Isu tampalan jalan berbentuk “X” di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) mendapat perhatian pengguna laluan berkenaan dan tular di laman media sosial baru-baru ini. Ini mendorong New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) selaku pengendali lebuhraya terbabit menjelaskan bahawa isu berkenaan.
Syarikat tersebut berkata, tampalan jalan berbentuk “X” di KM 12.5 hingga KM 12.8 arah Bangsar berhampiran Angkasapuri adalah kerja sementara selepas kerja-kerja piloting dijalankan di lokasi berkenaan.
“Kawasan “X” ini merupakan kawasan kerja pembinaan Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai. Untuk makluman, tampalan jalan di kawasan tersebut adalah kerja sementara selepas kerja-kerja piloting dijalankan. Kerja pembaikan tetap untuk kawasan tersebut telah dirancang pada esok, 11 Julai 2026, untuk mengembalikan semula keadaan asal permukaan turapan lebuh raya.
“Pihak NPE menghargai maklum balas yang diberikan dan memohon maaf atas segala kesultan yang dialami. Kami kekal komited untuk memastikan kelancaran trafik demi keselesaan pengguna lebuh raya sepanjang kerja-kerja pembinaan projek ini dijalankan,” kata syarikat terbabit menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

