Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • PACE 2025: Rebat tunai sehingga RM25k untuk BYD Seal, RM10k untuk Sealion 7, diskaun kit badan Atto 3

    PACE 2025: Rebat tunai sehingga RM25k untuk BYD Seal, RM10k untuk Sealion 7, diskaun kit badan Atto 3

    Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 kini sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), dengan sokongan bersama dari Carro dan RHB Bank. Sepanjang hujung minggu ini, 19 dan 20 Julai, dari jam 9 pagi hingga 7 malam, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran eksklusif dari jenama automotif premium termasuk daripada BYD, yang tampil dengan pelbagai promosi menarik.

    Di ruang pameran BYD, tawaran bermula dengan diskaun tunai sehingga RM10,000 untuk model SUV elektrik baru mereka, BYD Sealion 7. Tawaran ini diadakan sempena kejayaan BYD mencapai angka jualan 20,000 unit di Malaysia. Namun, ia hanya terhad kepada 200 unit sahaja dan mereka yang berminat perlu bertindak segera.

    Bagi pembeli yang membuat tempahan untuk Atto 3 Ultra semasa acara ini, anda layak mendapatkan kit badan Ultra pada harga istimewa — hanya RM1,999, berbanding harga asal RM6,000. Promosi ini eksklusif untuk PACE dan juga terhad kepada jumlah tertentu.

    Sementara itu, BYD Seal, sedan elektrik jenama tersebut, ditawarkan bersama diskaun tunai RM25,000 serta pakej servis percuma selama tiga tahun. Sebagai tambahan, pembelian mana-mana model BYD baru sepanjang acara ini juga akan datang bersama kredit pengecasan bernilai RM300, memberikan nilai tambah kepada pengguna EV.

    PACE 2025: Rebat tunai sehingga RM25k untuk BYD Seal, RM10k untuk Sealion 7, diskaun kit badan Atto 3

    Jika ingin melihat model akan datang dari BYD, pengunjung boleh meninjau Atto 2, SUV elektrik kompak yang bakal berada di antara model Dolphin dan Atto 3 dalam barisan BYD Malaysia. Model ini dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 24 Julai dan PACE memberikan peluang eksklusif untuk anda melihatnya terlebih dahulu sebelum pelancaran.

    Seperti biasa, pembelian kenderaan di PACE bukan sahaja menjanjikan tawaran menarik dari jenama yang terlibat, malah disertai pelbagai ganjaran tambahan. 200 tempahan kenderaan pertama akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Untuk 40 tempahan motosikal baharu pertama, baucar bernilai sama turut diberikan.

    Bukan itu sahaja — setiap tempahan kenderaan baru yang disahkan juga akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk 10 unit telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu, serta hadiah utama berupa pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

    PACE 2025 bukan sekadar pameran, ia adalah peluang untuk memiliki kenderaan idaman dengan tawaran luar biasa dan ganjaran istimewa. Jangan lepaskan peluang ini — hanya pada hujung minggu ini di Setia City Convention Centre.

     
     
  • PACE 2025: Zeekr 009 dan 7X boleh ditempah dengan harga pengenalan; terima wallbox 22 kW pecuma

    PACE 2025: Zeekr 009 dan 7X boleh ditempah dengan harga pengenalan; terima wallbox 22 kW pecuma

    Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org sedang berlangsung hari ini dan esok, bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Dengan Carro dan RHB Bank sebagai penaja bersama, acara ini terbuka kepada umum dari pukul 9 pagi hingga 7 malam.

    Jika berminat dengan kenderaan Zeekr, anda boleh berkunjung ke sana untuk mendekati antaranya model Zeekr 7X — dua unit model ini turut dipamerkan. Tempahan untuknya juga sudah dibuka untuk tiga varian yang bakal ditawarkan, dengan harga pengenalan istimewa.

    Tiga varian tersebut terdiri daripada RWD Standard dengan harga RM182,000; RWD Long Range dengan harga RM195,000; dan AWD Performance dengan harga RM230,000. Angka janaan outputnya adalah antara 421 PS (416 hp atau 310 kW) dan 440 Nm hingga 646 PS (637 hp atau 475 kW) dan 710 Nm, dengan jarak perjalanan dari 480 km hingga 600 km (WLTP), bergantung kepada varian.

    PACE 2025: Zeekr 009 dan 7X boleh ditempah dengan harga pengenalan; terima wallbox 22 kW pecuma

    Kelengkapan lain untuk 7X termasuklah skrin sentuh mini-LED infotainmen 16-inci, dua pengecas tanpa wayar 50 watt, kerusi urut di depan, pintu kuasa elektik, pendingin tiga zon dan balutan kulit Nappa.

    Turut dipamerkan di PACE 2025 ialah model 009, dengan versi motor tunggal tujuh-tempat duduk bagi varian Executive dijual pada harga pengenalan RM310,000, sementara versi dua motor dengan tujuh-tempat duduk Luxury dengan harga RM349,800. Satu lagi penawaran ialah Ultra Luxury dengan dua motor dan enam-tempat duduk, dengan harga RM359,800.

    Semua varian 009 datang dengan kelengkapan standard yang penuh, seperti suspensi udara dua kebuk, rim aloi 19-inci, ADAS lengkap, tujuh beg udara, kerusi depan dan barisan tengah larasan kuasa dengan fungsi urut dan liang udara, balutan kulit Nappa, peti sejuk 8.6 liter, bumbung panoramik, monitor bumbung OLED 17-inci dengan kawalan jauh, kamera barisan tengah dan lain-lain.

    PACE 2025: Zeekr 009 dan 7X boleh ditempah dengan harga pengenalan; terima wallbox 22 kW pecuma

    Jika anda membuat tempahan 7X atau 009 melalui Carro Retail di PACE 2025, anda akan menerima pengecas wallbox 22 kW dan filem penapis haba premium ketika mendaftarkan kenderaan. 009 juga datang dengan tambahan pengecas EVSE tiga-pin.

    Semua ini berasingan daripada baucar bernilai RM3,000 untuk produk daripada rakan-rakan penyokong acara tersebut, seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer — baucar ini adalah untuk 200 tempahan terawal untuk kereta, dan 40 yang terawal untuk motosikal.

