kepada keadaan yang lebih buruk.Pihak Proton mungkin berasa terjejas kerana permintaan untuk menukar OCH mereka berkurangan kerana semakin ramai yang bertukar kepada OCH Custom yang terbukti jalan penyelesaian kepada masalah OCH. Proton hanya mengugut pemilik Exora dengan berita sebegini demi keuntungan dan bukan kerugian yang ditanggung dan mungkin nyawa pemilik Exora. Apa ada pada warranti yang dicanangkan walhal untuk menukar lampu DRL seketul yang masuk air mengambil masa berbulan2? Belum lagi yang mengakibatkan enjin dan bahagian besar lain Exora…

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  • Mohd Nazri bin Rahim on Apr 12, 2022 at 12:55 pm

    Mmg panas ati le klau citer msalah och ni xkan le dr 2011-2022 xda jln pnyelesaian…ke mmg sengaja proton kluarkan och mcm yg sediaada ni utk kaut keuntungan dr pembeli sbb mmg dh jangka benda tu akn menyebabkan berlakunye kerosakkan yang beso…rs nk mncarut&caci maki je nasib le ni bulan Ramadhan..sbb kete sy xsampai 40000km 2x och pecah..smpaikan E.v.t gear rosak kna tggu 1bln lbih kete trsadai kt proton service sbb kna tggu E.v.t dr hq proton smpai ke pusat proton service kpala bana pe cmtu..pe HQ proton ni dok kt Brazil ke smpai sbln lebih brg E.v.t tu bru bleh smpai..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • Megat Rusdi Bin Soaid on Apr 13, 2022 at 6:11 am

      Proton perlu recall sekali lagi kepada pemilik Exora utk tukar OCH yang betul-betul berkualiti tanpa caj.

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • BARATHITHASAN on Apr 16, 2022 at 7:57 pm

    Ke
    reta saya sudah kt tujuh tahun da, selepas ni ada yg masalah bnyk, Air con tk Sejuk ,,desboard bising, Enjin bising, mounting, exsobha empat2 rosak rosak je, so tk mampu belanjawan kereta ni, saya yg suka Kereta mpv ni, sbb pegedar proton exzora ni terbesar kereta d malaysia

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Alias Mohd nor on Apr 17, 2022 at 5:35 pm

    Proton gagal …

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Hashim on Jun 01, 2022 at 9:28 am

    Saya bangga bila kali pertama memandu MPV Exora Turbo yg menjadi idaman. 2016 – 2022.. dah tahun ke tujuh ni.. kebanggaan tu semakin hilang.. Isu OCH turut saya terkesan. Mujurnya sempat ditukarganti lebih awal sebelum kerosakan merebak.. saya sentiasa patuh jadual penyelenggaraan namun terkini exora saya mengalami deruman enjin yang tidak stabil dan gear yang bermasalah.. dengan situasi ekonomi sekarang, semakin sukar untuk saya pertahankan exora kebanggaan saya.. dah semakin pudar ditambah dengan seolah tiada langkah kukuh dari proton untuk menangani masalah umum exora. saya sokong dengan pendapat sebahagian pemilik exora turbo bahawa “Proton perlu recall sekali lagi kepada pemilik Exora utk tukar OCH dan kompenan lain yang bemasalah, yang betul-betul berkualiti tanpa caj”.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Zulkifli Ismail on Jun 16, 2022 at 11:14 am

    2011 until 2022..nearly 10 years but still no solution. Now my exora stranded due to cvt..nearly 2 month.Seems like Proton Service Centre dont want to take the respobsibility.
    March sent for servcing,within 3 weeks everthing got crazy..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required