Perodua Axia E diperkenalkan semula — generasi pertama, 1.0 liter 67 hp/91 Nm manual; harga RM22k

Perodua Axia E diperkenalkan semula — generasi pertama, 1.0 liter 67 hp/91 Nm manual; harga RM22k

Ketika pengenalan Perodua Axia 2023 Februari lalu, pengeluarnya memaklumkan yang model paling murah varian E akan tetap ditawarkan. Dan hari ini, Perodua memperkenalkan varian berkenaan; lebih kepada pengenalan semula Axia E yang pernah ada sebelum ini — dari generasi pertama yang diperkenalkan pada 2014 (yang diberikan facelift pada 2017 dan 2019) dan bukannya dari Axia 2023 yang terbaru dengan platform DNGA.

Jika ada yang tertanya-tanya apa bezanya berbanding Axia E sebelum ini, jawapannya tidak banyak. Paling utama ialah harganya: Axia E kini dijual pada harga RM22,000 — menjadikannya kereta paling murah di Malaysia ketika ini — berbanding harga terakhirnya sekitar RM24,090 bagi model yang diperkenalkan pada 2019 dahulu. Ini melibatkan penjimatan sebanyak RM2,090. Ini menurut Perodua merupakan harga yang bahkan lebih murah berbanding model Kancil ketika ia diperkenalkan dulu pada 1994.

Perodua Axia E diperkenalkan semula — generasi pertama, 1.0 liter 67 hp/91 Nm manual; harga RM22k

Ini juga merupakan kali pertama harga model Perodua yang sama diberikan untuk pasaran di Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Dengan harga yang rendah ini juga, antara sasaran Perodua adalah untuk menarik perhatian penunggang motosikal untuk beralih kepada kereta — sebagai contoh, jumlah ansuran bulannya jika bagi tempoh tujuh tahun dengan kadar faedah 3.75% ialah sekitar RM300; jumlah ansuran yang sama juga biasanya dikenakan untuk motosikal dalam julat harga yang sama ketika ini.

Dari segi penampilan, tidak banyak yang berubah untuk Axia E terbaru ini, hampir sama dengan apa yang pernah dilihat ada pada Axia E versi 2017 dan 2019 dahulu. Bahagian depan dapat dilihat mengenakan imej ringkas yang sama dengan versi tahun 2017, manakala bahagian belakang dan spesifikasinya mengikut model E yang terakhir ditawarkan pada 2019.

Antara kelengkapan asas yang ada untuk Axia E ialah rim besi, dua beg udara tetapi tanpa ABS. Radio dan pembesar suaranya sama seperti sebelum ini, tidak disediakan. Enjinnya juga sama seperti Axia E yang lama, dengan unit 1KR-VE 1.0 liter NA tiga-silinder VVT-i yang menjana sebanyak 67 hp pada 6,000 rpm dan
91 Nm pada 4,400 rpm. Ini tentunya digandingkan dengan transmisi manual lima-kelajuan. Axia E ini juga kekal dengan panarafan empat-bintang untuk ASEAN NCAP yang ditauliahkan oleh MIROS.

Selain itu, penawaran baru yang diberikan untuk pengenalan semula Axia E terbaru ini adalah pilihan warnaya kini ada tiga — Ivory White dan Glittering Silver sedia ada serta satu warna baru untuknya, Granite Grey. Axia E terbaru ini dipasangkan di kilang PGMSB di Rawang yang turut memasang model seperti Ativa dan Alza.

Sejak dilancarkan pada 2014 hingga Mei 2023, Perodua telah merekodkan pendaftaran sebanyak 606,756 unit model Axia (termasuk Axia 2023 terbaru). Perodua mensasarkan jualan 1,500 unit sebulan untuk Axia E ini.

Perodua Axia E diperkenalkan semula — generasi pertama, 1.0 liter 67 hp/91 Nm manual; harga RM22k

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • the_king on Jun 15, 2023 at 2:24 pm

    Dia punya spec asal boleh jalan. Sampaikan board belakang kat bonet tu pun tarak.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Azizan bin hairum on Jun 16, 2023 at 7:32 am

    Sangat dialukan….mampu milk untuk Yang berpendapatan rendah

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • peroduaOwner on Jun 16, 2023 at 8:38 am

    kesian2.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Buat kereta pergi pasar dan hantar anak pergi balik sekolah tak perlu aksesori bagai.

    Good job Perodua to capture the market from lower income group and for the second or third family car.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Mael kg nangka on Jun 16, 2023 at 9:57 am

    Bgus utk pesara,antar antar sekola dgn pemandu ehailing..sebagai pemandu ehailing dan dh biasa dgn manual..sgt sesuai la..klu dpt rate rahmah lg low.lg bagus..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • muhammad ikhtiaruddin on Jun 16, 2023 at 10:57 am

    salam kak… saya nak tanya sikit… macam mana nak ambik ansuran kalu takda slip gaji

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • muhammad ikhtiaruddin bin idrus zalani on Jun 16, 2023 at 10:57 am

    salam kak… saya nak tanya sikit… macam mana nak ambik ansuran kalu takda slip gaji

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Hasni daud on Jun 16, 2023 at 11:47 am

    utk axia auto brp harga jlnan

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Muhammad iskandar bin mohd anuar on Jun 16, 2023 at 12:17 pm

    Amin

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Ahmad Saad on Jun 16, 2023 at 2:29 pm

    Great choice to for Malaysia economy, to move goods and services at the lowest cost possible.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Aku ada dgr berita kat radio yg owner perodua ckp dia bagi harga murah utk semua rakyat Msia yang susah merasa naik kereta dan tak terbeban. Tapi itu semua kata2 manis dia, motif utama dia dah tentu keuntungan, dia serupa ahli politik byk main kata2. Klau betul nak tolong rakyat susah, jgn la kedekut sangat bagi tin kosong. Central lock takde, wiper belakang takde, abs yg simple skg ni pun takde. Taik ko la ceo perodua nak bantu org. Untung jgk anwar dpt nama rahmah

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required