Perodua Axia E akan diproduksi semula, bakal dijual pada harga lebih murah dari RM24k tidak lama lagi?

Perodua Axia E akan diproduksi semula, bakal dijual pada harga lebih murah dari RM24k tidak lama lagi?

Ketika merasmikan Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS, Serdang tempoh hari, menteri pelaburan, perdangangan dan industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sempat berkongsi bahawa Perodua dijangka bakal memperkenalkan harga baharu yang lebih rendah bagi salah satu model sedia adanya tidak lama lagi.

“Saya diberitahu bahawa Perodua akan merendahkan harga salah satu modelnya tidak lama lagi, menjadikan kereta yang sudah sedia murah itu lebih murah! Satu lagi pembayang, ia juga merupakan model EEV. Model yang mana? Anda hanya perlu tunggu sehingga ia diumumkan,” kata Zafrul dalam ucapannya.

Mengambil beberapa petunjuk dalam ucapan Tengku Zafrul berkenaan, ada kemungkinan ia adalah Perodua Axia E generasi terdahulu dengan kotak gear manual, yang diumumkan oleh Perodua sebelum ini bahawa ia bakal diproduksi semula dan dijual sekali bersama model generasi baharu.

Perodua Axia E akan diproduksi semula, bakal dijual pada harga lebih murah dari RM24k tidak lama lagi?

Axia ‘spec kosong’ dengan rim besi serta tanpa radio berkenaan merupakan salah satu model Perodua yang menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), serta merupakan model yang paling murah dijual oleh Perodua sebelum ini. Harga terakhir ditawarkan untuk Axia E manual berkenaan adalah RM24,090, mungkin untuk kemaskini harga baharu lebih rendah nanti ia akan dijual pada harga sekitar RM20k?

Apa pun, seperti yang disebut oleh Tengku Zafrul, kita tunggu dulu pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh Perodua tidak lama lagi. Apa pendapat anda? Adakah dengan langkah menjual kembali model lama dengan harga lebih rendah ini akan memberikan kelegaan kepada golongan yang benar-benar memerlukan di saat kos sara hidup yang semakin meningkat selepas musim pandemik ini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Badelisaham bin Md Juda on May 05, 2023 at 8:39 pm

    Saya sokong 100%.. kalau boleh kekalkan jualan model yg lepas..

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Zabidi on May 05, 2023 at 11:00 pm

    Klu beli axia gear manual jgn hrp utk jdkannya gear auto krn complicated utk convert ke gear.auto nanti.tk..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 4
  • Hairunnizam Bin Yahya on May 06, 2023 at 7:23 am

    Alhamdulilah…..moga terlaksana apa yang dirancang……bagi golongan berpendapatan rendah bolehlah kiranya memperolehi kenderaan sendiri dengan harga mampu milik. Terima kasih diatas keperihatinan Syarikat Perodua ke atas pengguna seperti saya.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • Rajan on May 06, 2023 at 5:55 pm

    Harap dapat yang gearbox automatik

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  • Serap on May 06, 2023 at 7:18 pm

    Saya sokong

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Kereta cukai tinggi sngt.
    Bagi la harga 15 k…berbaloi…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 3
  • Kalau btl, alhamdulilah. Boleh jadi beater car ke tempat kerja.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Shamsul on May 06, 2023 at 9:25 pm

    Terbaik Produa ..dialu2kn… value for money… spare parts murah, jmat mnyak, resale value tinggi… gear manual lasak dari auto..pnjgaan mudah ..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • Syed mohd nizam syed noh on May 06, 2023 at 10:50 pm

    Setuju baru rakyat mampu ada kereta dgn kos yg tinggi sekarang…tetapi jgn aspek keselamatan di abaikan….sekurang nyer ada Beg udara jika.berlaku kemalangan…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Mohammad on May 07, 2023 at 8:43 am

    Cadangan yg memberansangkan tapi keluarkan model auto skli selain manual

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Sokong sangat…langkah bijak Perodua..tak sabar oo..ada model baru tapi lebih berkenan dengan model lama…p

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Pencinta axia on May 09, 2023 at 7:55 am

    Tak sabar,tggu first kereta yg ini

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • yatie dki on May 09, 2023 at 12:01 pm

    sejak kilang perodua dibina di negara ini, saya mengharapkan kereta yang harganya tidak melebihi RM20k, dah berapa generasi perodua, masih belum nampak bayang ….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Matir Gambidau on May 09, 2023 at 1:30 pm

    Semoga harga kereta Axia E mampu milik semua bagi golongan B40 dapat di realisasikan tidak lama lagi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Apapun syabas kerana masih ada pilihan untuk kami yg berpendapatan rendah ini

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required