‘Teksi Mini’ dengan tambang murah dijangka diperkenalkan pada penghujung tahun ini

Perodua_Axia_ 001

Kerajaan dikatakan bakal memperkenalkan perkhidmatan ‘teksi mini’ untuk bandar-bandar besar terutamanya Kuala Lumpur dengan menawarkan kadar tambang yang lebih murah kepada pengguna.

Hari ini akhbar Berita Harian melaporkan, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan perkhidmatan itu.

Teksi mini itu dikatakan akan menggunakan kenderaan dengan kuasa kuda di bawah 100 cc seperti Perodua Axia kerana ia juga murah daripada segi penyelenggaran.

“Ramai yang mempersoalkan peranan kerajaan dalam membantu rakyat yang berhadapan dengan taraf hidup yang tinggi termasuk kos pengangkutan.”

“”Kadar tambang teksi motosikal atau basikal roda tiga di Indonesia dan Thailand begitu murah, tetapi kita tidak menawarkan perkhidmatan sebegitu kerana ia dianggap berbahaya daripada segi keselamatan. Jadi perkhidmatan teksi mini ini dianggap idea yang lebih baik memandangkan penyelenggarannya juga murah,” ujar Aziz pada akhbar tersebut.

Beliau turut menambah, teksi mini akan menawarkan perkhidmatan dalam jarak yang dekat seperti dari mana-mana stesen LRT ke rumah pengguna.

Malaysia-Taxi-03

Katanya lagi, perkhidmatan baharu ini akan dijadikan sebahagian daripada program transformasi dan ia tidak akan memberikan kesan terhadap perniagaan teksi konvensional. Malahan ia juga mampu memberikan persaingan yang kompetitif dengan perkhidmatan UBer dan Grabcar.

Walau bagaimana pun, cadangan ini ternyata tidak disenangi oleh pengusaha dan pemandu teksi konvensional sedia ada. Menerusi laporan Bernama, pemandu teksi di ibukota telah menyuarakan kebimbangan bahawa pendapatan mereka akan lebih terjejas jika kerajaan meneruskan cadangan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi mini hujung tahun ini.

Malah dalam masa yang sama meluahkan rasa, pendapatan mereka merosot sejak bersaing dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar. Di mana teksi mini itu dilihat akan mewujudkan lebih banyak persaingan di kalangan pemandu teksi sedia ada kerana ia menawarkan harga yang lebih ekonomi kepada pengguna.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Pemandu teksi Generasi Y on Mar 08, 2016 at 1:02 am

    Jika SPAD lebih kreatif..wujudkan 1 applikasi sama seperti uber untuk teksi..segala urusan pmbayaran dan gaji pemandu teksi smua sama seperti uber..tiada lagi penindasan baik dari pemandu teksi atau penumpang..spad pon boleh dpt dana dari situ dan dana tersebut jadikan modal untuk baik pulih pengangkutan awam..x payahlah nk buat teksi mini,eksekutif dn sbagainya..takot2x x mnjadi nnti

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
 

Add a comment

required

required