     
     
  • PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

    PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

    Acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 kembali lagi tahun ini dan sedang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC) hujung minggu ini, 19 dan 20 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Ini merupakan destinasi terbaik untuk anda mendapatkan tawaran hebat bagi kereta premium, sama ada baru atau terpakai.

    Jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad hadir melalui wakil rasmi mereka, Auto Bavaria, dengan barisan model yang meluas. Antara model baru yang dipamerkan adalah BMW 218i Gran Coupé generasi F74 dalam versi Sport, yang dilancarkan secara rasmi di Malaysia bulan lalu dan kini ditampilkan di PACE 2025.

    Turut dipertontonkan ialah BMW X1 sDrive20i xLine, sebuah SUV kompak premium yang menggabungkan gaya, teknologi dan praktikaliti. Jika anda mencari sesuatu yang lebih besar, BMW X3 juga berada di sana, bersama dua model sedan utama jenama itu — BMW 320i Sport dan BMW 530i M Sport.

    PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

    Jenama MINI di bawah kumpulan BMW juga tidak ketinggalan. Di PACE 2025, MINI membawakan tiga model menarik iaitu MINI Countryman S, Aceman SE dan Cooper S 5-Door. Countryman S dan Cooper S 5-Door merupakan model dengan enjin petrol 2.0 liter turbo empat silinder B48 yang menghasilkan 204 PS dan 300 Nm tork.

    Satu-satunya model elektrik penuh dalam barisan MINI ialah Aceman SE, yang menggunakan motor elektrik pacuan hadapan dengan kuasa 218 PS dan tork 330 Nm. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 170 km/j. Aceman SE dikuasakan oleh bateri NCM 54.2 kWj, menawarkan jarak gerak sehingga 406 km mengikut standard WLTP.

    Segmen dua roda pula diwakili oleh BMW Motorrad, yang mempamerkan tiga model motosikal premium. Antaranya ialah BMW F900 XR, motosikal pertengahan saiz yang sesuai untuk pelbagai kegunaan dengan enjin 895 cc dua silinder selari, menghasilkan 105 hp dan 92 Nm tork, serta pacuan rantai.

    PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

    Dua lagi model ikonik yang turut dipamerkan ialah BMW R1300 GS dan R1300 GS Adventure. Model R1300 GS hadir dengan rekaan baru yang menggunakan rangka logam mampat bagi menggantikan casis tubular lama, memberikan pengurangan berat serta menawarkan lebih banyak teknologi termasuk sistem bantuan tunggangan canggih.

    Bagi mereka yang mencari motosikal kembara lebih ekstrem, R1300 GS Adventure menawarkan perlindungan angin yang lebih baik, tangki bahan api lebih besar berkapasiti 31 liter serta boleh dilengkapkan dengan sistem Automated Shift Assistant (ASA) yang hadir sebagai standard untuk varian Triple Black, Style GS Trophy dan Option 719 Karkorum di Malaysia.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, PACE 2025 turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif. 200 tempahan kenderaan pertama akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penaja seperti Solar Gard, Dodomat, The Carage, Kuzig Glanz, Gintell dan DK Schweizer. Perkara sama turut ditawarkan kepada 40 tempahan motosikal baru pertama.

    PACE 2025: BMW 218 Gran Coupe, MINI Aceman, BMW Motorrad F900 XR, R1300GS, GSA dipamer di SCCC

    Lebih menarik, setiap tempahan kereta baru yang disahkan akan melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah lumayan termasuk 10 unit telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu serta hadiah utama berupa pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

    Tawaran hebat dan pengalaman automotif premium menanti anda di PACE 2025 — kunjungi Setia City Convention Centre hari ini atau esok, dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

     
     
  • PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

    PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

    Hyundai baru saja diperkenalkan semula untuk pasaran Malaysia awal Julai lalu, dengan menampilkan tiga model terkini syarikat itu. Hujung minggu ini di Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 anjuran paultan.org di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), anda berpeluang mendekati kesemuanya sendiri.

    Model pertama, Santa Fe generasi kelima menjadi tarikan utama. Ditawarkan dalam dua pilihan enjin, 1.6 liter turbo petrol hibrid yang menjana sebanyak 235 PS/367 Nm, atau 2.5 liter turbo petrol dengan janaan 281 PS/422 Nm dalam tiga varian — HEV Prime, HEV Prestige dan 2.5 T-GDi HTRAC Calligraphy.

    PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

    Di dalam, anta kelengkapan yang ada ialah paparan melengkung panoramik, dua pengecas tanpa wayar, kerusi Premium Relaxation, 12-pembesar suara Bose Premium dan talam pensterilan UV-C. Tidak ketinggalan ciri Hyundai SmartSense, yang antaranya terdiri daripada fungsi Forward Collision-Avoidance Assist, Smart Cruise Control, Lane Following Assist, Remote Smart Parking Assist, 10-beg udara dan ISOFIX di barisan ketiga.

    Model kedua ialah Tucson facelift yang kini tampil lebih ranggi dengan rekaan gril bersegi, DRL Parametric Jewel dan bampar depan dan belakang baru. Di dalam, papan pemukanya diberi rekaan baru yang lebih luas dan banyak ruang storan. SUV ini ditawarkan dengan pilihan enjin 1.6 liter T-GDi petrol dengan janaan 180 PS atau 1.6 liter T-GDi Hybrid, berserta Hyundai SmartSense.

    PACE 2025: Hyundai Santa Fe, Tucson dan Staria dipamer, baucar RM3,000 menanti tempahan terawal

    Dan, model ketiga, Hyundai Staria, sebuah MPV yang menampilkan ruang yang sangat luas. Dikuasakan oleh enjin 2.2L CRDi 177 PS diesel, ia boleh dipilih dalam konfigurasi 10 atau tujuh-tempat duduk, kerusi barisan tengah Premium Relaxation untuk versi tujuh-tempat duduk, dua sunroof, 12-pembesar suara Bose Premium dan Hyundai SmartSense.

    Semua model ini didatangkan dengan jaminan lapan-tahun/160,000 km dan lapan kali servis percuma untuk 100 pelanggan terawal. Dan, jika anda antara 200 orang terawal yang membuat tempahan kenderaan di PACE 2025, anda akan menerima baucar bernilai RM3,000 daripada rakan penyokong acara untuk membolehkan penyertaan dalam cabutan bertuah dengan tawaran hadiah lumayan — 10 telefon pintar bernilai RM3,500 setiap satu, serta hadiah utama pakej percutian untuk dua orang bernilai RM25,000.

