Perancangan Proton 2016 – Empat model baharu, meningkatkan perkhidmatan selepas jualan

Perdana_red_front-e1444903108674_BM

Tahun ini merupakan tahun yang penuh mencabar bagi Proton, bagi mengotakan janji untuk langkah pemulihan selepas perkembangan yang kurang memberangsangkan pada 2015 lalu. Syarikat pengeluar kenderaan nasional ini hanya mencapai jualan sebanyak 100,000 unit pada tahun lalu, berbanding mensasarkan sebanyak 115,000 unit pada tahun sebelumnya. Di mana keadaan ini “tidak begitu bagus” menurut CEO Proton Datuk Abdul Harith Abdullah.

Oleh itu, Proton telah nekad untuk memperkenalkan produk baharu dan yang jauh lebih baik berbanding yang sedia ada termasuklah perkhidmatan selepas jualan bagi jenama ini. Sebagai mengotakan janji, syarikat ini akan memperkenalkan empat model baharu, di mana seperti yang kita ketahui, tiga daripadanya adalah Perdana, Persona dan Saga, dan satu lagi merupakan model hasil kerjasama di antara Proton dan Suzuki.

Bagi Perdana di bawah segmen-D, ia dibangunkan berdasarkan platform generasi ke-lapan Honda Accord, dan ia bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Manakala Iriz yang menggunakan platform Persona pula akan memasuki pasaran segmen-B iaitu bersaing dengan Toyota Vios, Honda City dan Mazda2 Sedan, juga akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagi Saga pula, ia masih menggunakan platform yang sama dengan model sedia ada, tetapi akan diberi suntikan yang lebih segar dan terkini.

Bagi model yang masih belum didedahkan iaitu hasil kerjasama antara Proton dan Suzuki, ia dijangka diperkenalkan sebelum tahun 2016 berakhir. Walau bagaimana pun, Proton masih belum mendedahkan perinciannya, tetapi kemungkinan ia akan berada di bawah segmen-A. Mungkin ia merupakan model rebadged bagi Alto atau Celerio?

Persona2_rear-e1447381658513_BM

Datuk Harith berkata, model baharu ini akan menggunakan teknologi dan elemen keselamatan standard tetapi dengan harga yang berpatutan. Menurutnya lagi, ia adalah penting bagi memastikan produk ini bersedia “dengan teknologi dan kualiti terbaik”, selain mengekalkan harga yang kompetitif bagi jenama ini.

Pengerusi Proton Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata Proton akan meneruskan nama model sedia ada termasuk Perdana, Persona dan Saga, seperti mana yang dilakukan oleh Toyota dan Honda yang membangunkan model baharu tetapi mengekalkan nama yang sama.

Bagi membangunkan model baharu ini, Proton telah membelanjakan sebanyak RM2.20 bilion sejak dua tahun yang lalu, bagi peringkat kajian dan pembangunan termasuk membangunkan enjin baharu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata Proton mencari pengganti bagi enjin CamPro dengan enjin suntikan-terus baharu berkapasiti 1.3 dan 1.5 liter, bagi bentuk pengecas turbo dan aspirasi-semulajadi

Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, sememangnya ada kelemahannya bagi jenama ini. Namun Datuk Harith berkata, mutu perkhidmatan tersebut akan dipertingkatkan, malah syarikat ini hanya akan menambah pengedar 3S dan 4S bagi rangkaian jualan dan servisnya.

proton-sg-petani-4s_BM

Dengan penambahan sebanyak 29 pusat servis Suzuki yang telah diambil alih oleh Proton dan ditukarkan menjadi Proton Edar iaitu sebahagian daripada kerjasama Proton-Suzuki, kini rangkaian edaran Proton bagi pusat 1+1S, 2S dan 3S bertambah menjadi 105. Di mana Datuk Harith berkata, ia membuatkan Proton memiliki rangkaian edaran yang lebih mantap untuk menyokong kehadiran model baharu.

Selain itu, Proton juga dalam perancangan untuk menggunakan kapasiti sepenuhnya bagi kilangnya di Tanjung Malim dan Shah Alam, yang berkeupayaan memproduksikan sehingga 300,000 unit kenderaan setahun. Syarikat ini turut mensasarkan untuk menghasilkan sebanyak 150,000 unit kenderaan pada tahun ini, iaitu bagi meningkatkan jualan sebanyak 50%.

