VIDEO: Myvi lawan arus di selekoh buta bertembung dengan Honda City di Laluan Bawah Udini P. Pinang

VIDEO: Myvi lawan arus di selekoh buta bertembung dengan Honda City di Laluan Bawah Udini P. Pinang

Sebuah Perodua Myvi telah bertembung dengan sebuah Honda City di Pulau Pinang, dan video insiden berkenaan telah dimuat naik di laman Facebook We are Malaysians. Menerusi kapsyen yang diberikan, secara spesifiknya ia terjadi di laluan bawah Udini di Jelutong pada tengah malam tadi.

Tidak dapat dipastikan sama ada Myvi tersebut baru sahaja memotong kenderaan di belakangnya, atau masuk ke laluan bertenangan kerana sebab lain (mungkin mabuk?). Namun kawasan tersebut adalah kawasan garis berkembar yang tidak dibenarkan untuk memotong, dan jelas kerana ia adalah selekoh buta yang menyebabkan pemandu tidak nampak kenderaan datang dari arah bertentangan.

Sehingga kini tiada lagi laporan rasmi dari media atau sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Namun kami menasihatkan anda jangan sesekali cuba mempertaruhkan nyawa sama ada memotong di kawasan garis berkembar atau memandu dalam keadaan mabuk – kalau dah jadi kejadian seperti ini, atau lebih teruk menyebabkan kehilangan nyawa, menyesal macam mana pun sudah tidak berguna.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required