     
     
  • Denza Z9 GT dipamer untuk umum di PACE 2025 – EV atau PHEV sehingga 965 PS/1,150 Nm, lancar 2026

    Denza Z9 GT dipamer untuk umum di PACE 2025 – EV atau PHEV sehingga 965 PS/1,150 Nm, lancar 2026

    Divisi mewah BYD iaitu Denza hari ini membuat kejutan di acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 dengan membawa kereta sport elektrik dengan badan “Shooting Brake” (wagon dengan bumbung yang rendah) iaitu Denza Z9 GT. Model ini telah membuat penampilan pertama di Malaysia pada Februari lalu ketika pelancaran MPV Denza D9, tetapi hari ini adalah kali pertama ia dipertontonkan untuk orang awam.

    Di China, Z9 merupakan wakil BYD dan Denza yang bersaing dengan Shooting Brake EV kumpulan Geely iaitu Zeekr 001. Di Malaysia, segmen yang sama setakat ini hanya dibintangi oleh Porsche Taycan Cross Turismo. Juga untuk pasaran negara asalnya, Z9 bukan hanya ditawarkan dalam versi EV, malah ia juga hadir dalam pilihan unit rangkaian kuasa plug-in hybrid (PHEV).

    Model yang dipamerkan di PACE ini adalah dari versi EV yang masih dalam konfigurasi pemanduan sebelah kiri (LHD). Versi ini dibekalkan dengan tiga motor elektrik, di mana gandar hadapan menerima sebuah motor berkuasa 313 PS (230 kW) dan tork maksima 430 Nm, sementara gandar belakang dipacu dua buah motor elektrik masing-masing berkuasa 326 PS (240 kW) dan tork maksima 360 Nm.

    Secara keseluruhan ketiga-tiga motor elektrik ini membekalkan Denza Z9 GT EV dengan kuasa 965 PS (710 kW) dan tork 1,150 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dibuat hanya dalam masa 3.4 saat! Motor-motor berkenaan menerima kuasa elektrik dari bateri Blade litium logam fosfat (LFP) gergasi 100 kWj membolehkan ia bergerak sejauh 630 km dalam kitaran ujian domestik China CLTC.

    Denza Z9 GT dipamer untuk umum di PACE 2025 – EV atau PHEV sehingga 965 PS/1,150 Nm, lancar 2026

    Bateri tersebut boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC yang berkemampuan menerima sehingga 270 kW, membolehkan jumlah cas dipenuhkan dari 30% hingga 80% dalam masa hanya 19 minit.

    Manakala bagi versi PHEV kuasa yang dibekalkan pada setiap motor adalah sedikit rendah, dengan motor gandar hadapan berkuasa 272 PS (200 kW)/315 Nm dan motor gandar belakang masing-masing berkuasa 299 PS (220 kW)/360 Nm. Ini secara keseluruhan membekalkan kuasa 870 PS (640 kW) dan tork maksima 1,035 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 3.6 saat.

    Bateri yang membekalkan kuasa juga lebih kecil iaitu bateri LFP 38.5 kWj. Namun bateri berkenaan akan sentiasa dicas oleh sebuah enjin 2.0 liter empat silinder turbo berkuasa 207 PS/325 Nm yang bertugas hanya sebagai generator, tanpa sebarang mekanisma untuk memacu roda.

    Dengan satu cas bateri penuh, Z9 GT PHEV ini boleh bergerak sejauh 201 km tanpa enjin petrol dihidupkan. Manakala dengan satu tangki penuh petrol ia boleh berjalan sejauh 1,101 km. Bateri tersebut masih boleh dicas seperti EV sebenar – dengan pengecas pantas DC berkapasiti 82 kW, cas boleh dipenuhkan dari 30% hingga 80% dalam masa 19 minit.

    Denza Z9 GT dipamer untuk umum di PACE 2025 – EV atau PHEV sehingga 965 PS/1,150 Nm, lancar 2026

    Dengan bateri yang besar untuk membekalkan kuasa kepada motor elektrik berkuasa tinggi serta memberikan jarak gerak yang jauh, badan Z9 GT ini juga perlu dihasilkan dalam saiz yang besar. Ia menampilkan dimensi panjang 5,180 mm, lebar 1,990 mm serta jarak roda sejauh 3,125 mm. Jadi berbanding Porsche Taycan Sport Turismo, Denza Z9 GT ini adalah 217 mm lebih panjang dan 24 mm lebih lebar, serta jarak roda 225 mm lebih jauh.

    Badan yang sangat besar ini ditampung dengan penyerap hentak adaptif DiSus-C, atau pilihan suspensi udara DiSus-A (perincian ini adalah standard untuk versi EV) bagi memberikan pengendalian yang baik. Turut membantu Shooting Brake gergasi ini untuk meredah selekoh dengan lincah adalah sistem stereng pada gandar belakang dengan sudut putaran sehingga 15 darjah, bersama agihan tork untuk kedua-dua motor elektrik kiri dan kanan dikawal oleh sistem torque-vectoring.

    Dengan kedua-dua roda belakang yang dipacu dua motor elektrik berasingan juga membolehkan arah antara roda kiri dan kanan diputarkan bertentangan arah, membolehkan ia bergerak seakan ketam dan memudahkan bahagian belakang ‘ditolak’ masuk ke petak parkir sisi.

    Rupa luaran Z9 ini juga unik dengan muka yang diberikan lampu hadapan bar berkembar, liang udara ruang roda hadapan terletak pada pintu, spoiler bumbung belakang yang terbelah tengah serta menampilkan lampu brek yang juga terpisah, satu lagi spoiler aktif pada pintu hatch belakang (tersorok jika tidak dinaikkan) dan juga diffuser bampar belakang yang bersaiz besar.

    Lampu belakang Z9 GT ini juga direka dengan saiz yang besar – kalau anda perasan, grafik led di dalam lampu tersebut menampilkan bentuk spindel yang sama seperti logo Denza itu sendiri. Rekaan luaran Shooting Brake ini disudahkan dengan pemadanan set roda yang juga bersaiz besar terdiri dari set rim aloi 20-inci yang dibalut tayar Goodyear ElectricDrive Asymmetric 5 bersaiz 255/45R20.

