Perodua Axia pamer aksi powersliding dalam video Ultra Racing yang dipaparkan di Facebook

The Power Of Perodua Axia by Ultra Racing

The Power Of Perodua Axia by Ultra RacingThis is a commercial ads for Ultra Racing, the whole video shooting was done by professional driver within safe compound, please do not attempt to try this on public road.

Posted by Ultra Racing News / Events on Sunday, January 24, 2016

Ultra Racing, pengeluar tempatan bagi komponen pengendalian casis, telah menyiarkan video ini menerusi laman Facebook rasmi mereka. Video yang bertajuk “The Power of Perodua Axia by Ultra Racing,” ini adalah bagi mempromosikan pakej “palang keselamatan kenderaan” untuk Perodua Axia, yang anda boleh lihat ia dipandu agak agresif.

Video ini bermula apabila seorang anak muda menerima mesej dari ibunya yang mengingatkannya supaya balik ke rumah untuk makan malam. Lantas dia bergegas memandu Axia miliknya untuk pulang ke rumah dengan kadar segera.

Apa yang terjadi seterusnya apabila aksi powerslide ini kian rancak, termasuk mengundur secara mendadak, untuk mempamerkan kelebihan produk dari Ultra Racing ini. Dalam babak akhir, anak muda ini selamat sampai ke rumahnya, diikuti dengan mesej, “walau sesibuk mana pun anda, jangan lupa orang yang tersayang,” diikuti dengan gambar produk dan pengingatan keselamatan.

Namun, kami tidak pasti adakah anda patut memandu dengan keadaan sebegini biar pun apa jua situasinya. Seperti mana pihak berkuasa sering melaungkan, “biar lambat asal selamat.” Kami rasakan video ini hanya menggambarkan situasi ekstrem apabila produk Ultra Racing ini disifatkan boleh memberi manfaat kepada pemandu untuk membantu mengekalkan kawalan kenderaan. Apa komen anda tentang perkara ini?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Izham Basri on Apr 02, 2017 at 8:47 am

    hasrat saya agar pihak paultan.org dapat buat ujian dan review Ultra Racing safety bar ni di luar aspek ‘keselamatan’ yakni ‘keselesaan’.

    saya sendiri ada pakai UR ni. saya dapat rasakan yang UR ni sebenarnya dicipta khas untuk digunakan di litar lumba sahaja yang mana keadaan jalannya yang baik tanpa lubang, bonggol, zebra crossing etc.

    tapi bila UR digunakan di jalan biasa yang kita maklum, keadaan jalannya tak elok mana, faktor keselesaan pemanduan mula jadi isu.

    body kereta diikat UR jadi stiff, akan terasa cukup tak selesa macam dihentak, bergegar kuat etc bila contohnya sebelah sahaja tayar kereta lalu di jalan yang contohnya berlubang atau bebonggol, walaupun modifikasi tayar, rim, suspension etc paling minimal.

    jadi saya mohon pihak paultan.org kalau boleh buat ujian berkenaan ‘keseleaan’ ini. kerana UR dan ramai di luar sana claim yang UR bila dipasang, kereta akan jadi lebih stabil dari biasa. ya kita faham kereta akan lebih stabil bila mana contohnya buat ‘sharp-cornering’ etc tp adakah UR akan menjadikan kereta lebih stabil bila kereta lalu/masuk/langgar lubang or bonggol?

    waiting with best wishes..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required