Sung Kang bakal hasilkan filem ‘live action’ Initial D

Sung Kang bakal hasilkan filem ‘live action’ Initial D

Aktor Korea-Amerika, Sung Kang dikenali dalam dunia budaya ubahsuai kereta kerana wataknya sebagai Han Lue dalam saga filem Fast & Furious, terutamanya pada siri ketiga filem itu iaitu Tokyo Drift. Bagi meneruskan minatnya, beliau dilaporkan bakal menerbitkan dan mengarah satu filem berkisar perlumbaan jalanan yang diadaptasi dari manga dan anime dari Jepun iaitu Initial D!

Dalam satu wawancara bersama akhbar South China Morning Post, Sung Kang mendedahkan bahawa dia akan menghasilkan dua filem selepas ini, satu adalah berkisar kehidupannya sewaktu usia kanak-kanak, dan satu lagi filem berdasarkan karya pelukis manga Jepun Shuichi Shigeno tersebut.

“Ia adalah berkenaan kereta dan drifting dan perkara-perkara yang cool seperti itu. Ia hampir sama seperti Rocky atau Karate Kid. Filem yang seronok, berbajet besar yang menzahirkan cinta saya pada kereta,” kata Sung Kang dalam laporan akhbar tersebut.

Sung Kang bakal hasilkan filem ‘live action’ Initial D

Seperti mendiang Paul Walker, Sung Kang juga dikenali sebagai ‘Mat Kereta’ sebenar bukan hanya kerana wataknya dalam filem. Sehingga kini Sung Kang telah menyiapkan beberapa restorasi Datsun Fairlady 240Z S30Z dan dibawa untuk dipamerkan dalam acara SEMA di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun butiran berkenaan bila filem live action Hollywood untuk Initial D ini masih belum didedahkan oleh Sung Kang.

Initial D mengisahkan bagaimana seorang budak lelaki yang baru berumur 18-tahun bernama Fujiwara Takumi dilatih oleh ayahnya setiap pagi untuk menghantar tauhu ke sebuah hotel yang terletak di atas puncak Bukit Akina (atau nama sebenarnya Bukit Haruna) di wilayah Gunma, Jepun menggunakan sebuah kereta lama Toyota Sprinter Trueno AE86.

Dia kemudiannya diarahkan oleh ayahnya untuk berlumba di Bukit Akina bagi membantu pasukan lumba tempatan dari kalah dengan pasukan dari luar. Dari situ Takumi mula berlumba dengan serius dan akhirnya menyertai pasukan Project D bagi menjelajah ke seluruh Jepun untuk mencabar pasukan-pasukan dari wilayah lain.

Sung Kang bakal hasilkan filem ‘live action’ Initial D

Manga Initial D mula diterbitkan pada Julai 1995 dan berakhir pada Julai 2013 dengan 48 jilid buku komik. Manakala animenya pula mula ditayangkan 1998 dan berakhir pada 2014 selepas enam musim. Manga dan anime Initial D ini menjadi fenomena di seluruh dunia kerana ia menampilkan teknik-teknik sebenar perlumbaan dengan kisah-kisah yang rapat dengan kehidupan ‘mat-mat kereta’.

Semua teknik dalam siri tersebut diselia oleh pelumba professional Jepun, ‘The Drift King’ Keiichi Tsuchiya dan disulam dengan kisah-kisah sebenar yang dialami oleh Tsuchiya ketika masih berlumba secara haram di jalan-jalan bukit di Jepun. Secara tidak langsung juga Initial D telah menyebabkan harga Toyota Corolla AE86 melambung di seluruh dunia.

Ini bukan kali pertama Initial D dihasilkan dalam versi live action. Pada 2005 filem live action Initial D yang dihasilkan oleh Media Asia Group dari Hong Kong mula ditayangkan, dengan penyanyi pop dari Taiwan, Jay Chou memegang watak sebagai Fujiwara Takumi.

Walau bagaimanapun filem berkenaan mendapat kritikan dari peminat-peminat Initial D kerana banyak watak-watak dan jalan cerita telah diubah, serta teknik pemanduan dan juga lokasi yang tidak realistik seperti pada manga dan juga anime.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required