    Untuk masuk ke kabin, anda akan disambut dengan pintu yang boleh dibuka dengan bantuan kuasa, seterusnya disajikan dengan tiga skrin memenuhi papan pemuka iaitu skrin 13.2-inci untuk paparan instrumen pemandu, skrin gergasi 17.3-inci yang terapung di tengah serta satu lagi skrin 13.2-inci untuk penumpang hadapan. Pemandu turut menerima pancaran paparan head-up realiti terimbuh (AR), serta dibantu kawalan arahan suara berasaskan kecerdasan buatan (AI).

    Ia juga diberikan dua pengecas telefon pintar tanpa wayar 50-watt, tombol gear kristal, serta perehat tangan yang mempunyai peti pemanas dan penyejuk di bawahnya. Perehat tangan belakang juga diberikan satu lagi peti sejuk, menjadikan Z9 sebagai kereta produksi massa pertama di dunia yang mempunyai peti sejuk untuk ruang hadapan dan belakang.

    Tempat duduk hadapan kereta ini bukan sahaja menampilkan kawalan elektrik 12-hala dengan fungsi memori, malah ia turut terbina dalam dengan fungsi ottoman dan juga boleh direbahkan dalam keadaan “garviti sifar” dengan hanya satu sentuhan butang. Tempat duduk belakang juga boleh dilaras dengan bantuan kuasa elektrik, dan menerima fungai pemanas, liang aliran penghawa dingin dan juga fungsi pengurut 10-poin.

    Selain itu juga kabin kereta ini menerima upholsteri kulit dan juga perapi-perapi kayu sebenar, pendingin hawa automatik empat zon, skrin sesentuh kabin belakang pada konsol tengah, bumbung kaca panaromik, sistem bunyi Devialet dengan 20 pembesar suara, serta sistem V2L untuk mengoperasikan peralatan elektrik luar dengan output 6 kW.

    Untuk praktikaliti, ruang but belakang yang ditutup dengan pintu hatch bantuan kuasa memberikan ruang 488 liter, bersama satu lagi ruang but depan (hanya untuk model EV) berkapasiti 53 liter.

    Di China Denza Z9 GT ini turut dibekalkan dengan sistem bantuan pemanduan termaju BYD iaitu DiPilot 300 yang beroperasi menggunakan penderia lidar pada bumbung. Namun perincian ini tidak diberikan pada model-model yang dieksport ke pasaran global, dan ia masih dibekalkan dengan sistem dengan kemampuan pemanduan autonomi Tahap 2.

    Denza Z9 GT ini dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada separa pertama tahun hadapan. Di China ia dijual pada harga RMB359,800-385,800 (sekitar RM219k-235k), jadi apabila ia tiba di Malaysia dengan tiada lagi insentif EV tahun hadapan, tak mustahil ia akan dijual pada harga yang sangat premium.

     
     
  • GMW Wey 80 dipamer di PACE 2025 – MPV PHEV 7-tempat duduk, bakal dilancarkan pada Q3 tahun ini

    GMW Wey 80 dipamer di PACE 2025 – MPV PHEV 7-tempat duduk, bakal dilancarkan pada Q3 tahun ini

    Seperti yang kami khabarkan sebelum ini, GWM Malaysia mempamerkan MPV plug-in hybrid (PHEV), Wey 80, di dalam acara Premium Auto Car Expo (PACE) 2025 yang sedang berlangsung di Setia Convention Center sehingga esok.

    Jika semasa Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) pada Disember lalu, Wey 80 yang dipamerkan merupakan versi pemanduan sebelah-kiri (LHD) dan juga model pra-peningkatan, namun di PACE 2025, ia mempertontonkan unit pemanduan sebelah-kanan (RHD) yang merupakan versi sebenar yang bakal dilancarkan pada tahun ini untuk pasaran tempatan. Sama seperti yang diperkenalkan pada April lalu di Auto Shanghai 2025. Sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di luar China yang menerima versi RHD.

    Wey 80 yang dipamerkan di PACE 2025 ini menunjukkan ia diberikan konfigurasi tujuh-tempat duduk. Untuk bahagian kabinnya, antara ciri kelengkapan yang diberikan termasuklah roda stereng dua-jejari baharu dan skrin paparan tunggal berbanding dua bentangan skrin instrumen berasingan 12.3-inci dan juga 15.6-inci seperti mana yang diberikan kepada Wey Gaoshan 9 yang dipamerkan di Shanghai.

    Ditambah pula dengan tempat duduk kapten sifar-graviti pada barisan kedua yang telah direka semula, kini mempunyai kawalan larasan tempat duduk fizikal yang terletak di hujung perehat tangan bagi kedua-dua unit.

    Untuk penjana kuasanya, belum ada perincian didedahkan. Namun jika ia masih mengekalkan penjana kuasa Hi-4 plug-in seperti Wey 80 di KLIMS, yang dijangka menggandingkan enjin 1.5 liter pengecas turbo petrol dengan kuasa 154 hp (156 PS), bersama dua motor elektrik iaitu unit 174 hp (177 PS, atau 130 kW) di hadapan dan 181 hp (183 PS, atau 135 kW) di belakang.

    Ini memberikan keseluruhan kombinasi kuasa mencecah 480 hp (487 PS atau 358 kW) dan tork 762 Nm, dengan bateri lithium berkapasiti 37.96 kWh yang mampu menyalurkn jarak gerak hingga 140 km (CLTC) bagi pacuan elektrik sahaja.

    Di China, Wey 80 baharu dikuasakan oleh sistem Hi4 (Hybrid intelligent 4WD) yang dipertingkatkan, yang terdiri daripada enjin 1.5 liter turbo empat-silinder 170 PS/245 Nm, motor elektrik 109 PS/170 Nm dan transmisi hibrid khas (DHT) empat-kelajuan, bersama satu lagi motor 184 PS/232 Nm untuk memacu roda belakang.

    Kuasa keseluruhan yang dihasilkan adalah 458 PS dan 644 Nm, dengan bateri yang digunakan adalah unit nickel manganese cobalt (NMC) 51.55 kWh, mampu memberikan jarak gerak elektrik (WLTP) 201 km dan jarak gerak keseluruhan 963 km.

