Kadar minimum tambah nilai Touch N Go ditangguh

Kadar minimum tambah nilai Touch N Go ditangguh

Seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini, mulai 26 April 2017 (hari ini), semua lebuhraya di bawah kendalian PLUS melaksanakan sistem bayaran secara elektronik iaitu melalui kad Touch n’ Go, PLUSMiles dan SmarTAG. Bayaran tunai tidak lagi akan diterima selepas tarikh yang disebut ini.

Namun cadangan yang diusulkan oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) yang mahu membuat penetapan kadar minimum RM30 bagi tambah nilai kad Touch n Go, buat setakat ini, ditangguhkan atas permintaan pihak kerajaan.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, kerajaan meminta cadangan tersebut ditangguhkan supaya tidak membebankan pengguna, laporan Bernama.

Katanya dalam persidangan Dewan Negara semalam, walau pun ia bertujuan mengatasi masalah kesesakan di lorong tambah nilai plaza tol terutama di waktu puncak, namun kerajaan meminta pihak berkenaan supaya mencari kaedah lain dalam mengatasi masalah tersebut.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap beban yang terpaksa ditanggung pengguna termasuk kumpulan berpendapatan 40% terendah (B40) dan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua pihak,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Shahanim Mohamad.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required