Proton Suprima X – penampilan penuh kini didedahkan

Proton Suprima X – penampilan penuh kini didedahkan

Masih ingat dengan Proton Supirma X yang kami tampilkan sebelum ini? Ia sebuah rekaan konsep yang dihasilkan oleh seorang pereka yang bertugas di MIMOS, Saharudin Busri. Ketika itu, model crossover yang dihasilkan berdasarkan Proton Suprima S sedia ada berkenaan hanya ditunjukkan sedikit, di bawah litupan kain.

Kini, individu yang memegang jawatan sebagai Ketua Rekaan Industri, MIMOS Bhd mendedahkan satu siri baru imej-imej yang lengkap dan lebih menyeluruh bagi Suprima X yang dihasilkan itu. Apa pendekatan di sebalik penghasilan rekaan konsep di sebalik model ini?

Seperti dinyatakan sebelum ini, Suprima X merupakan sebuah rekaan spin-off daripada rekaan Suprima R yang ditampilkan sebelum ini – yang menggunakan asas dari Suprima S. Antara perkara yang dilakukan terhadap rekaan Suprima X ini, yang membezakannya daripada model asas ialah badannya dinaikkan lebih tinggi dan kemudiannya dipadankan dengan saiz rim yang lebih besar.

Proton Suprima X – penampilan penuh kini didedahkan

Dari aspek rekaan umum, ia mengambil lenggok penggayaan coupe, dengan penampilan yang lebih dinamik sebagai sebuah model SUV kompak/crossover yang lebih sporty dan mantap. Di lihat dari depan, Suprima X, ia diberikan rekaan gril krom berkembar, yang dilanjutkan terus ke bahagian lampu hadapan LED dalam bentuk elemen X.

Bentuk berkenaan diteruskan lagi pada rekaan pada bahagian lampu kabusnya. Elemen krom menjadi antara yang penting padanya. Dari sisi badannya pula, jalur krom panjang menghiasi dari depan hingga ke belakang di bawah barisan cermin. Bermula dari bahagian tapak cermin sisi dibawa ke berkeliling hingga ke bahagian belakang.

Ini diteruskan lagi dengan kemasan krom yang digunakan pada bahagian landasan di atas bumbung serta pada bahagian bawah panel pintu. Ini merupakan antara sentuhan unik dan dengan karekter berbeza yang diberikan kepada rekaan yang dihasilkan ini. Selain itu, pemegang pintu belakang pula dialih ke bahagian panel C-pillar.

Proton Suprima X – penampilan penuh kini didedahkan

Bahagian belakang juga tampil dengan imej yang kelihatan mantap, mungkin juga lebih menarik dan tertumpu jika dibandingkan bahagian hadapan. Antara yang paling menonjol tentulah rekaan lampu belakang; ia melintang dari kiri ke kanan, dengan sebahagian daripadanya terletak pada panel pintu ruang belakang – memanmpakkan rekaan ini supaya lebih lebar.

Imej belakang juga diperkuat dengan kehadiran spoiler belakang pada bumbung. Rekaan bampar datang dengan dua tona, termasuk panel hitam yang sedikit sebanyak memberi kelainan. Hujung ekzos dengan kemasan krom, serta lampu kabus atau reflektor yang ada melengkapi penampilan bahagian belakang.

Saharudin juga menjelaskan, rekaan-rekaan yang dihasilkannya ini adalah bertujuan untuk menunjukkan kemampuan Pusat Rekaan MIMOS, MIMOS Berhad yang merupakan sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), dalam menghasilkan rekaan bagi industri automotif.

Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Rekaan Indsutri dari UiTM, beliau juga sempat melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sarjana dalam bidang Rekaan Automotif di Universiti Coventry, UK dengan biasiswa dari Proton. Pernah juga pasukan pereka MIMOS ini menerima Ada pengiktirafan dari Red Dot Design Award dan pernah disenaraikan ditempat ketiga bagi kategori World Most Innovative Design Studio.

Harapnya beliau akan tampil lagi dengan rekaan-rekaan model yang menarik, yang diasaskan daripada model Proton sedia ada di masa hadapan. Menarik juga untuk melihat kelanjutan imajinasi terhadap bagaimana model yang dihasilkan Proton di dalam penampilan yang berbeza dan mungkin saja boleh dijadikan kenyataan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • mshuk on May 03, 2017 at 6:17 pm

    ..biarlah rekaan itu menjadi kenyataan
    bukanya menjadi hayalan….
    Wahai PROTON ..gunakan idea innovatif tu utk bangunkn rekaan terbaik akan datang…

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • @ajibPH3 on May 03, 2017 at 8:28 pm

    Jika dapat dipadankan dengan Sunroof pasti lebih memikat

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • mohd muslim bin marsim on May 07, 2017 at 9:25 pm

    jika rekaan dah bagus….. kena bahagikan 40% jualan malaysia (malaysian mind yang merugikan jualan sebab orang malaysia suka perbandinkan harga bukan peretasi atau rekaan) 60% lagi jual di luar negara sebab orang luar negara suka kereta exotic dan jarang jumpa….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Manosalleh on May 08, 2017 at 6:15 am

    Designer local memang dah power, bila bab manufacturing terus ajer lain, lihat preve aritu…tuah version memang cantek, bila keluar ke pengguna…mmmmmhhhh…harap proton tak cut lah design camni..gudluck proton

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required