Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengesahkan Bahrain turut menunjukkan minat untuk mengimport SUV Proton X70 ke pasaran negara berkenaan.
Menurutnya, minat tersebut disuarakan oleh peserta industri dan usahawan negara berkenaan kepada beliau ketika lawatan rasminya ke negara itu, baru-baru ini. Dan perkara tersebut telah disampaikan kepada pengurusan Proton, namun masih belum ada maklum balas daripada syarikat berkenaan buat masa ini.
“Perkembangan ini adalah peluang terbaik bagi Proton untuk menembusi pasaran antarabangsa, khususnya negara di Asia Barat, Saya percaya X70 mempunyai pasaran yang terbuka luas di Bahrain dan negara sekitarnya,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan oleh Harian Metro.
Untuk pengetahuan, Bahrain telah pun mempunyai Geely X7 Sport di pasaran negara berkenaan. Jadi, jika benar Bahrain berminat untuk memasarkan X70, mungkin ia lebih sesuai diimport terus dari China kerana melibatkan unit pemanduan sebelah kiri. Berbanding kilang Proton di Tanjung Malim, yang lebih memfokuskan pemasangan untuk unit pemanduan sebelah kanan.
Bukan sahaja di Bahrain, di Rusia dan Belarus juga sudah pun mempunyai model tersebut, yang diimport terus dari Belarus. Jadi, lebih relevan sekiranya pasaran eksport X70 ditumpukan pada negara yang tidak menjual model Geely X7, bukan begitu?


Proton X70
dari RM106,800
Proton X90
dari RM106,800
Proton S70
dari RM73,800
Proton eMas 7 PHEV
dari RM109,800
Proton Saga
dari RM38,990
Proton eMas 5
dari RM59,800
Proton X50
dari RM89,800
Proton eMas 7
dari RM103,800