Geely kembali ke Afrika Selatan; nama EX5, pikap EV RD6 sudah didaftar dipasaran sudah diteroka Proton

Geely kembali ke Afrika Selatan; nama EX5, pikap EV RD6 sudah didaftar dipasaran sudah diteroka Proton

CEO Geely Auto, Jerry Gan mengesahkan bahawa jenama automotif China itu bakal kembali ke pasaran Afrika Selatan, selepas memberhentikan perniagaannya di sana sekitar 10 tahun lalu.

Menurut laporan Cars.co.za, walaupun belum ada model yang disahkan akan dijual di pasaran berkenaan, Geely sudah dilihat mendaftarkan beberapa nama model di sana, antaranya E5, EX5, EX2, EX3 dan juga Starray. Lebih awal daripada itu, Geely juga sebenarnha telah mendaftarkan jenama Geometry dan Farizon Auto pada 2021, dan Zeekr pada 2023 di negara berkenaan.

Dan sudah tentu sebagai pasaran yang menjadi ‘lubuk’ trak pikap selain Thailand dan Australia, Geely turut dilihat mendaftarkan jenama Riddara, iaitu nama global untuk pasaran eksport trak pikap elektrik penuh (EV) Radar RD6. Trak pikap tersebut telah pun dilancarkan di Thailand pada Oktober tahun lalu, dijual pada harga bermula 899,000 baht (RM117k), dengan varian tertinggo menawarkan jarak gerak sejauh 421 km.

Dengan pengumuman yang dibuat oleh Gan ini menandakan Geely bakal ‘bertembung’ dengan Proton dalam satu pasaran yang sama. Seperti juga Geely, Proton mula masuk semula ke pasaran Afrika Selatan pada 2022 selepas sekitar sedekad menutup operasinya disana.

Geely kembali ke Afrika Selatan; nama EX5, pikap EV RD6 sudah didaftar dipasaran sudah diteroka Proton

Buat masa sekarang Proton bukan sahaja menjual sedan mampu milik Saga di Afrika Selatan, malah turut menawarkan model-model terkini termasuk X50, X70 dan X90. Kemasukan semula jenama automotif Malaysia ke Afrika Selatan sesuai dengan persetujuan antaranya dengan Geely ketika kerjasama kedua-dua jenama dimeterai pada 2017, yang mahu menjadikan Proton sebagai hab penghasilan kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD).

Namun persetujuan tersebut kini kelihatan tidak lagi wujud kerana Geely bukan hanya kembali ke Afrika Selatan, malah turut bertapak di pasaran-pasaran RHD lain yang sebelum itu dirancang untuk dimasuki oleh Proton seperti Australia, Thailand dan Indonesia.

Dalam respon kepada paultan.org berhubung komitmennya terhadap Proton pada akhir tahun lalu, Geely Holding Group menyatakan bahawa “Geely tetap berdedikasi pada ikrar awalnya bagi menjadikan AHTV sebagai hab pengeluaran dan R&D serantau untuk pasaran ASEAN,”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required