Proton S70 sedan segmen-C paling laris di Malaysia untuk bulan Februari 2024, terjual sebanyak 2,314 unit

Proton S70 sedan segmen-C paling laris di Malaysia untuk bulan Februari 2024, terjual sebanyak 2,314 unit

Proton mengumumkan bahawa sedan segmen-C Proton S70 telah pun berjaya dijual sebanyak 2,314 unit sepanjang bulan Februari 2024. Ini membolehkan model berkenaan menjadi sedan segmen-C paling laris dalam kelasnya bulan lalu.

Rekod berkenaan jelas 60.5% lebih banyak dari jualan pada Januari lalu di mana sebanyak 1,442 unit S70 berjaya diserahkan kepada pelanggan pada bulan tersebut. Menurut Proton peningkatan jualan S70 pada bulan lalu adalah selaras dengan peningkatan produksi model berkenaan di kilangnya.

Proton S70 dilancarkan secara rasmi pada hujung November 2023, namun menurut timbalan CEO Proton Roslan Abdullah dalam laporan sebelum ini, penghantaran model tersebut kepada pelanggan tertangguh kerana dua perkara – pertama adalah demi memastikan kualitinya, sementara kedua adalah untuk mendaftarkannya pada tahun 2024 atas sebab nilai jualan balik (RV).

Proton S70 sedan segmen-C paling laris di Malaysia untuk bulan Februari 2024, terjual sebanyak 2,314 unit

Proton S70 merupakan sedan yang diasaskan dari platform B-segment Modular Achitecture (BMA) yang sama seperti SUV Proton X50. Walaupun dari bahagian luaran ia nampak sama seperti Geely Emgrand untuk pasaran China, Filipina dan beberapa negara Timur Tengah, S70 sebenarnya dibangunkan semula oleh Proton dengan pelbagai perubahan drastik.

Antaranya enjin 1.5L NA dan kotak gear CVT yang digantikan dengan enjin 1.5L tiga-silinder turbo yang lebih berkuasa dan transmisi klac berkembar automatik tujuh-kelajuan yang lebih responsif, ruang kabin yang lebih sesuai untuk pasaran Malaysia, talaan suspensi “Proton Ride Handling”, kelengkapan keselamatan lebih canggih dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dan pelbagai lagi.

Untuk perincian lebih lengkap anda bolah baca laporan pelancaran Proton S70 ini pada PAUTAN INI. Kami turut sudah menguji sedan ini di litar ujian Proton tiga minggu sebelum pelancarannya, di mana ulasannya boleh anda baca pada PAUTAN INI.

Proton S70 2024 Executive

Proton S70 2024 Premium

Proton S70 2024 Flagship X

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required