SPRM cekup tiga pegawai JPJ kerana lesen ‘terbang’

malaysian-driving-license-001

Ekoran berleluasanya kes menjual lesen memandu atau ‘lesen terbang’ di Sarawak, terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 14 individu termasuk tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) vagi membantu siasatan, memetik laporan Bernama.

Pengarah SPRM Sarawak Datuk Badrul Shah Norman berkata, kesemua suspek berumur 19 hingga 50 tahun ditahan di Limbang, Miri, Bintulu dan Sibu dalam satu operasi khas dilakukan sejak 11 Januari lepas.

“Mereka yang ditahan ialah tiga pegawai JPJ, sembilan orang awam yang ingin mendapatkan lesen memandu serta dua orang yang bertindak sebagai orang tengah,” katanya.

Badrul berkata, tiga pegawai JPJ serta seorang individu bertindak sebagai orang tengah kini ditahan reman selama tujuh hari.

“Siasatan awal SPRM menunjukkan suapan diberikan bagi mendapatkan lesen memandu kenderaan pelbagai kelas tanpa perlu menduduki ujian memandu,” katanya.

Beliau berkata pihak terbabit didapati cuba memperoleh lesen dengan mengemukakan dokumen palsu permohonan pertukaran lesen Brunei ke lesen Malaysia. Ia membabitkan nilai suapan dianggarkan antara RM2,500 dan RM2,800 bagi satu lesen mengikut kelas kenderaan yang dipohon.

Beliau berkata operasi khas itu masih dijalankan dengan ramai lagi individu akan ditangkap dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan lesen terbang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required