    Wey 80 yang dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini juga dijangka mampu memberikan persaingan sengit buat MPV elektrik Denza D9, Zeekr 009 dan Xpeng X9 serta Toyota Alphard dan Vellfire. GMW Malaysia juga telah mengesahkan bahawa MPV PHEV ini akan dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di Melaka, dan mungkin ditawarkan dengan harga yang lebih kompetitif. Kalau nak tengok Wey 80 di hadapan mata, jom kunjungi PACE 2025 dan masuk adalah percuma.

     
     
  • Tesla Model Y Juniper dikemas kini di Malaysia – varian LR AWD kini boleh gerak 600 km sekali cas

    Tesla Model Y Juniper dikemas kini di Malaysia – varian LR AWD kini boleh gerak 600 km sekali cas

    Hanya selepas beberapa bulan ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, Tesla Model Y Juniper facelift sekarang diberikan kemas kini. Perubahan paling ketara melibatkan varian tertinggi Long Range All-Wheel Drive (AWD), yang kini mencatat jarak pemanduan 600 km mengikut piawaian WLTP – meningkat berbanding 551 km sebelum ini.

    Peningkatan sama turut dilaporkan berlaku di Australia awal minggu ini, berdasarkan laporan CarExpert yang memetik data pensijilan dari Korea Selatan. Menurut laporan itu, penambahan jarak ini berpunca daripada peningkatan kapasiti bateri varian LR AWD, daripada 81.65 kWj kepada 84.85 kWj.

    Berita baiknya, meskipun prestasi bateri dipertingkatkan, harga Model Y LR AWD kekal pada RM242,450. Sementara itu, varian asas Rear-Wheel Drive (RWD) tidak mengalami sebarang perubahan teknikal dan masih menawarkan jarak 466 km pada harga RM195,450.

    Kemas kini kali ini juga memperkenalkan pilihan warna baharu untuk Model Y di Malaysia. Warna Diamond Black kini ditawarkan sebagai tambahan, selari dengan penawaran terkini di Australia. Warna ini dikenakan bayaran tambahan RM5,000, iaitu jumlah yang sama dengan Pearl White Multi-Coat.

    Untuk pembeli yang mahukan pilihan lebih premium, terdapat warna Glacier Blue dengan harga tambahan RM7,500, manakala Quicksilver dan Ultra Red ditawarkan pada harga RM11,000. Warna asas kekal Stealth Grey, manakala ruang dalaman serba hitam diberikan secara standard.

    Pilihan lain yang masih ditawarkan termasuk rim Helix 2.0 bersaiz 20 inci dengan tambahan RM10,000, serta ruang dalaman hitam putih yang boleh dipilih pada harga RM5,000. Pakej Autopilot juga tidak berubah, dengan Enhanced Autopilot ditawarkan pada harga RM16,000 dan Full Self-Driving Capability pada RM32,000.

     
     
  • Tesla Model 3 Highland dikemas kini di Malaysia – jarak gerak menjadi 520 km, Stealth Grey standard

    Tesla Model 3 Highland dikemas kini di Malaysia – jarak gerak menjadi 520 km, Stealth Grey standard

    Selepas menyedari kemas kini yang dibuat pada Tesla Model Y Juniper facelift, kami turut menyemak laman web rasmi Tesla Malaysia untuk melihat sama ada model Model 3 Highland menerima sebarang perubahan. Nampaknya memang ada.

    Perubahan utama adalah pada varian asas pacuan roda belakang (RWD), yang kini mencatat jarak maksimum 520 km mengikut penilaian WLTP – meningkat berbanding 513 km sebelum ini. Meskipun perubahan ini baru disedari ramai, laporan dari CarExpert menunjukkan peningkatan ini telah berlaku sejak Mei lalu.

    Menurut laporan dari Australia itu, peningkatan jarak ini adalah hasil daripada penggunaan bateri LFP (lithium iron phosphate) 62.5 kWj dari CATL, iaitu bateri sama yang digunakan pada Model Y RWD. Sebelum ini, Model 3 RWD menggunakan unit 60 kWj.

    Meskipun jarak pemanduan bertambah, harga Model 3 RWD kekal pada RM181,000. Bagi varian lain, tiada perubahan dari segi prestasi atau harga. Model 3 Long Range AWD masih menawarkan 629 km jarak pemanduan dengan harga RM210,000, manakala Model 3 Performance AWD mengekalkan 528 km pada RM242,000.

    Tesla juga telah menyemak semula pilihan warna luaran untuk Model 3. Warna standard kini ialah Stealth Grey, menggantikan Pearl White Multi-Coat yang sebelum ini menjadi warna asas. Perlu diingat, Stealth Grey sebelum ini merupakan pilihan berbayar bernilai RM7,500, lebih mahal berbanding Pearl White yang kini ditawarkan pada RM5,000.

    Pilihan warna lain termasuk Deep Blue Metallic (RM5,000), manakala Quicksilver dan Ultra Red kekal sebagai warna premium berharga RM11,000. Warna Solid Black telah digantikan dengan Diamond Black, yang juga berharga RM5,000.

    Senarai pilihan tambahan masih dikekalkan, termasuk rim 19 inci Nova untuk varian RWD dan AWD Long Range, serta ruang dalaman hitam putih yang ditawarkan pada harga tambahan RM5,000 berbanding konfigurasi standard serba hitam. Dua pakej Autopilot masih ditawarkan, iaitu Enhanced Autopilot (RM16,000) dan Full Self-Driving Capability (RM32,000), tanpa sebarang perubahan harga.

     
     
  • Honda HR-V 2025 — apa yang baru selepas 3 tahun?

    Honda HR-V 2025 — apa yang baru selepas 3 tahun?

    Selepas tiga tahun diperkenalkan di pasaran Malaysia, Honda HR-V generasi ketiga yang mula dijual di sini sejak tahun 2022 kini menerima kemaskini dan versi facelift-nya pada tahun 2025.

    Menampilkan beberapa kemaskini dari segi kelengkapan, rekaan dalam dan warna badan luaran, Honda HR-V kini masih ditawarkan dalam empat varian — S yang dilengkapi enjin 1.5L NA (RM115,900); E yang dijana enjin 1.5L VTEC Turbo (RM120,900); dan V Turbo (RM137,900); serta yang paling tinggi RS e:HEV dengan enjin 1.5L dan sistem hibrid (RM143,900).

