Disiplin yang tinggi dan 5S faktor kejayaan Perodua

PGM-Opening-1_BM

Walaupun Proton lebih dominan dengan gelaran pembuat kereta nasional, Perodua sebagai ‘anak kedua’ mendahului pasaran kereta tempatan selama 10 tahun sehingga sekarang. Walaupun sangat selesa dengan kedudukan kini, tiada tanda-tanda Perodua akan ‘goyang kaki’ dan berpuas hati dengan kedudukan mereka sekarang yang dibuktikan melalui sasaran jualan yang semakin meningkat, begitu juga dengan rekod jualan.

Apa kelebihan utama Perodua yang membuatkan ia kompetitif? Di samping mengetahui apa yang majoriti pembeli kereta di Malaysia mahu, kecekapan dari rakan kongsi Perodua iaitu Daihatsu turut menyumbang kepada kelebihan tersebut. Kecekapan yang dibawa ialah disiplin, dan ia membolehkan syarikat tersebut berkembang dengan pesat di dalam industri, kata Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd (PCSB) Yasumitsu Morita.

Perodua_Axia_Standard_vs_Advance_-001_BM

PCSB yang menguruskan operasi pengeluaran Perodua masih lagi mengembangkan pangkalan mereka di Sungai Choh, Rawang. Terdapat dua kilang di sana, di mana kilang lama memproduksi Myvi dan Alza, dan kilang baharu Perodua Global Manufacturing memasang Axia. Dijalankan dengan asas yang sama daripada segi teknologi dan proses seperti Daihatsu Kyushu iaitu kilang utama Daihatsu di Jepun, PGM yang berharga RM1.3 bilion telah mula beroperasi sejak ogos 2014. Tetapi ia hanya dilancarkan secara rasmi bulan lalu.

Morita-san berkata kilang Perodua telah mempraktiskan Dojo, yang bermaksud “rumah untuk latihan”, bagi menjaga kualiti dan standard servis. Beliau juga berkata syarikatnya mengimplimentasikan organisasi 5S ditempat kerja yang terdiri daripada lima perkataan Jepun iaitu seiri (sisih), seiton (susun), seiso (sapu), seiketsu (seragam) dan shitsuke (sentiasa amal), untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa untuk semua.

2015_Perodua_Myvi_Facelift_Premium_X_vs_Advance_-01_BM

Percaya pada prinsip kepimpinan melalui teladan, “Saya dan Zainal akan menunggu seawal 7.30 pagi untuk menyambut pekerja kami di pintu masuk utama,” kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PCSB Zainal Abidin Ahmad, yang juga hadir sebagai pensyarah kepimpinan yang dijalankan oleh Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) di Universiti Teknologi Malaysia KL.

Amalan sedemikian adalah sebahagian inisiatif Perodua untuk mengekalkan disiplin, dan ia akan menghasilkan kejayaan, kata Morita-san seperti yang dilaporkan Bernama. Beliau juga menasihati para pelajar agar berfikiran terbuka, sedia untuk menerima perubahan dan percaya dengan kebolehan diri sendiri untuk mencapai kejayaan.

Tahun lalu, Perodua merekodkan jualan tahunan tertinggi dengan 213,300 unit, bersamaan sekitar 32% dalam bahagian pasaran di Malaysia. Perodua mensasarkan 216,000 untuk 2016, dan jika berjaya dicapai, ia merupakan rekod tertinggi untuk mereka.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • arwin on Feb 27, 2016 at 8:25 pm

    DTP(dynamic transformasi program)..salahsatu program yg sedang giat dijalankan…buat staff yg terpilih.bukan shj.PERODUA…berubah..tetapi yg penting pekerja2 sdang mnuju transformasi…
    Disiplin yg tinggi…telah membuatkan kejayaan buat semua..kualiti yg baik bermula dari pekerja yg berdisiplin.pelbagai program djlnkan..bg menyakinkan mrk..lebih berkembang dan berdaya maju.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Disbbkan kecuaian kecil pihak perodua. Kereta axia yg sepatutnya sy dpt pada selasa lepas. Masih tertangguh setelah sebulan lebih menanti. Tk

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • Same L0rrr on Feb 29, 2016 at 10:58 am

      Nevermind..better late than never.. u will never regret with this sushi techonology.. good quality, reliable engine, petrol saver, and of course good RV too..

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required