Honda Malaysia (HM) mengumumkan bahawa ia telah berjaya menjual sebanyak 80,200 unit kenderaan sepanjang tahun 2022. Ini bukan sahaja membolehkan syarikat tersebut mencapai sasaran jualan 80,000 unit yang ditetapkan, malah ia menunjukkan peningkatan sebanyak 51% berbanding rekod jualan 2021, serta kekal sebagai jenama kenderaan penumpang (tidak termasuk trak pikap) nombor satu Malaysia untuk tahun kesembilan berturut-turut sejak 2014!
“2022 merupakan tahun yang mencabar dengan masalah kekurangan cip global serta bencana banjir yang telah menjejaskan pengeluaran kereta kami. Dengan semangat ‘Challenging Spirit’ kami beralih ke gear yang lebih tinggi pada 2022 dan melepasi sasaran jualan kami dengan sokongan padu daripada semua pemegang taruh,” kata pengarah urusan dan CEO Honda Malaysia Hironobu Yoshimura.
“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan dan pengedar kami atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka terhadap jenama Honda, serta kerajaan Malaysia untuk lanjutan pengecualian cukai jualan. HM menghargai pelanggan kami, dan kami akan terus berusaha untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Kami bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar untuk memastikan penghantaran tepat pada masanya untuk pelanggan, terutama mereka yang menempah kereta mereka semasa tempoh pengecualian cukai jualan,” tambahnya.
Tahun lalu Honda Malaysia melancarkan Civic FE pada Januari, diikuti HR-V generasi baharu pada Julai. Manakala pada bulan November, syarikat berkenaan melancarkan varian hybrid yang juga model paling atas untuk Civic iaitu Civic RS e:HEV.
Model paling laris bagi Honda Malaysia sepanjang 2022 adalah City yang mewakili 36% dari jumlah keseluruhan jualannya. City Hatchback pula menyumbang jualan sebanyak 20%, manakala HR-V pula adalah 14%. Dari segi geografi pula, 51% jualan Honda adalah dari bahagian tengah Semenanjung Malaysia, 19% dari selatan dan 17% dari utara.


Honda Prelude
dari RM278,000
Honda HR-V
dari RM115,900
Honda e:N1
dari RM149,900
Honda Civic
dari RM133,900
Honda City Hatchback
dari RM85,900
Honda CR-V
dari RM178,200
Honda Civic Type R
dari RM399,900
Honda City
dari RM84,900
Honda WR-V
dari RM89,900