    Semua angka yang dinyatakan adalah harga atas jalan belum termasuk insurans. Jadi ini bermakna varian S dan E terbaru ini dijual dengan harga yang sama seperti sebelumnya, manakala harga bagi varian V dan RS pula naik sebanyak RM2k. Semua varian menerima jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan, serta diberikan lima kali servis percuma kos buruh (100,000 km atau lima tahun). Bagi bateri hibrid varian RS e:HEV, ia menerima jaminan selama lapan-tahun tanpa had perbatuan.

    Jadi apa yang baru dengan Honda HR-V 2025 ini sebenarnya? Pertanyaan ini yang kami jawabkan dalam video ringkas ini. Selamat menonton. Untuk perincian lanjut berkaitan pelancaran Honda HR-V 2025, baca di sini.

     
     
  • Carro Care – lindungi bahagian luar kenderaan anda dengan kaca titanium, cuma RM180 di PACE 2025?

    Carro Care – lindungi bahagian luar kenderaan anda dengan kaca titanium, cuma RM180 di PACE 2025?

    Rasa seperti ingin mencuba sendiri produk penjagaan kereta DIY? Carro Care kini menawarkan rangkaian produk penjagaan kereta istimewa sempena acara PACE 2025 yang sedang berlangsung hari ini dan esok di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC)

    Untuk penjagaan bahagian luar kereta, anda boleh melindungi permukaan kenderaan dengan salutan Nippon Paint NaxPro Titanium Glass – hanya RM180! Ia sangat mudah digunakan, lengkap dengan kain sapuan dan panduan aplikasi. Lebih jimat berbanding menghantar kereta ke pusat salun penjagaan profesional!

    Bagi penjagaan berkala, Carro Care turut menawarkan Ultrashine Wash & Wax pada harga RM63, Plastic & Rubber Black Booster pada RM55, Scratch Remover pada RM52, Car Stain Remover pada RM78, Ultrashine Cream Wax pada RM75 dan Tyre Black Booster pada RM80.

    Pergi pula ke bahagian dalaman, anda boleh mendapatkan Pembersih Kulit & Fabrik pada harga RM63 atau Penyegar Tempat Duduk Kulit & Konsol pada RM76. Semua barangan ini boleh didapati di PACE 2025 pada harga seperti yang tertera di atas.

    Mari datang ke bahagian pamera Carro Care sekiranya berminat dengan produk ini dan acara berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

    Jumpa anda di sana!

     
     
  • Proton Saga MC3 2025 — dua unit dilihat di lebuhraya

    Proton Saga MC3 2025 — dua unit dilihat di lebuhraya

    Lagi sekali penampilan Proton Saga MC3 dilihat, kali ini oleh seorang pembaca, J Phuah, yang merakam sepasang sedan berkenaan yang masih dalam pelekat samaran. Ia sama seperti kemunculan-kemunculan model berkenaan di tempat awam sebelum ini, dan tiada perkara baru yang dapat dilihat melainkan perubahan sama seperti yang pernah dilaporkan — antaranya melibatkan rekaan busur panah dan gril baru.

    Ini apa yang diketahui setakat ini — sedan mampu milik ini dijangka akan dilengkapi ciri ADAS (mungkin yang paling asas) buat pertama kali, mungkin juga akan ada lampu LED untuk menandingi Bezza. Dan, kemungkinan akan ada enjin baru — versi BHE15PFI tanpa turbo dan port-injection bagi enjin empat-silinder X50 terbaru.

    Proton Saga MC3 2025 — dua unit dilihat di lebuhraya

    Sudah lama Saga tidak didatangkan dengan enjin 1.5 liter, dan sekiranya ini menjadi kenyataan, ia adalah satu penawaran yang penting dan menarik. Janaan output enjin berkenaan berada sekitar 99-110 PS dan 125-135 Nm tork, dan akan mengatasi Bezza yang hadir dengan janaan 67-94 hp dan 91-121 Nm (dari enjin 1.0 liter dan 1.3 liter).

    Boleh dijangkakan Saga MC3 ini akan diberikan kemaskini rekaan luar yang ketara — bampar depan dan belakang baru, bahagian lampu utama dan lampu belakang, gril dan penutup ruang but, serta di bahagian dalam (papan pemuka baru, corong udara bentuk bujur, suis pendingin rekaan baru serta stereng dari X50). Selebihnya akan didedahkan menjelang pelancarannya pada suku keempat tahun ini nanti.

     
     
  • BYD Atto 2 dipertontonkan eksklusif di PACE 2025 – jarak gerak hingga 350 km, dilancarkan pada 24 Julai

    BYD Atto 2 dipertontonkan eksklusif di PACE 2025 – jarak gerak hingga 350 km, dilancarkan pada 24 Julai

    BYD Cars Malaysia mengambil kesempatan dalam kemeriahan penganjuran PACE 2025 yang membuka tirainya hari ini di Setia Convention Centre, bagi mempertontonkan model terbaharunya BYD Atto 2, biarpun dibaluti balutan penyamaran termasuk cermin tingkap yang digelapkan.

    Bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada 24 Julai ini, SUV kompak ini didedahkan buat pertama kalinya pada Februari 2024 di China, dan ia dikenali sebaggai Yuan Up. Diposisikan di antara model Dolphin dan Atto 3, Atto 2 kemudiannya diperkenalkan secara rasmi di Bangkok International Motor Show 2025 pada Mac tahun ini. Ia memiliki ukuran bersaiz 4,310 mm panjang, 1,830 mm lebar, 1,675 mm tinggi dengan jarak roda cecah 2,620 mm. Sebagai perbandingan, Dolphin pula berukuran 4,290 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,570 mm tinggi dengan jarak roda berukuran 2,700 mm.

    Jika dibandingkan dengan pencabarnya yang lain, Atto 2 lebih kurang sama saiz dengan Proton X50, yang berukuran 4,330 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,609 mm tinggi dengan jarak roda 2,620 mm. Ia juga bakal bersaing dengan Honda HR-V yang berukuran 4,347 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,591 mm tinggi dan jarak rodanya pula 2,610 mm.

