Toyota tawar pilihan pelindung catalytic converter untuk kereta baharu bagi model-model pasaran AS

Toyota tawar pilihan pelindung <em>catalytic converter</em> untuk kereta baharu bagi model-model pasaran AS

Unit penukar pemangkin atau catalytic converter merupakan komponen kenderaan yang kerap dicuri buat masa sekarang kerana ia mempunyai bahan logam bernilai seperti platinum, rhodium dan palladium. Komponen yang menjadi sebahagian dari sistem ekzos ini biasa sememangnya mudah dicuri dengan hanya mengeratnya kerana ia terletak di bawah badan kenderaan.

Bagi mengurangkan risiko kecurian catalytic converter berkenaan, Toyota USA kini menawarkan opsyen pelindung catalytic converter kepada pelanggan yang membeli kereta Toyota dan Lexus baharu pada pasaran Amerika Syarikat.

Pelindung berkenaan dibangunkan oleh MillerCat, yang sebelum ini menjual produk tersebut dalam pasaran aftermarket, dan turut menghasilkan komponen sama untuk digunakan pada model-model Honda.

Pelindung ini diperbuat dari material aluminium gred 5052 dan logam tahan karat 304. Ia boleh dipasang terus secara plug & play tanpa sebarang ubahsuai termasuk tidak perlu menebuk lubang tambahan pada badan kereta, dan ia boleh dipasang dan dicabut dengan mudah menggunakan skru.

Namun untuk memastikan pencuri sukar bagi membuka pelindung berkenaan, ia diberikan set skru tamper-proof istimewa dengan bunga unik yang hanya boleh dibuka dengan mata yang hanya dibekalkan kepada pemilik.

Toyota tawar pilihan pelindung <em>catalytic converter</em> untuk kereta baharu bagi model-model pasaran AS

Menurut laporan CarScoops, Prius generasi kelima yang baharu sahaja didedahkan bulan lalu menjadi model pertama diberikan opsyen untuk pelindung catalytic converter ini.

Pelanggan yang berminat perlu membuat bayaran tambahan sebanyak US$140 (RM620) ketika menempah kereta baharu mereka dan komponen tersebut akan dipasang oleh pengedar rasmi Toyota dan Lexus.

GALERI: Toyota Prius 2023

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required