Proton sangkal dakwaan model kenderaannya akan rosak jika menggunakan ‘jump-start’

Bagaimana untuk bantu mula kenderaan anda - BM

Akibat penyebaran notis (gambar di atas) yang kononnya dari sebuah pusat servis kenderaan di laman media sosial baru-baru ini, Proton telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai perkara ini.

Menurut Proton, imej yang tersebar ini, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU), adalah tidak benar sama sekali. Sekali gus menegaskan, semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula atau jump-start.

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Justeru, syarikat pengeluar kenderaan nasional ini
ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel jump-start adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Prosedur yang betul untuk melakukan jump-start kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.

13393994_1209390239111537_2822324668011549919_n

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan apabila menggunakan kabel jumper yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain :

  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel jumper boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
  • Gunakan hanya kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
  • Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
  • Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
  • Kabel jumper negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
  • Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa-apa bantu mula kecemasan kepada bateri. Proton sekali lagi menegaskan, syarikatnya sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan, bolehlah terus hubungi Talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected].

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Nak tahu juga sbb selalu org akn letak + = + dan – = – ..mana dtgnya tempat enjin tuh???sila beri penjelasan sbb dekat cabel pun tulis minus and plus jee sama dekat bateri..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • Battery jump on Jun 10, 2016 at 9:39 am

      Boleh search di google atau utube how to jumpstart.. Engine tu bermaksud mana2 besti yg berada di engine lekat negatif kat situ sbg grounding..

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • – negatif boleh jerk letak kat terminal – atau body /engine. Janji besi sebab terminal – memang sambung ke body kereta/engine.ikut jerk arahan utk keselamatan kereta anda

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • Sou Yuen on Jun 10, 2016 at 9:48 am

      Diagram ralat haha,”Prosedur yang betul …bla..bla… Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut.”..tulis lain,tapi gambar lain :-D

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 6
    • Lalaland on Jun 10, 2016 at 9:54 am

      – Dari bat source sambung ke body kereta target, kepitkan dekat body frame depan yg hold radiator tu

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Sharizal Abu Bakar on Jun 10, 2016 at 9:26 am

    Kalau tak betul.. Kenapa pusat servis tu berani tampal? Mesti ada something ni… Elok proton buat recall tcu yg cepat rosak tu

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 10
    • Mat Tuan on Jun 10, 2016 at 10:20 am

      Ntah2 pusat servis tu yang buat silap. pastu nk blame Proton.. taktik jijik..

      Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 2
  • Aku dah cuba jump start saga proton flx aku…x ble start…aku kepit kabel tu di terminal batri…tu sbb aku google ni…nt aku cuba lg…harap ble start…tq for the info

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Che lah on Jul 05, 2017 at 10:17 pm

    Saya nak tanya…kereta exora turbo cfe jun 201 6 tak boleh revers tak gerak langsung…bunyi dlm gear spt bertih jagung…jln dpn jer boleh..sudah 2 kali repot pusat servis…sdh masuk 2 bulan belum ada respon…mcm mana ni…2 mggu jln tanpa revers…tenat…nk jln…nk paking….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required