Perodua perjelas isu ‘gandar tercabut’ yang tersebar

Jika anda banyak melayari media sosial sejak baru-baru ini, pasti anda ada terperasan gambar kenderaan Perodua (Myvi dan Alza) dengan dakwaan kononnya gandar belakang tercabut dan menyebabkan kemalangan tersebar luas. Gambar-gambar tersebut dimuat naik dengan pelbagai ‘andaian’, dan tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Perodua untuk kesahihannya. Setelah sekian lama ia memberi kesan, kini Perodua tampil memberi kenyataan.

Memetik terus ayat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Perodua, “Kami telah mengeluarkan lebih daripada 1 juta Myvi dan beratus-ratus ribu Alza dan setakat ini, kami belum menerima apa-apa laporan mengenai permasalahan yang sama. Sudah pasti terdapat kes-kes kemalangan di mana gandar belakang terpisah daripada badan akibat perlanggaran tinggi. Namun bagi kes-kes ini, kami akan segera menghubungi pemilik kenderaan untuk mengesahkan bahawa ia disebabkan oleh kemalangan.”

Perodua juga mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pelanggan sama ada melalui pusat perhubungan pelanggan atau dengan melawat mana-mana cawangan jualan dan servis di seluruh negara.

Perodua perjelas isu ‘gandar tercabut’ yang tersebar

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Ismail bin mohamed on Jun 24, 2017 at 1:29 pm

    Saudara saya pernah mengalami kes in dimana gandar tersebut Dan tayar terpelanting mengenai kenderaan lain.

    Alza

    0177947855

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • kamarulhalmy on Jun 24, 2017 at 5:56 pm

    Tolong perhatikan juga lampu brek ke-3 myvi n alza yg biasanya cepar terbakar. Boleh survey di atas jalanraya, kebanyakan model perodua ini mengalami kerosakan lampu brek ke-3 tidak kira baru dibeli atau tidak.terima kasih

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required