Honda Civic Type R 2023 dilancar di Vietnam – harga belum diumum, penghantaran bermula tahun depan

Honda Civic Type R 2023 dilancar di Vietnam – harga belum diumum, penghantaran bermula tahun depan

Secara rasmi, Honda Civic Type R 2023 telah pun dilancarkan di Vietnam ketika berlangsungnya Vietnam Motor Show (VMS) 2022, menjadikan ia sebagai negara pertama di rantau ASEAN menerima hot-hatch generasi baharu tersebut hanya selepas sekitar empat bulan ia didedahkan pada peringkat global.

Walau bagaimanapun, harga untuk Type R dengan kod FL5 ini masih lagi belum diumumkan, dan ia hanya dibawa “dalam jumlah terhad” ke negara berkenaan. Honda menyatakan buat masa sekarang tempahan untuk model tersebut telah pun mula dibuka dan penghantarannya hanya akan bermula pada suku kedua 2023.

Tidak seperti Civic Type R FK2 dan FK8 sebelum ini yang dikilangkan di Swindon, United Kingdom, Civic Type R FL5 kembali dihasilkan semula di Jepun. Ini kerana dengan langkah penstrukturan semula jaringan pembuatan global Honda yang akan menumpukan kepada teknologi elektrik, kilang Honda di Swindon berkenaan terpaksa ditutup tahun lalu.

Honda Civic Type R FL5 ini telah didedahkan di Amerika Syarikat dan Jepun pada Julai lalu. Ia diasaskan dari Civic generasi ke-11 dalam versi hatchback dan masih dijana oleh enjin K20 2.0 liter VTEC Turbo, tetapi kali ini menjana kuasa lebih besar iaitu 330 PS (326 hp) pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 420 Nm bermula 2,600 hingga 4,000 rpm, berbanding 320 PS (316 hp) dan tork 400 Nm pada FK8.

Honda Civic Type R 2023 dilancar di Vietnam – harga belum diumum, penghantaran bermula tahun depan

Ini menjadikan Civic Type R FL5 ini sebagai Type R paling berkuasa pernah dihasilkan, dan ia masih menyajikan resipi tradisi Type R – hanya memacu roda hadapan dengan pilihan tunggal kotak gear manual enam-kelajuan yang dilengkapi LSD jenis helical.

Menurut laporan Autopro, Honda Civic Type R FL5 pasaran Vietnam ini menerima sistem bantuan pemanduan Honda Sensing yang terdiri dari fungsi seperti sistem brek kecemasan automatik, lampu hadapan adaptif, cruise control adaptif dengan low-speed range follow, pengelak keluar laluan, bantuan kekal lorong, dan amaran pergerakan kenderaan hadapan.

Untuk pemanduan litar, Civic Type R berkenaan menerima sitem data logger Honda LogR. Manakala sistem infotainmen pula disokong dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Portal automotif Vietnam berkenaan turut menyatakan bahawa Type R FL5 di pasaran berkenaan ditawarkan dengan lima warna badan iaitu Championship White, Rallye Red, Racing Blue Pearl, Sonic Grey Pearl dan Crystal Black Pearl.

GALERI: Honda Civic Type R 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required