    BYD Atto 2 dipertontonkan eksklusif di PACE 2025 – jarak gerak hingga 350 km, dilancarkan pada 24 Julai

    Pastinya anda ingin mengetahui berapakah harga Atto 2 untuk pasaran Malaysia. Maaf, kami masih belum mempunyai jawapannya dan ia akan diketahui ketika pelancarannya minggu hadapan. Buat masa ini, mungkin kita boleh mengagak jangkaan harganya jika dibandingkan dengan harga antara Dolphin dan Atto 3. Di mana Dolphin berharga dari RM100,700 tanpa insurans untuk varian asas Dynamic Standard dan meningkat hingga RM125,600 untuk model spesifikasi penuh Premium Extended.

    Manakala Atto 3 yang kini ditawarkan dengan varian tunggal Ultra ditawarkan pada harga atas jalan RM124,500 tanpa insurans. Jadi, kemungkinan besar Atto 2 ditetapkan pada harga pertengahan di antara Dolphin dan Atto 3.

    Untuk perincian penjana kuasa yang ditawarkan di pasaran kita juga masih belum didedahkan. Namun
    di China, Atto 2/Yuan Up yang ditawarkan dalam lima varian, dengan harga antara 96,800 ke 119,800 yuan (sekitar RM59k ke RM73k), disediakan dua penggerak iaitu motor elektrik 95 PS (94 hp atau 70 kW) dan tork 180 Nm yang membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat.Motor elektrik ini mendapat kuasa daripada bateri lithium iron phosphate (LFP) Blade, dengan kapasiti tenaga 32 kWh dan jarak gerak 301 km (CLTC).

    Turut disediakan adalah bateri 45.12 kWh, yang dapat menaikkan jarak geraknya kepada 401 km. Bateri yang lebih besar itu juga boleh dipadankan dengan motor elektrik yang lebih berkuasa, memberikan kuasa 177 PS (174 hp atau 130 kW) dan tork 290 Nm, dengan jarak gerak CLTC masih sama (401 km) atau 312 km jika mengikut standard WLTP.

    Untuk pasaran Malaysia, dijangka ia bakal menerima bateri yang besar (45.12 kWh) dan motor elektrik yang lebih padu (177 PS), walau bagaimana pun baru-baru ini BYD mendedahkan Australia akan menerima Atto 2 dengan motor 177 PS dan bateri yang lebih besar iaitu 51.1 kWh yang mampu memberikan jarak hingga 350 km mengikut WLTP. Perinciannya ini akan kita ketahui sewaktu pelancarannya kelak.

    Bagi pengecasannya, Atto 2 dengan bateri 32 kWh boleh menggunakan pengecas DC hingga 45 kW, sementara dengan bateri 45.12 kWh, ia boleh dicas dengan pengecas DC hingga 65 kW, mampu mencapai tahap 10-80% dalam 37 minit. Jika menggunakan pengecas AC 11 kW pula, pengecasan penuh mengambil masa sekitar 5.5 jam.

    Bagi ciri kelengkapan yang diberikan untuk pasaran Malaysia juga belum dapat dipastikan. Namun unit yang dipamerkan di PACE 2025 ini dilengkapi roda bersaiz 17-inci dan ada ADAS, kedua-duanya turut ditawarkan di China dengan kos tambahan.

    Selain itu, kelihatan pencahayaan luaran LED dan keupayaan membuka pintu kereta dengan menggunakan NFC (ada sensor pada cermin sisi). Untuk kabinnya, dijangkakan ia bakal diberikan kluster instrumen 8.8-inci dan skrin sesentuh infotainmen boleh pusing sekurang-kurangnya berukuran 10.1-inci (12.8-inci sebagai pilihan untuk varian lebih tinggi di China).

    GALERI: BYD Atto 2 di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2025

     
     
  • Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

    Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

    Zeekr 7X sekali lagi membuat penampilannya di pameran Premium Auto Car Expo (PACE) 2025. Acara ini dianjurkan oleh paultan.org dengan penaja bersama Carro dan RHB Bank, dan berlangsung bermula hari ini dan esok di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    Model ini belum dilancarkan secara rasmi, tetapi telah dibuka untuk tempahan di Malaysia dengan harga pengenalan — RM182k untuk varian RWD Standard Range; RM195k untuk RWD Long Range; dan RM230k untuk AWS Performance.

    Walaupun ini bukan kali pertama Zeekr 7X dipertontonkan — ia pernah tampil di Malaysia Autoshow 2025 dengan rim 21-inci dan tayar 265/40 — unit AWD Performance yang ditunjuk di PACE 2025 ini mengggunakan rim 20-inci dengan tayar Michelin Pilot Sport EV bersaiz 265/45.

    Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

    Risalah spesifikasi di ruang pameran pula menunjukkan yang crossover EV ini akan didatangkan dengan rim 19-inci dan 20-inci. Mungkin, rim 19-inci akan diberikan kepada varian RWD Standard Range, atau RWD Long Range juga.

    Dengan ukuran dimensi 4,825 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,666 mm tinggi dan jarak roda 2,925 mm, EV dengan binaan 800-volt ini akan bersaing dengan Tesla Model Y dan BYD Sealion 7 — dimensinya lebih besar daripada model Tesla tersebut, tetapi sedikit lebih kecil berbanding model BYD.

    Varian paling lengkap ini hadir dengan dua motor untuk memberikan pacuan semua roda. Dengan output keseluruhan 646 PS/710 Nm (421 PS/440 Nm output untuk versi motor elektrik tunggal), kereta ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat. Bateri 100 kWh NMC yang digunakan memberi jarak sejauh 540 km WLTP — yang berada di antara varian RWD Standard Range (dengan jarak 480 km, bateri LFP 75 kWh) dan RWD Long Range (dengan jarak 600 km, bateri 100 kWh NMC).

    Zeekr 7X ditunjuk di PACE 2025 — AWD Performance dengan rim 20-inci dan suspensi udara adaptif

    Zeekr Malaysia belum mendedahkan sebarang maklumat berkaitan tempoh pengecasannya, tetapi unit di Thailand boleh dicas 10%-80% dalam masa 10.5 minit untuk bateri lebih kecil dan 15 minit untuk bateri lebih besar. AWD Performance juga menjadi satu-satunya varian dengan suspensi udara adaptif dan pelarasan ketinggian casis.

