Klik untuk besarkan

Bagi yang memandu masuk dan keluar ke/dari pusat bandar Kuala Lumpur, ini ada makluman penting buat anda. Jalan Raja yang terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad akan ditutup minggu ini untuk penganjuran acara Citrawarna 2026. Selain itu, beberapa jalan di sekitar kawasan terbabit juga terlibat dengan penutupan.

Bermula dengan Jalan Raja, laluan dari Muzium Tekstil Negara dan bangunan lama Standard Chartered (dari arah terowong) hingga ke persimpangan Jalan Raja Laut akan ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 12 tengah hari esok (21 Julai). Penutupan penuh akan berlangsung dari 21 hingga 26 Julai, dan diteruskan sehingga jam 5 pagi pada 27 Julai (Isnin).

Sementara itu, beberapa jalan di kawasan sekitar turut akan ditutup pada 24 Julai (9 malam hingga 2 pagi) dan 25 Julai (6 petang hingga 11 malam) bagi memberi laluan kepada latihan raptai dan penganjuran sebenar Citrawarna. Jalan-jalan yang terlibat ialah Bulatan Dato Onn hingga Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Esfahan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, serta laluan dari Jalan Kinabalu ke Jalan Sultan Hishamuddin.

Untuk gambaran yang lebih jelas, sila teliti info grafik di atas. Anda dinasihati menggunakan laluan alternatif atau menggunakan pengangkutan awam untuk ke destinasi yang ditujui.