KTMB tambah empat tren ETS sempena Aidiladha

KTMB tambah empat tren ETS sempena Aidiladha

Sempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada hujung bulan Jun ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menyediakan empat unit tren tambahan bagi perkhidmatan ETS untuk laluan antara Stesen Kuala Lumpur KL Sentral ke Padang Besar dan KL-Sentral ke Butterworth.

“Penambahan itu membabitkan tren ETS 9283 dari Padang Besar- KL Sentral dan tren 9286 dari KL Sentral- Padang Besar, serta tren ETS 9181 dari Butterworth- KL Sentral dan destinasi sebaliknya.

“Tren-tren tambahan ini akan beroperasi selama enam hari bermula 27 Jun hingga 2 Julai 2023. Sebanyak 24 perkhidmatan tambahan ditawarkan untuk tempoh yang dinyatakan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi dalam tempoh itu adalah sebanyak 36 trip sehari, berbanding pada hari biasa iaitu 32 trip sehari,” kata KTMB seperti mana yang dilaporkan Bernama.

KTMB turut memaklumkan tiket tren tambahan berkenaan akan mula dijual pada 1 Jun bermula 10 pagi dengan sejumlah 3,780 tiket masing-masing ditawarkan bagi laluan terlibat.

KTMB tambah empat tren ETS sempena Aidiladha

“Penambahan tren ETS ini adalah bagi menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim perayaan serta bagi mengelakkan kesesakan trafik setiap kali orang ramai pulang ke kampung halaman. Tren tambahan ini menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 7,560 yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan,” menurut KTMB.

Dalam masa yang sama, KTMB turut menyarankan orang ramai supaya membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, Appstore dan App Gallery atau membuat pembelian terus di laman sesawang rasmi KTMB.

Pengguna juga dinasihatkan agar merancang perjalanan dan membuat pembelian lebih awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan serta elakkan pembelian tiket di saat akhir.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required