Mitsubishi ASX Orange Edition secara rasminya dilancarkan di Malaysia – hanya 180 unit, RM133k

Mitsubishi ASX Orange Edition

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan model edisi terhad Mitsubishi ASX Orange Edition dengan harga atas jalan tanpa insuran RM132, 900.19

Diasaskan dari varian tertinggi 4WD, ASX Orange Edition dibina sebanyak 180 unit sahaja. Untuk membezakan model edisi terhad ini dengan model standard, warna badan keseluruhan hanya ditawarkan dengan warna putih dan dilengkapi dengan kemasan-kemasan berwarna oren pada bahagian bawah bampar hadapan dan belakang, spoiler belakang serta kedua-dua belah cermin sisi. Ia juga dilengkapi dengan visor pintu, pelekat badan ‘Spirit of Competition’ serta roda aloi berdiameter 17-inci dengan kemasan akhir matte black secara standard.

Bahagian dalaman pula, Orange Edition menerima tempat duduk kulit berwarna hitam dengan serlahan jahitan berwarna oren serta karpet kaki dengan fabrik hitam disulami kemasan berwarna oren. Ia juga dipadankan dengan scuff plate serta kemasan motif gentian karbon pada panel kawalan sistem audio dan trim pintu.

ASX edisi terhad ini juga menerima empat kamera yang pasang pada bahagian hadapan, kedua belah sisi serta bahagian belakang, dihubungkan kepada skrin utama yang memaparkan ‘sudut imej mata burung’ untuk membantu pemandu memarkir SUV ini. Sistem kunci pintar beserta butang penghidup enjin, sistem penghawa dingin automatik, kawalan kelajuan dan penukar gear masih kekal sebagai ciri standard.


Tiada perubahan yang dilakukan pada sistem mekanikal. ASX Orange Edition masih dijana enjin 2.0 liter MIVEC berkuasa 150 PS/197 Nm. Kesemua kuasa dialirkan ke keempat-empat roda menerusi kotak gear CVT automatik INVECS-III dan sistem 4WD kawalan semua roda.

Untuk ciri keselamatan, ASX edisi terhad ini masih kekal dilengkapi dengan tujuh beg-udara, sistem ABS serta EBD, Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman serta Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Khas sempena Hari Raya, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan ASX Orange Edition mereka sebelum 31 Julai 2016 akan menerima rebat tunai sehingga RM8,000. Setiap pembelian ASX juga disertakan dengan pakej perlindungan waranti lima tahun.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Amir Mohammad on Jun 24, 2016 at 12:45 pm

    Masalah ASX ni bila bawa lebih 100km akan keluar bau busuk. Bila complaint waktu servis, katanya tak ada jalan penyelesaian. Mitsubishi sepatutnya beri perhatian ke atas masalah ini. Kereta saya baru 14 bulan tapi rasanya akhir tahun ni saya akan jual, sudah tidak tahan dengan bau hangit yang masuk dalam kereta. Kepada bakal pembeli/ pemilik ASX, banyak lagi model Suv/ Crossover dalam pasaran, pilihan adalah di tangan anda.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4
 

Add a comment

required

required