Proton mampu akses pasaran secara lebih luas dengan TPPA, sekatan yang minimum – PEDA

Proton_Iriz_002_BM

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang bakal ditandatangani oleh Malaysia tidak lama lagi turut memberikan keyakinan kepada Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA). TPPA yang turut disertai 12 negara dikatakan mampu menyediakan akses pasaran yang lebih luas untuk Proton.

Menurut Presiden PEDA, Armin Baniaz Pahamin, jawatankuasa PEDA secara sebulat suara menyokong TPPA memandangkan kenderaan Proton boleh menembusi negara peserta secara bebas dengan sekatan yang minimum, laporan Bernama.

“Pasaran tempatan sebenarnya akan mendapat manfaat melalui penetapan harga yang lebih kompetitif hasil daripada ekonomi bidangan yang dicapai,” katanya.

Beliau berkata, tanpa TPPA, Proton akan berdepan sekatan import yang ketat ke atas kenderaanya.

Ujarnya lagi, “Kami yakin TPPA akan meliberalkan sekatan ini dan ia akan menjadikan lebih mudah untuk mengekport kereta kita ke negara anggota berkenaan begitu juga bagi syarikat asing memasuki Malaysia.” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Maaf sekiranya persoalan ini mengguris.
    Jaguh yg kalah di tempat sendiri boleh pergi jauh ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • truck driver on Jan 26, 2016 at 1:29 pm

      Sudah tentu boleh , mungkin anda tidak sedar Proton menjual kereta di Australia lebih daripada Indonesia atau Thailand. Kerana Austalian agak lebih sedar dengan ciri-ciri keselamatan kereta daripada Indons atau Thailand yang hanya berorientasikan Jepun brands walaupun spesifikasi keselamatan kosong.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required