SPYSHOT: Renault Megane IV atas jalan di Malaysia

SPYSHOT: Renault Megane IV atas jalan di Malaysia

Kelihatan seperti tidak lama lagi, satu model baru akan ditambah dalam barisan kenderaan Renault di Malaysia, berdasarkan gambar yang telah dihantar oleh pembaca kami, Amirul Shaidi ini. Model yang ditemui menjalani ujian atas jalan di Malaysia ini adalah Megane IV.

Seperti juga Clio, hatchback segmen C yang lebih besar ini mempunyai penggayaan varian GT, yang boleh dikenal pasti melalui bahagian hadapan, bampar belakang yang agresif, diffuser belakang dengan muncung ekzos krom berkembar, rim 17 inci dan kemasan lain seperti pelindung cermin sisi.

Tiada sebarang tanda Megane spesifikasi Malaysia ini akan dikuasakan oleh enjin apa, tetapi varian GT di pasaran lain adalah menggunakan pilihan dua enjin petrol – empat silinder 1.2 liter TCe turbo daripada Clio GT tetapi ditambah kuasanya menjadi 130 PS/ 205 Nm, dan 1.6 liter berkuasa 205 PS/ 280 Nm. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar EDC tujuh kelajuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required