Budaya ubahsuai “Stance & Fitment”(Snf) atau dikenali juga sebagai “Hellaflush” telah lama meledak diperingkat dunia. Dalam lanskap dunia ubahsuai kereta di Malaysia, modifikasi bertemakan SnF turut menjadi trend serta mempunyai bilangan pengikut yang agak besar.
Konsep asas ubahsuai SnF ini memerlukan seorang pemilik kenderaan itu mengunakan rim yang agak lebar, lebih lebar dari tayar itu sendiri sehingga menyebakan tayar tersebut perlu ‘ditarik’ (stretch) ketika dipadankan pada rim. Kemudian sistem suspensi perlu diubahsuai untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar kelihatan ‘sendat’ pada ruang roda. Untuk mendapat rupa yang lebih menarik, ada juga pemilik mengubah sudut camber dengan sudut lebih negatif dan kereta tersebut kelihatan seperti terkangkang, serta ia dapat direndahkan lagi.
Tetapi, oleh kerana terdapat segelintir pemilik kereta yang membuat pengubahsuai secara berlebihan seperti menggunakan rim yang terlalu lebar sehingga terkeluar dari ruang roda dan sudut camber yang terlalu ekstrem sehingga menyebabkan ia berjalan terkangkang secara berlebihan, perkara ini telah dipandang serius oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sekitar tahun 2013 dahulu, status laman Facebook berkenaan pihak JPJ yang memburu mereka-mereka yang melakukan ubahsuai dengan tema SnF ini menjadi viral. Apa yang lebih mengundang kontroversi, status berkenaan menyebut JPJ akan menahan mana-mana kereta yang menggunakan rim ROTA (merujuk kepada rim replika yang dibuat dengan ukuran sangat lebar, popular dikalangan peminat SnF) dengan ukuran lebar melebihi 8jj – menimbulkan persoalan, bagaimana pula dengan kereta yang sememangnya dikeluarkan dengan rim standard bersaiz sedemikian (khususnya untuk kereta sport dan kereta mewah)?
Persoalan berkenaan menimbulkan persepsi seolah-olah JPJ membuat undang-undang secara ‘hentam keromo’, dan ia masih kekal hingga kini tanpa sebarang jawapan. Perkara ini juga menjadi perdebatan hangat dikalangan penggiat modifikasi SnF, sehingga dilihat seperti ada ‘perperangan’ antara mereka dengan pihak JPJ.
Jadi, untuk merungkai persoalan ini dan untuk mengetahui secara teknikal kaedah sebenar yang digunakan oleh pihak JPJ dalam menahan mereka yang terlibat dalam modifikasi berkenaan, kami berkunjung ke pejabat Kementerian Pengangkutan Malaysia di Putrajaya untuk menemuramah sendiri Pengarah Jabatan Kejuruteraan Automotif JPJ, Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib (gambar di bawah).
Menurut beliau, secara asasnya semua kereta yang dipasarkan di Malaysia terlebih dahulu perlu mendapat kelulusan JPJ dibawah undang-undang United Nation Regulation 0 atau UN R0 yang sama dengan Akta Pengangkutan Jalan 66(1)(PP) Vehicle Type Approval (VTA). Setelah sesebuah kenderaan itu lulus dibawah undang-undang ini, barulah ia boleh dipasarkan dan dibeli oleh pengguna. Jadi, sekiranya sesebuah kenderaan diubahsuai selepas dibeli, secara tidak langsung ia sudahpun dikira sebagai ‘ubahsuai tanpa kebenaran’.
“Sekiranya ada pemilik kenderaan yang ditahan atas kesalahan ubahsuai tanpa kebenaran tersebut, notis PG 1 akan dikeluarkan dimana kereta berkenaan dilarang untuk berada diatas jalan raya selama sepuluh hari, dan dalam tempoh itu pemilik perlu men’standard’kan semula kenderaan mereka dan dihantar ke JPJ untuk diperiksa. Setelah JPJ berpuas hati, larangan tersebut akan ditarik balik. Jika pemilik gagal melakukan perkara berkenaan dalam tempoh masa yang diberikan, barulah JPJ akan mengeluarkan saman dengan jumlah RM300.” jelas beliau.
Namun, sekiranya pemilik tidak melakukan perkara yang diminta dalam masa yang ditetapkan, dengan alasan yang munasabah, JPJ sedia untuk memberi tempoh masa tambahan selama sepuluh hari. Sepuluh hari lagi akan ditambah jika masalah belum lagi selesai, dan untuk kali keempat permohonan melanjutkan tempoh, JPJ akan meminta pemilik kenderaan agar menyerahkan cukai jalan, dan hanya akan dipulangkan kembali setelah semuanya selesai.
