Menangi pelbagai hadiah dengan pembelian tayar Pirelli — iPhone, RM388 baucar cabutan mingguan

Masuk tahun baru, anda sudah periksa tayar kereta? Mulakan tahun 2023 dengan betul dengan cara memastikan permukaan sentuhan kereta anda dengan jalan berada dalam keadaan optimum. Lebih-lebih lagi musim cuti sempena Tahun Baru Cina (CNY) semakin hampir, pasti banyak perjalanan yang akan dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

Menukar tayar mungkin satu keperluan rutin, dan ando boleh dapat banyak kelebihan dengan Pirelli. Pirelli ketika ini sedang menawarkan hadiah melalui pembelian dan kempen cabutan mingguan dengan hadiah bagi setiap pembelian tayar, serta peluang untuk membawa pulang barisan hadiah menarik termasuk iPhone 14 Pro terkini!

Menangi pelbagai hadiah dengan pembelian tayar Pirelli — iPhone, RM388 baucar cabutan mingguan

Promosi semasa menawarkan tumbler Pirelli percuma dengan setiap pembelian empat buah tayar Pirelli bersaiz 16-inci ke bawah, serta bag bergaya Pirelli dengan setiap pembelian empat tayar Pirelli bersaiz 17-inci ke atas.

Setiap pembelian dua tayar akan melayakkan anda menerima satu kupon cabutan mingguan, dengan hadiah menarik menanti anda. Akan ada enam cabutan mingguan sepanjang tempoh kempen, menawarkan sepuluh baucar RM388 setiap cabutan. Cabutan mingguan akan datang adalah pada 6, 13 dan 20 Januari. Dan tidak ketinggalan, sebuah iPhone 14 Pro menunggu pemenang hadiah utama cabutan pada 20 Januari. Itu dua hari sebelum CNY — tahun baru, telefon baru.

Menangi pelbagai hadiah dengan pembelian tayar Pirelli — iPhone, RM388 baucar cabutan mingguan

Hadiah dengan pembelian ini, serta kempen cabutan mingguan adalah program di seluruh negara, termasuk Malaysia Timur. Apa yang perlu dilakukan untuk melayakkan anda meraih hadiah cabutan mingguan ialah dengan mengimbas kod QR di laman kempen, jawab soalan mudah, masukkan perincian peribadi dan muat naik resit — itu sahaja. Maklumat lanjut di sini.

Lakukan perjalanan anda di musim CNY ini dengan kelegaan fikiran dengan program Pirelli 360 Tyre Secure, yang turut menawarkan jaminan kerosakan di jalanan selama enam bulan dan gantian 1-untuk-1. Semoga berjaya dalam cabutan, dan ingat, kuasa tidak bermakna apa-apa tanpa kawalan.