Yamaha R15 2017 diperkenalkan di Indonesia – 19.7 hp

Yamaha R15 2017 diperkenalkan di Indonesia – 19.7 hp

Sebuah lagi model motosikal menarik dalam kategori 150 cc dilancarkan di Indonesia – Yamaha R15 2017, seperti dilaporkan oleh autonetmagz.

Jentera berkenaan dilengkapi enjin silinder tunggal, DOHC sejukan cecair yang membekalkan 19 hp kuasa dan 14.7 Nm tork. Ia disasarkan kepada penunggang muda yang lebih mementingkan prestasi dan tidak terlalu terbeban dengan kos.

“Umumnya, pengguna kelompok 150 cc mahukan jentera dengan prestasi yang baik, tetapi juga dengan penjimatan minyak. R15 datang dengan enjin paling berkuasa dalam kelasnya, dan tampil segar dari sentuhan rekaan moden serta penggayaan yang agresif,” memetik pengurus besar lepas jualan PT Yamaha Indonesia, M Abidin.

R15 menampilkan penggunaan teknologi yang sebelum ini hanya terdapat pada model-model yang berkapasiti lebih tinggi, seperti jentera siri R. Ini termasuk kerangka Deltabox, swingarm aluminium dan slipper clutch. Agihan berat pada R15 ialah 50:50 – mencadangkan keupayaan pengendalian yang mantap.

Penggunaan fork terbalik di bahagian depan, dengan tayar yang lebar – 00/80-17 di depan, 140/70-17 di belakang – menyumbang kepada faktor berkenaan. Cakera brek depan berdiameter 282 mm, paparan meter LCD pada panel instrumen kini pula disertakan dengan petunjuk kedudukan gear semasa bagi transmisi enam-kelajuannya.

Yamaha R15 ditawarkan dalam tiga warna di Indonesia; Racing Blue, Matte Black dan Matte Red. Bagaimanapun, masih belum ada maklumat tentang tanda harga yang dikenakan. Nampak menarik?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required