14 kenderaan terbabit kemalangan di Persiaran Mokhtar Dahari – tiada kematian dilaporkan

Satu kemalangan yang membabitkan 14 buah kenderaan dilaporkan telah berlaku pada jam 12.30 tengah hari tadi di Persiaran Mokhtar Dahari, dekat simpang empat menghala masuk ke Subang. Ia melibatkan sebuah lori pasir, sebuah lori kontena dan selebihnya kereta termasuk MPV.

Menurut Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 12.48 tengah hari. Mohd Sani berkata, sejurus itu sepasukan enam anggota dan seorang Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1.12 petang, laporan Harian Metro.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang terlibat telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba. Buat setakat ini, tiada kematian dilaporkan. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required