Memandangkan sekarang kita sudah tahu Tesla akan masuk secara rasmi ke Malaysia, mungkin ramai yang akan mula mempertimbangkannya sebagai kereta yang akan dibeli, termasuk mereka yang sebelum ini tidak pernah tertarik dengan kereta elektrik jenama Amerika Syarikat itu.
Beralih kepada kenderaan elektrik ini pertamanya anda perlu mengatasi halangan mental berkenaan idea menggunakannya sebagai kereta harian dan bukannya kereta dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), dengan kebimbangan terhadap perkara seperti jarak gerak bateri dan keberadaan pengecas sebagai penghalang utama.
Kemudiannya, walaupun anda sudah boleh menerima perkara ini, dan membuat keputusan mahu memiliki sebuah kereta elektrik, datang pula kerisauan tentang servis selepas jualan Tesla di Malaysia. Pusat servis rasmi paling dekat dengan kita sekarang adalah di Singapura, dan pemilik yang menyertai program pajakan Greentech pula diketahui telah menghantar kenderaan mereka sehingga ke Hong Kong untuk kerja-kerja baik pulih yang besar.
Mereka yang membeli daripada pengimport persendirian pula setakat ini menghantar Tesla mereka ke bengkel luar yang dikendalikan oleh warga Malaysia seperti Exotic Mods, yang setakat ini diketahui agak bagus. Melalui pemerhatian kami, tidak pernah lagi kami dengar Tesla yang tidak boleh dibaiki.
Jadinya, berapa harga Tesla yang diimport secara rasmi ke Malaysia ini? Sekarang ini kenderaan elektrik yang diimport penuh (CBU) diberikan pengecualian duti import dan eksais. Satu-satunya duti yang perlu mereka bayar adalah SST sebanyak 10%.
Besar kemungkinan harga model yang dibawa secara rasmi oleh Tesla Malaysia akan menjadi lebih rendah berbanding Tesla yang dibawa masuk oleh pengimport persendirian. Tetapi berapa sebenarnya? Mungkin kita boleh mengambil harga di negara jiran, Thailand sebagai rujukan.
Di sana, hanya ada dua model yang sedang dipasarkan secara rasmi, iaitu Model 3 dan Model Y, sementara Model S dan Model X masih belum ada. Berikut adalah harganya:
Tesla Model 3 SR+ – THB 1,759,000
Tesla Model 3 LR – THB 1,999,000
Tesla Model 3 P – THB 2,309,000
Tesla Model Y SR+ – THB 1,959,000
Tesla Model Y LR – THB 2,259,000
Tesla Model Y P – THB 2,509,000
Mengikut kadar tukaran wang hari ini, harga di atas apabila ditukar ke ringgit Malaysia adalah:
Tesla Model 3 SR+ – RM225k
Tesla Model 3 LR – RM256k
Tesla Model 3 P – RM296k
Tesla Model Y SR+ – RM251k
Tesla Model Y LR THB RM290k
Tesla Model Y P – RM322k
Ditambah pula 10% untuk SST, mungkinkah harga Tesla di Malaysia nanti berada pada lingkungan ini?
Tesla Model 3 SR+ – RM247k
Tesla Model 3 LR – RM281k
Tesla Model 3 P – RM326k
Tesla Model Y SR+ – RM276k
Tesla Model Y LR THB RM319k
Tesla Model Y P – RM354k
Apa pendapat anda dengan kebarangkalian harga ini? Adakah ia cukup membuatkan anda tertarik untuk memiliki sebuah Tesla di Malaysia? Jika ya, model apa dan varian apa yang sedang anda pertimbangkan? Beritahu kami dalam ruangan komen.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Setiap saya untuk ulang-alik ke tempat kerja, saya akan menempuh perjalanan sehingga hampir 100 km. Jadi saya berasakan memiliki kenderaan EV merupakan pilihan yang bijak. Namun demikian, harga kenderaan ini yang agak mahal menghalang saya untuk memiliki kenderaan ini dalam masa terdekat. Begitu juga dengan khidmat selenggara kenderaan yang agak terhad di kawasan kediaman terdekat. Mungkin satu masa nanti jika lebih banyak pilihan kenderaan EV dengan harga yang lebih mampu milik, saya juga bakal menjadi salah seorang pemilik kenderaan EV