ktm-ets-e1437532629460

Mulai hari ini sehingga 29 Feb 2016, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 50% bagi tambang perjalanan KTM Komuter dari Stesen Padang Besar dan Gemas. Ia adalah bagi perjalanan tren pertama dari stesen Padang Besar ke Stesen Butterworth pada pukul 5.45 pagi. Manakala tren pertama dari Stesen Gemas ke Stesen Seremban/KL Sentral pula pada jam 5.05 pagi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KTMB berkata, promosi itu adalah untuk perjalanan sehala dan dua hala dari dua stesen berkenaan. Pada 11 September lalu, perkhidmatan tren ulang alik di sektor utara itu mula beroperasi dan menghubungkan 18 buah stesen bermula dari Stesen Kamunting – Butterworth – Padang Besar. Sementara itu, di sektor selatan pula, perkhidmatan tren ulang alik beroperasi 10 Oktober menghubungkan laluan di Stesen Gemas – Seremban – KL Sentral.