Volkswagen Vento secara rasminya dilancar – Highline 1.2L TSI, DSG tujuh-kelajuan, ESC; RM80k – RM95k

IMG_7460

Volkswagen Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan Volkswagen Vento untuk pasaran Malaysia.

Tiga varian ditawarkan iaitu Highline, Comfortline dan Trendline yang berbeza dari segi unit janakuasa, aksesori dan beberapa ciri-ciri lain.

Vento yang sebelum ini dikenali sebagai Polo Sedan, bukan sahaja tampil dengan rupa yang lebih segar, tetapi rombakan sepenuhnya dibuat pada unit janakuasa pada varian Highline untuk menyerlahkannya sebagai sebuah sedan Volkswagen sebenar.

Penyegaran di bahagian muka Vento dilakukan dengan memberi sentuhan semula pada bahagian tersebut. Vento dilengkapkan dengan lampu hadapan halogen seiras dengan Polo Hatchback 1.2 TSI. Gril hadapan krom yang lebih besar dan juga bampar yang kini hadir dengan lampu kabus melintang (berbanding berbentuk bulat pada Polo Sedan) serta kemasan krom merentangi gril bahagian bawah (tiada pada varian terendah Trendline) memberikan kelainan pada Vento berbanding Polo Sedan.

VW_Vento_Highline_Ext-13

Beralih profil sisi, tidak banyak perubahan dapat disaksikan berbanding Polo Sedan. Vento Highline kini dilengkapi dengan roda aloi pelbagai jejari ‘Syenit’ berdiameter 16-inci baharu. Varian Comfortline and Trendline pula dilengkapi dengan roda aloi ‘Riverside’ bersaiz 15-inci.

Bahagian belakang pula menyaksikan Vento dilengkapi dengan lampu belakang baharu serta bampar yang mendapat rekaan semula dengan dilengkapi reflektor pada setiap sisi dan tip ekzos dengan kemasan krom kini diserlahkan.

Bahagian dalaman juga kelihatan agak seiras kecuali dengan sedikit sentuhan baharu. Unit pemain utama audio Vento kini dilengkapi dengan Radio ‘320G’ (‘220G’ untuk varian Tredline) dengan hubungan USB, iPod, SD card, AUX dan Bluetooth. Untuk varian Highline dan Trendline, ia dilengkapi dengan roda stereng rata di bahagian bawah pelbagai fungsi balutan kulit, pakej kemasan krom pada bahagian suis-suis kawalan utama, tuil gear dan brek tangan balutan kulit, penghawa dingin automatik, Kawalan Kelajuan dan liang penghawa dingin untuk bahagian belakang. Upholstery varian Highline mendapat balutan fabrik ‘Cable’ manakala untuk Comfortline dan Trendline dibalut dengan fabrik ‘Clouds’.

Kesemua varian Vento menerima tingkap kuasa untuk kesemua pintu, penderia undur, tempat duduk belakang boleh-lipat dengan nisbah 60:40 serta roda stereng telskopik boleh laras.

Enjin 1.6 MPI berkuasa 105 PS/153 Nm dan kotak gear automatik torque converter enam-kelajuan dari Polo Sedan diambil terus untuk varian Trendline dan Comfortline. Untuk varian Highline, ia dilengkapi dengan enjin dan transmisi ‘sebenar’ VW iaitu enjin petrol 1.2 liter TSI yang juga berkuasa 105 PS, tetapi dengan tork yang lebih besar 175Nm bermula 1,500rpm hingga 4,100rpm digandingkan dengan kotak gear klac berkembar DSG tujuh-kelajuan.

Menurut VW, gabungan enjin TSI dan kotak gear DSG tersebut membolehkan Vento Highline mencatatkan penggunaan bahan api 5.5 liter untuk setiap 100 km perjalanan.

VW_Vento_Highline_Ext-21

Varian tertinggi Vento Highline dan Comfortline kini dilengkapi dengan empat beg udara (hanya dua untuk varian Trendline), sistem brek anti kunci (ABS), Crash Response System (ICRS). Hanya varian Highline dilengkapi dengan Bantuan Mula Mendaki dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) yang membolehkannya mendapat penarafan lima bintang dalam penilaian ASEAN NCAP. Kesemua varian didatangkan standard dengan brek anti-kekunci (ABS), Bantuan Brek (BA) dan cagak Isofix.

Vento hadir dengan lima warna pilihan iaitu Candy White, Flash Red, Reflex Silver, Carbon Steel Grey dan Deep Black.

Sedan segmen-B dari Volkswagen ini dijual pada harga bermula RM80,635 untuk varian Trendline dan RM87,635 untuk varian Comfortline. Manakala untuk varian tertinggi Highline, ia dijual pada harga RM94,635. Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran. Khas untuk pelanggan terawal, Volkswagen Malaysia menawarkan rebat tunai bernilai RM2,000. Setiap pembelian Vento juga disertakan sekali dengan waranti pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI: Volkswagen Vento Highline 1.2 TSI

GALERI: Volkswagen Vento Comfortline 1.6 MPI

GALERI: Gambar rasmi pelancaran Volkswagen Vento

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required