SPYSHOT: Proton Perdana 2.0L 2016 turut menampilkan gambar bahagian dalaman

13010243_10209305572786318_1090685_o_BM

Selepas beberapa imej spyshot Proton Perdana 2016 varian 2.4 liter tersebar, kini kami ditemukan pula dengan Perdana dari varian asas 2.0 liter (ia dikenalpasti menerusi tag yang dipasang pada kunci kereta tersebut). Gambar yang dihantar oleh pembaca Will Yap ini mendedahkan beberapa ciri yang berlainan berbanding varian 2.4 liter yang lebih mewah.

Pada bahagian luaran, dapat disaksikan tiada kit badan sporty yang dipadankan seperti yang terdapat pada model 2.4, tetapi spoiler pada bahagian but belakang masih dikekalkan. Corak pada roda aloi nampaknya masih kelihatan sama seperti varian 2.4L. Tidak dapat dipastikan sama ada roda aloi tersebut akan digunakan semasa pelancarannya nanti kerana sebelum ini Proton menyatakan varian 2.0L dan 2.4L akan menerima roda aloi berbeza tetapi dengan saiz yang sama iaitu 17-inci.

Gambar untuk bahagian dalaman turut dapat diambil kali ini menampilkan tema hitam sepenuhnya, berbanding varian 2.4 liter yang menerima kabin dengan tema warna dua ton hitam dan beige. Perubahan lain yang turut dapat disaksikan ialah pada kemasan berwarna kelabu berbanding kemasan kayu pada varian yang lebih tinggi, dan juga balutan kombinasi fabrik dan kulit (varian 2.4 liter menerima balutan kulit sepenuhnya). Dari segi rekaan keseluruhan, ia masih lagi kelihatan seiras dengan varian 2.4 liter, termasuk paparan skrin berkembar yang besar pada bahagian tengah papan pemuka.

13016413_10209305573146327_1987225608_o_BM

Selain dari perbezaan yang dapat kita lihat melalui gambar-gambar ini, ada juga ciri-ciri berlainan antara dua varian ini yang telah disahkan sendiri oleh pihak Proton. Ia termasuk tempat duduk pemandu larasan manual (berbanding larasan elektrik pada model 2.4L), dan juga sistem kawalan stabiliti elektronik yang tidak dilengkapi pada varian asas ini. Walau bagaimanapun, kedua-dua varian dilengkapi dengan empat buah beg udara.

Model ini akan diproduksi di kilang Proton Shah Alam (model Accord Perdana yang digunakan oleh pihak kerajaan sekarang ini di buat di kilang Honda Malaysia, Melaka), dan dijadualkan akan dilancarkan pada bulan ini dimana tempahannya sudah mula dibuka.

Seperti yang diketahui, Perdana 2016 dibina berasaskan Honda Accord generasi ke-lapan. Oleh itu penjana juga adalah kekal sama iaitu enjin R20A3 SOHC i-VTEC untuk varian 2.0 liter berkuasa 154 hp/189 Nm dan enjin K24Z2 DOHC i-VTEC untuk varian 2.4 liter berkuasa 177 hp/222 Nm. Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear lima-kelajuan automatik.

Sama seperti barisan model lain, Perdana turut akan menerima enjin baharu Proton setelah program pembangunan enjin tersebut lengkap dan mula memasuki produksi pada penghujung 2017. Perdana dijangka dipadankan dengan enjin turbo NE01 2.0 liter empat-silinder yang diperolehi daripada Petronas pada tahun 2012 dan juga enjin turbo 1.5 liter pancitan bahan-api terus (TGDI) yang didakwa mampu menghasilkan kuasa 180 hp/250 Nm. Kedua-dua enjin ini bakal dipadankan dengan kotak gear CVT torque converter automatik baharu.

GALERI: 2016 Proton Perdana teased


GALERI: 2016 Proton Perdana rendered

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required