    Di luar, pemegang pintunya tidak kelihatan, dengan lampu pintar Zeekr Stargate menghiasi wajah depannya — jalur lampu sepanjang 90-inci ini mempunyai 1,711 biji lampu LED berkuasa tinggi, dengan kadar refresh sepantas 30-bingkai per saat, dan sehingga 10,000 kadar kecerahan. Ia boleh dikustom untuk memaparkan pelbagai grafik dan juga teks (unit di PACE 2025 ini bagaimanapun belum diberikan kemaskini OTA untuk fungsi berkenaan).

    Di dalam, tersedia panel instrumen 13.02-inci, skrin infotainmen 3.5K mini-LED 16-inci, head-up display dengan augmented reality bersaiz 36-inci, pengecas tanpa wayar 50-watt, larasan elektrik untuk kerusi belakang sehingga 10-darjah dan ada ruang storan di bawahnya, kerusi depan dengan ciri urutan, pendingin tiga-zon, 21-pembesar suara termasuk di bahagian perehat kepala serta pelindung matahari bumbung larasan kuasa elektrik.

    Tujuh beg udara adalah standard, namun spesifikasi bagi model sebenar untuk pasaran Malaysia yang akan dilancarkan nanti mungkin akan ada perbezaan, terutama ciri yang mana yang akan diberikan untuk setiap varian.

    Tempah Zeekr 7X melalui Carro Retail di PACE 2025 dan anda akan menerima pengecas wallbox 22 kE percuma dan filem penapis haba percuma ketika pendaftaran kenderaan, berserta hadiah lain daripada rakan PACE 2025 yang lain.

     
     
  • GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

    GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

    Sebelum dilancarkan secara rasmi pada pasaran tempatan, GAC Malaysia hari ini mempamerkan SUV segmen-C GAC Emkoo kepada orang awam ketika berlangsungnya acara paultan.org Premium Auto Car Expo (PACE) 2025, yang diadakan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) bermula 19 hingga 20 Julai.

    Emkoo merupakan model kedua GAC yang dipasang secara tempatan selepas SUV segmen-B GS3 Emzoom yang telah dilancarkan pada pasaran tempatan tahun lalu. Sebagai ‘ayam tambatan’ GAC dalam kelas SUV segmen-C, Emkoo akan berhadapan terus dengan model-model seperti Proton X70, Chery Tiggo 7 dan lain-lain dalam pasaran Malaysia.

    Dari segi saiz, Emkoo menampilkan dimensi panjang 4,680 mm, lebar 1,901 mm dan jarak roda 2,750 mm. Jadi berbanding Proton X70, GAC Emkoo ini sebenarnya adalah 154 mm lebih panjang, 70 mm lebih lebar serta jarak roda 80 mm lebih jauh.

    GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

    GAC Emkoo ini juga merupakan salah satu model yang diasaskan dari Global Platform Modular Architecture (GPMA) binaan GAC sendiri, dan ia turut dikongsi bersama oleh Emzoom. Pada pasaran lain ia ditawarkan dalam tiga jenis unit rangkaian kuasa iaitu enjin 1.5 liter turbo, 2.0 liter turbo, dan juga 2.0 liter hibrid.

    Manakala model yang dipamerkan hari ini merupakan varian yang digerakkan oleh enjin 1.5 liter Turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (TGDI) berkuasa 177 PS dan tork maksima 270 Nm, digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Menurut pengedali GAC Malaysia iaitu WTC Automotif (WTCA), gandingan ini memberikan penggunaan bahan api hanya 6.6 liter untuk setiap 100 km.

    Antara perincian yang dapat dilihat dilengkapkan pada SUV ini termasuk skrin berkembar ‘dual-screen cockpit’ terdiri dari paparan instrumen digital dengan skrin 10.25-inci dan skrin infotainmen 10.1-inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) tahap 2.

    GAC Emkoo dipamer untuk umum di PACE 2025 – SUV segmen-C CKD bermula RM120k, 1.5 TGDI, 7DCT

    Ia juga dibekalkan dengan sistem parkir sendiri digelar sebagai fungsi Full Automatic Parking Assist (FAPA), di mana anda boleh uji sendiri sistem ini di PACE dalam sesi pandu uji yang disediakan.

    SUV segmen-C di Malaysia sememangnya antara kelas yang paling kompetitf di Malaysia, lebih-lebih lagi bagi model yang dijual pada harga di bawah RM150k. GAC Emkoo yang dipasang di kilang milik Tan Chong di Segambut akan ditawarkan dalam dua varian di Malaysia, bermula dengan varian asas Premium dijangka akan dijual pada harga RM120,000, dan juga varian Premium Pro dengan harga jangkaan RM130,000.

    Selain dari Emkoo, WTCA turut mempamerkan sekali MPV mewah GAC M8 pada acara PACE 2025.

     
     
  • Lencongan trafik di Plaza Tol Sg Besi-Persimpangan UPM di PLUS pada 19 Julai, 12.01 t/malam-5 pagi

    Lencongan trafik di Plaza Tol Sg Besi-Persimpangan UPM di PLUS pada 19 Julai, 12.01 t/malam-5 pagi

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan kerja-kerja pelancaran struktur gantri di antara laluan Plaza Tol Sungai Besi dan Persimpangan UPM (kedua-dua arah) di KM309.7 Lebuhraya Utara-Selatan pada Sabtu inim 19 Julai 2025, dari jam 12.01 tengah malam sehingga 5 pagi.

    “Sehubungan itu, lencongan trafik akan dijalankan secara berperingkat di lokasi. Pengguna dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan (UPM/Kajang/Bangi) akan dilencongkan melalui laluan Stesen Minyak BHP, manakala pengguna dari arah Bangi/Kajang ke Kuala Lumpur/Sungai Besi akan dilencongkan keluar di Plaza Tol UPM dan melalui Lebuhraya BESRAYA sebagai laluan alternatif.

    “Para pengguna lebuh raya dinasihatkan agar merancang perjalanan, mematuhi arahan petugas trafik, dan memandu dengan berhati-hati ketika melalui kawasan kerja demi keselamatan bersama. Kerjasama dan keprihatinan anda amat dihargai,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025