Menurut beliau lagi, JPJ tidak akan mengeluarkan saman sewenang-wenangnya dalam hal sebegini kerana Ketua Pengarah JPJ baharu Datuk Nadzri Siron lebih menggalakkan proses memberi ‘pendidikan’ kepada rakyat berbanding menghukum serta merakyatkan lagi perkhidmatan JPJ.
Apabila ditanya mengapa JPJ melarang keras ubahsuai dengan tema SnF ini, IR. Mohamed Dalib menjelaskan, ini adalah bertentangan dengan amalan kejuruteraan kerana rim yang digunakan telah menyebabkan tayar di’tarik’ serta mengubah offset asal rim, seterusnya mengubah pusat graviti (CoG), trek roda (wheel track atau jarak antara titik tengah roda kiri dan kanan), serta lilitan roda (wheel circumference atau jarak satu golekan lengkap tayar).
Perubahan semua aspek ini akan menyebabkan bukan sahaja penggunaan bahan bakar yang berlebihan, ia juga akan menyebabkan tayar hilang cengkaman terutamanya pada permukaan basah dan akan menyebabkan kemalangan, jelas beliau.
“Tiada masalah untuk pemilik kereta menukar rim asal mereka, tetapi haruslah penukaran tersebut tidak bertentangan dengan amalan kejuruteraan dan tidak mengubah CoG, wheel track dan juga wheel circumference. Penukaran rim yang betul bukan sahaja memberikan rupa yang lebih cantik terhadap kereta, ia juga akan memberikan pengendalian yang lebih baik.” tambah beliau.
Kami sempat bertanya berkenaan cerita dari mulut-ke-mulut mengatakan JPJ menyaman pemilik yang mengubahsuai kereta mereka lebih rendah dari sebuah tin minuman ringan. Jawab IR. Mohamed Dalib “Saya juga ada dengar perkara sedemikian, bukan sahaja JPJ, malah pihak polis juga diceritakan melakukan perkara yang sama. Ini sebenarnya tidak betul kerana dengan VTA sahaja kami sudah pun boleh menyatakan kesalahan ubahsuai tanpa kebenaran jika melihat sesebuah kereta itu lebih rendah dari spesifikasi asal.”
Menurut beliau, kereta yang rendah ini hanya mempunyai kelebihan di dalam litar dan ia tidak selesa jika digunakan pada jalan raya biasa. Kereta yang diubahsuai terlalu rendah juga kadang kala menyusahkan pengguna jalan raya yang lain kerana ia susah dan lambat ketika melalui bonggol. Jika bonggol tersebut terlalu tinggi, ia juga akan menyebabkan kereta tersebut tersekat di atasnya.
Tambah beliau lagi, suspensi yang diubahsuai dengan sudut camber yang terlalu condong akan memberikan beban berlebihan pada penyerap hentak dan menyebabkan oil seal di dalamnya bocor dengan lebih cepat. Lebih teruk, sudut stereng dan wheel track yang berubah, ditambah dengan beban berlebihan, berkemungkinan akan menyebabkan penyerap hentak serta komponen suspensi lain patah ketika dipandu – membahayakan pemilik serta pengguna jalan raya yang lain.
Sudut camber yang condong juga akan menyebabkan bunga tayar haus pada sebelah dalam sahaja, dalam tempoh masa lebih cepat dari biasa. Ini tentunya akan merugikan pemilik kenderaan tersebut sendiri.
Ketika diminta memberi komen tentang sesetengah golongan yang menuduh JPJ sebagai badan yang menyekat kreativiti rakyat Malaysia, dengan tegas Datuk IR. Hj.Mohamed Dalib menjawab “JPJ juga terlibat dalam mengadakan banyak acara Autoshow di seluruh negara. Kreativiti sepatutnya ditunjukkan pada acara seperti Autoshow berkenaan atau pun di litar, bukan di jalan raya awam yang boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain.”
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Budaya budak2 baru nak up.. Buat modifikasi extreme macam ni ada duit.. PTPTN liat nak bayar! Lepas tu pandai komplen kos sara hidup semakin meningkat!
Haha… Bernas bro
Cabaran sebenar adalah kreativiti yang mengikut peraturan penguasa dan hukum kejuruteraan. Bukan sebarang orang boleh buat.
biaslah hobi orang ada ada jer ni…
porch, merc, ferari dll yg seangkatan dgnnya.. tayar lebar mantap, enforcer pun x kacau, sebalikya yang buat tayar ngangkang tu sedar ke x sedar yg keretanya kelihatan cam sial sangat compare ngan ferari? haha, kejar je dak2 poyo ni, aku sokong.
