Mitsubishi Xforce dapat 5-bintang dari ASEAN NCAP

Mitsubishi Xforce dapat 5-bintang dari ASEAN NCAP

Mitsubishi Xforce telah pun diberikan penarafan lima-bintang dari Asean NCAP (Program Penilaian Kenderaan baharu untuk Negara Asia Tenggara), dengan menerima keseluruhan markah 79.15, Xforce merupakan model kedua dari jenama Jepun itu yang dinilai di bawah protokol ini, selepas Triton 2024.

Xforce dilihat diuji di jalan raya di Malaysia pada Februari lalu, dan SUV segmen-B ini dijangka akan tiba di sini tahun ini, mungkin sebelum trak pikap Triton generasi ketiga diperkenalkan di peringkat tempatan.

Varian yang diuji ialah Exceed, berasal dari Indonesia dan direncanakan untuk dijual di Indonesia, Filipina dan Vietnam, dan Xforce memberikan “prestasi hebat” dalam penilaiannya, setelah mencapai penarafan lima-bintang dalam semua kategori penilaian, menurut Asean NCAP.

Ciri keselamatan pasif yang ada pada Xforce termasuklah empat beg udara secara standard, bersama ABS, kawalan kestabilan elektronik, pengingat tali pinggang keledar untuk penumpang hadapan dan belakang, teknologi perlindungan pejalan kaki untuk semua varian.

Turut diberikan untuk Xforce, sama ada secara standard mahu pun sebagai kelengkapan pilihan ialah brek kecemasan autonomous, amaran pelanggaran hadapan, pengesan titik buta dan lampu tinggi automatik.

Markah dari Asean NCAP yang diperoleh ialah 27.91 daripada 32.00 mata untuk kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), 43.43 dari 51.00 mata bagi kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP). Bagi kategori bantuan keselamatan pula, Xforce menerima 15.59 daripada 21.00 mata, sementara kategori keselamatan penunggang motosikal pula dengan 9.91 daripada 16.00 mata.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required