Bukan itu sahaja, Proton juga berazam untuk meningkatkan nilai dan keyakinan terhadap jenama, dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik serta mempergunakan tekologi Suzuki sepnuhnya bagi model-model yang akan datang. Dengan kerjasama antara pakar kereta bersaiz kecil dari Jepun ini, diharap jenama ini mamou melangkah lebih cemerlang dan memberikan persaingan lebih jitu buat para pesaingnya.

“Kami amat yakin bahawa tahun 2016 ini akan menjadi tahun yang lebih baik bagi Proton. Sekali gus menjadi titik perubahan baharu bagi Proton,” ujar Datuk Harith.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Awang Abdul Halim on Jan 14, 2016 at 7:34 pm

    I like this new model….look sexy..
    Them how much this model? How to get?

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 1
    • yang warna merah tu ka? yang tu perdana harga sama macam perdanalah.

      yang biru belum tentu lagi betul rekaannya

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Why not produce a Proton Pickup?? We saw the concept last time. But why Proton is not funding this?? Time to break into a new segment already.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 1
  • Good Luck on Jan 15, 2016 at 1:34 pm

    Way to go Proton!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  • Anak Malaysia on Feb 15, 2016 at 7:27 pm

    Lanhkh pemulihan proton:-
    1. Memperkenalkan model baharu – 2.2bilion dibazirkan.
    2. Menambahbaik khidmat lepas jualan?Dengan menambah pusat pengedaran 3s dan 4s – membazir lagi sbb jualan x bnyak tp nk tambah liabiliti.
    3. Meningkatkan jualan sebanyak 50%- dengan meningkatkan kapasiti kilang di shah alm dan tanjung malim.

    Macam ada benda tak kena, better bagi peluang org lain yg lebih arif dan memahami selok belok industri automatif ni utk menerajui proton, memahami masalah proton, memahami market and then dia akan tahu macammana nak improve proton. Imho.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 4
  • signal kanan on Feb 19, 2016 at 2:53 pm

    signal di kanan steering, saya beli. (noktah)

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 3
  • khalifahomar on May 21, 2016 at 6:29 am

    proton haus menambat hati pembeli dengan design yg cantik dahulu. contoh suprima, yg belakang memang tak cantik, kalau lihat dari jauh macam model kereta dulu-dulu. Cuba lihan kereta2 korea, @ honda city baru. Kalau nak keluarkan lebih baik dapatkan pandangan orang ramai tentang design yag cantik. 2. Orang suka kereta yg rendah. Iris tingi, exora tinggi berbanding wish, nampakkan gaya sportif.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 2
  • ludinadnan on May 28, 2016 at 12:41 pm

    Betul, buat desing yang cantik2 depan dan belakang,contoh macam Iriz depan dah cun melecun, tapi belakang out, macam perempuan tengok muka cantik, tapi punggung jatuh dan lebar. potong stim

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
  • Pengguna boleh bersabar dan mampu bertolak ansur dgn design. banyak contoh pengeluar kereta luar negara yg design tak secantik mana cth Vios. Tapi ramai pengguna puji Vios krn tiada kerenah. Tiada kedengaran kes tombol buka pintu patah. Tiada kedengaan cerita enjin meragam nak repair itu nak repair ini. Beli yg second hand pun masih elok seperti baru. Enjin tak mudah berbunyi kasar walau dipandu lasak sentiasa. Pastikan enjin timing chain bukan lagi belting. Free mind cheap maintenance.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2
  • Myvian Otai on Oct 23, 2016 at 11:41 am

    Dah hampir setahun pakai Iriz, setanding Camri dan lebih baik dari Vioz serta Altiz dari segi ketahanan keluli body disamping pemanduan senyap dan lancar ala Camri. Cornering pula, Honda HRV, Honda City, Honda Accord tak dapat kear kecuali Honda Civic masih boleh ikut speed cornering Iriz. Seat Iriz maksimum adjust sama tinggi dengan Avanza dan Exora lebih tinggi dari Alza. Iriz lebih luas dalaman berbanding myvi. Tahniah DRB pemilik Proton yang semakin mengatasi Daihatsu selaku pemilik Toyota.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 2
 

Add a comment

required

required