Peugeot 2008 2016 facelift untuk pasaran Eropah

PEUGEOT_2008_1802STYP002_0_BM

Peugeot 2008 yang telah dilancarkan tiga tahun lalu kini telah menerima sentuhan facelift untuk pasaran Eropah. Crossover tersebut telah menerima nafas baru pada bahagian luaran serta ditambah dengan satu varian baru iaitu GT Line dengan kemasan yang lebih menarik.

Pada bahagian luaran , 2008 ini tidak banyak perubahan kecuali pada gril hadapan dengan jaring menegak, lampu hadapan yang direka semula, wheelarch hitam yang dilebarkan serta scuff plate yang baru. Tambahan warna baharu merah ultimate turut diberikan kepada pengguna sebagai opsyen.

Varian GT Line menampilkan kemasan elemen hitam berkilat pada sekeliling gril hadapan (bersama unsur krom dan tulisan ‘Peugeot’ berwarna merah), perumah lampu kabus, perumah cermin sisi, rel bumbung dan juga rim 17-inci. Scuff plate keluli tahan karat bahagian belakang kini disekalikan dengan corong paip ekzos, dan lencana GT Line ditampilkan pada kedua belah fender hadapan dan pintu belakang.

Pada bahagian dalaman, sistem i-Cockpit masih dikekalkan yang membolehkan pemandu menumpukan perhatian pada jalan. Sistem infotainmen kini dilengkapi Mirror Link dan Apple CarPlay. Untuk varian GT Line pula kini ditambah ambang keluli tahan karat dengan logo Peugeot, pedal aluminium, sulaman benang merah pada jahitan seluruh bahagian dalaman dan lampu LED merah pada paparan instrumen.

Ciri baru yang dilengkapi pada 2008 ini ialah teknologi Brek Bandar Aktif, menggunakkan penderia LIDAR yang terletak di bahagian atas cermin hadapan. Sistem ini akan memberhentikan kereta secara automatik sekiranya pemandu tidak perasan ada halangan di hadapan (seperti kanak-kanak melintas) pada kelajuan tertentu. Kamera undur turut dipasang pada SUV kompak ini.

Untuk pilihan enjin, 2008 didatangkan dengan opsyen enjin petrol dan diesel. Baru dalam senarai pilihan ialah enjin petrol PureTech tiga-silinder, yang lebih ringan dan lebih cekap penggunaan bahan apinya. Dengan kapasiti 1.2 liter, ia telah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu PureTech 82, PureTech 110 dan PureTech 130. Enjin diesel 1.6 liter Blue HDi pula datang dengan tiga varian kuasa iaitu 75 hp, 100 hp dan 120 hp.

Enjin-enjin ini akan dipadankan dengan pilihan kotak gear lima atau enam-kelajuan manual dan kotak gear enam-kelajuan Automatik Efisien (EAT6) dengan teknologi Quickshift.

GALERI: Peugeot 2008 facelift 2016

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required