JPJ tawar diskaun bagi kadar kompaun kesalahan tiada lesen memandu atau sudah tamat tempoh

malaysian-driving-license-001

Sebelum ini telah viral di laman media sosial yang menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menaikkan saman bagi pemandu yang memperbaharui lesen memandu mereka yang telah tamat tempoh. Walau bagaimana pun perkara ini telah pun dinafikan oleh JPJ sendiri.

Pagi ini, pihak JPJ juga telah mengeluarkan kenyataan mengumumkan tawaran diskaun bagi kadar kompaun kepada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen memandu atau lesen telah tamat tempoh. Di mana pengurangan kompaun daripada jumlah maksimum RM300 itu ditawarkan secara berperingkat kepada pemandu kenderaan dan juga penunggang motosikal yang melakukan kesalahan itu.

Di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu atau lesen mereka tamat tempoh, boleh dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM300.

Walau bagaimana pun, sekiranya pesalah menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, kadar pengurangan bayaran akan ditawarkan kepada mereka. Kadar yang dimaksudkan adalah seperti di bawah ini:

jpj-license-expire-compound

Pembaharuan lesen memandu yang telah tamat tempoh boleh dibuat di semua pejabat JPJ mahupun agensi yang dilantik tanpa dikenakan kompaun. Walau bagaimana pun, ia hanya tertakluk kepada lesen memandu yang tamat tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

JPJ juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai sebarang mesej JPJ melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sah. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan salah faham.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • prabagaran a/l chokuinggam on Feb 10, 2017 at 3:21 pm

    saya nak rayuan saman jpj
    saya oku tolong rayuan sir

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 1
  • Saya nak buat rayuan ,sebab saya ibu tunggal

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Syadeenaz binti zainal on Mar 29, 2018 at 3:14 pm

    Saya Ada Saman tiada lesen memandu kereta, sekarang nk amik ujian undang undang, boleh buat rayuan kurangkan kadar Saman??

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Murugan A/L sennimalay on Apr 16, 2018 at 6:25 pm

    Saya nak chek saman JPJ dengan BDRM

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Felex Gara on Dec 12, 2018 at 6:55 pm

    Sekiranya kita membayar saman pada hari yang ditetapkan ,adakah bayaran saman akan dikurangkan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Firdaus on Feb 07, 2019 at 3:33 pm

    Saman tahun 2014 dan 2015 saya ada 3 saman motosikal.bagaimana saya mau bayar?saya tidak dapat buat lesen memandu kerana saya ada saman jpj lampau? Boleh saya buat rayuan?bagaimana saya mau selesaikan masalah saya ini?

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required