True
Pegi mati la JPJ! Kereta aku, aku bayar, suka hati aku nak modify cam ne! kalau nak saman mampus la!!!! bukan ko yang bayar installment kereta aq!! BODOH!!
Ko lagi bodo la – kalo tak suke u simpan keta kat rumah je la – kan u bayar installment je bukannya byr untuk memiliki jlnraya la bongok.
Jalanraya bukan hak mak bapa ko ni la – hak perkongsian orang awam & JPJ badan yg mentadbirnya.
Sy lupa ko ni rmh pun takde – sbb tu la nak bising2 mcm sial.
Dok modi mengarut²… Bulan² sangkut… Kete kene Tarik skali ngan aksesori… Punah… Huhuhuhuhuhu je la…
oooo suka hati ko nak modi ehhhhh kalau lalu bendol pon kami kene tggu smpai rokok abes sebatang xke nyusahkn kami ni……mmg hak ko nk modi krete ko tp jgn ler nyusahkan kami nunggu blakang korg mcm org bebal…..hadoi kesimpulan jgn susahkn idup org lain okeh…..org mcm ni slalunye bile da depan jpj aku rase pelok kaki jpj merayu nk dilepaskn klu kat sini sembang…dinasor pon boleh idup balik….
It’s a shame that an Engineering Director of a respective Government agency is willing to announce wrong policies publicly.
1. I’ve referred to www.unece.org , UN R0 is not yet existed under United Nations framework and how come Malaysia already enforced it? Liar.
2. Section 66(1)(pp) mentioned that Minister is empowered to establish Rules for VTA but no VTA rules have been gazetted yet. Don’t lie to people if you do not understand the legal framework.
3. How JPJ determine the CoG and enforce it? Is JPJ has any appropriate equipment to measure this? How can you prove that certain angle of tyres installation is not safe? JPJ is not vehicle manufacturer. Only manufacturer can determine this. Yet, they are issuing PG1 and stop the usage of affected vehicles without any concrete proof. This is abuse of power.
Apakata engkau je la yang jadi JPJ. Byk bising la dgn fakta kau. X kisah la ada ke tak peraturan antarabangsa tu, pegi mampus, yg mampus pengguna jalan raya, pejalan kaki, kanak2. Bangang la kau, p mampos.
buat untuk autoshow..boleh lha…nak tarik perhatian orang lah tu..
Tu la kete g keje… 2 la kete g jalan²… 2 la kete yg kene tanggung 7/9 Taun… Hurmmmmmm… Udah² le jd bingai…
Duit dia bro.. Keta dia bro.. Nk buat apa, buat la. Jgn myusahkan org lain sudah
Kalo sume pun xbole susah la.. Mcm mana industri permotoran nk berkembang. Tgk jepun dan negara2 eropah. Thailand saje cukup la.. Bg aku JPJ kena terbuka la dlm bde ni. Buat undang2 yg sesuai dgn peredaran masa. Kaji undang2 kat luar negara mcm mana. Kalo xbagi jugak block dr awal penjualan aksesori. Pelanggan nk cari pun xdpt. Sng!
Kalau betul kereta mmg tak dapat diubahsuai langsung dan harus standard, JPJ ambik tindakan dengan penjual. Bekerjasama sama dgn badan kerajaan lain untuk stop penjualan aksesori. Hah, tu baru betul. Jadi kami pembeli ni tak lah susah2 beli lpas tu kna saman. Tapi JPJ pun kasi chance lah dengan org yang modified kereta. Kalau dia modified stakat tukar rim kasi lawa tapi tak lebih dari fender atau tak terlalu besar, itu pun dah kira ok. Sape2 pun kat dunia ni mmg nak kasi kereta dia lawa. Jangan marah. Cuma bagi pendapat. Mungkin kalau ada undang2 modified yang dapat diberi kelonggaran tapi mematuhi keselamatan, apa salahnya.? takkan tengok kereta standard jer.
Jap kalau widebodykit camne pulak? x paham. yang atas kebanyakan widebodykit. tapi dalam jpj kate x boleh widebodykit, camne tu. x de lagi ade orang pertikaikan soalan ni. yang nampak “kene standard, jangan widebody”, kebanyakan sport car widebodykit, kancil pun aduh widebodykit cer tolong jap.