Enjin GDI/TGDI baharu Proton – mengapa kini timing chain jadi pilihan setelah lama timing belt digunakan?

Satu lagi elemen besar yang turut membawa perubahan kepada barisan enjin baharu Proton ialah penggunaan timing chain, bagi menggantikan timing belt yang telah digunakan sejak pengeluar kereta nasional ini mula rebadged model Mitsubishi. Kami tahu pastinya anda sudah lama mahukan Proton menggunakan timing chain, bukannya baru sekarang kan?

Alasan mengapa ia mengambil masa yang lama, menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa, ini adalah kerana ia telah digunakan oleh Mitsubishi, di mana Proton telah mempelajari bagaimana hendak merekabentuk dan membangunkan enjin, yang menggunakan timing belt sejak sekian lama dan Proton telah turut ikut sama. Bahkan Rashid juga mengakui permintaan pasaran dan aliran teknologi terkini telah mendorong Proton untuk melakukan perubahan ini.

Sebagai kelebihan, Rashid berkata, mereka telah banyak belajar tentang kebolehpercayaan sebenar dan keupayaan servis, di mana timing chain lebih cenderung untuk tahan lebih lama, malah dengan penyelenggaraan yang begitu minima. Walau bagaimana pun, beliau menambah, anggapan orang ramai terhadap Proton kerana menggunakan teknologi lama memang telah lama diperkatakan namun syarikat ini memerlukan masa untuk meneliti sesuatu perkara sebelum membuat perubahan. Memang masih ada lagi jenama lain yang menggunakan timing belt, namun ia tidak dianggap suatu yang serius seperti mana yang Proton hadapi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Carlo & Carla on Feb 01, 2016 at 11:42 pm

    Timing belt or timing chain tak kesah, asalkan tahan lasak macam enjin campro.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 9
  • Ternanti-nanti model2 baru Proton. Harap tiada lagi enjin yg menggunakan belting krn menambah kos kpd penguna. Jangan lagi menganiaya pengguna dgn kapasiti enjin yg kecil tanpa turbo pd harga lebih mahal dari variasi turbo untuk dipadankan pada body besar lagi berat cth Exora. Terus keluarkan enjin lengkap agar pengguna tidak terasa ditipu. Pastikan kualiti plastik yg digunakan adalah yg baik. Malu dibanding dgn kualiti pengeluar kereta lain. Akibatnya pengguna beralih arah kpd pengeluar kereta luar negara walau harga kereta mereka 30% lebih tinggi. Pengguna bersedia membayar lebih asalkan kereta tersebut tidak memberi masalah kpd mereka. Free mind cheap maintenance.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ada org cakap, klu pakai kereta puluhan ribu, tp nak tukar timing belt 2/3 thn sekali merungut kira belum layak pakai kereta… Lol. Tp bagi saya, risiko timing belt lebih tinggi untuk putus bila2 masa walaupon baru ditukar atas faktor2 manusiawi samada terlebih tegang atau terlalu kendur semasa penukaran. Dan warranty pd belt yg dijanjikan juga tak munasabah kerana jika putus, apa guna warranty, jika enjin tetap kena tukar sebab rosak ke warranty tu bermaksud bayaran kos repair enjin?.. Wakakakkaka….

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required