BMW M2 Coupe baharu dilancarkan – RM498,800

BMW M2 Launch 1

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan model baharu bagi model M2 Coupe yang dilancarkan sempena BMW Malaysia Open 2016. Jentera ini memiliki kombinasi dinamik dan prestasi luar biasa bersama reka bentuk yang berkarakter. Ia diproduksikan dalam jumlah yang terhad di seluruh dunia dan Malaysia beruntung kerana mendapat beberapa unit untuk dijual.

BMW M2 Coupe baharu ini dilengkapi dengan enjin 3.0 liter enam-silinder sebaris dengan teknologi M TwinPower Turbo, pengecas turbo TwinScroll, High Precision Injection, kawalan aci sesondol Double-VANOS dan kawalan injap boleh ubah Valvetronic.

Turut dipadankan dengan transmisi klac berkembar M dengan Drivelogic tujuh-kelajuan dan fungsi Launch Control. Malah ia turut mempunyai Stability Clutch Control yang berfungsi untuk menghalang jentera daripada oversteer dan mampu menstabilkan semula jentera. Ia juga didatangkan dengan fungsi “creep on demand” yang membolehkan pemandu untuk mendapatkan kesan sama seperti kotak gear automatik konvensional apabila menekan pedal minyak secara perlahan-lahan ketika baru hendak bergerak.

Ia membolehkan penjana kuasa ini menghamburkan kuasa sehingga 370 hp dan tork 465 Nm serta tork maksimum 500 Nm dengan fungsi overboost. Malah ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 4.3 saat. Malah BMW turut mendakwa coupe ini turut mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 7.9 liter per 100 km dan emisi CO2 dalam 185 g per km.

BMW M2 Launch 2

Rangkaian komponen daripada galas kotak engkol hingga ke bekalan minyak memang tahan lasak, biarpun di bawah tekanan G yang ekstrem. Ini bagi memastikan ia mampu menawarkan prestasi maksimum. Sistem ekzos M yang telah dioptimumkan dengan kawalan flap elektronik pula memastikan output enjin dan bunyi yang seimbang. Sekali gus memberikan pengalaman akustik yang tersendiri pada semua mode Driving Experience Control sama ada COMFORT, SPORT atau SPORT+.

BMW M2 Coupé hadir bersama pakej BMW EfficientDynamics yang komprehensif untuk mengurangkan penggunaan bahan api dengan signifikan. Ia merangkumi ciri pemulihan semula tenaga brek, stereng kuasa elektromekanikal, fungsi Automatic Start/Stop, reka bentuk ringan yang pintar, sistem kawalan auxiliary khusus bergantung kepada situasi, pam aliran bahan api dan satu unit pembeza (differential) belakang dengan tempoh pemanasan optimum.

Selain itu, ciri lain yang menambahkan pengendalian yang mantap ialah Active M Differential, Dynamic Mode M dan Dynamic Stability Control.

Melihat keseluruhan imej yang dipertaruhkan, serlahan sporty seakan menyelimuti segenap sudut. Ia dipadankan dengan gril ‘kidney’ signatur BMW yang mendedahkan karekteristik reka bentuk M. Palang-palangnya diwarnakan hitam, sama seperti reka bentuk roda jejari berkembar M yang turut ditampal dengan logo BMW M. Ia juga mempunyai apron (bampar) hadapan yang rendah bersama inlet pengambilan udara besar untuk meningkatkan lagi keupayaan proses penyejukan. Bilah-bilah trapezoidal dan Air Curtains pada bahagian luar sistem pengambilan udara semuanya direka untuk menawarkan earodinamik yang optimum.

Ia turut ditampilkan dengan rim aluminium bersaiz 19-inci dengan jejari berkembar M, serta arca roda yang kelihatan cukup kemas pada bahagian hadapan dan belakangnya. Ia turut disempurnakan lagi dengan apron belakang yang lebar yang disepadukan dengan penyerap udara dan dua paip ekzos BMW M berwarna krom berkilat.

BMW-M2-Malaysia-10

Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan tempat duduk sports balutan kulit dan bahagian sisinya boleh dilaras. Perehat kaki M dan sokongan lutut pada konsol tengah, stereng sports M dan tuil gear M turut ditampilkan.

Kemasan pintu dan tuil gear dibalut dengan upholstery Alantara, manakala kemasan dengan permukaan karbon jelas mencipta ambien yang meningkatkan lagi kualitinya. Aspek sporty jentera ini diserlahkan lagi melalui kemasan ambang pintu, tombol gear, stereng dan kaunter rev yang dilekatkan dengan logo M.

Selain itu, ia turut menampilkan teknologi BMW ConnectedDrive termasuk aplikasi GoPro, slot kad Concierge Service dan Emergency Call.

Hanya satu warna sahaja yang ditawarkan bagi M2 Coupé baharu ini iaitu Long Beach Blue Metallic. Ia ditawarkan pada harga atas jalan RM 498,800 tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama Lima Tahun BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • skatax on Mar 02, 2016 at 8:13 pm

    Dapra lebar dengan tayar lebih besar, M2 Coupe betul2 sangat menawan sehh.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required